backup og meta

Sindrom Myelodysplastic(MDS)

Definisi

Apa itu Sindrom Myelodysplastic(MDS)?

Sindrom myelodysplastic (MDS) adalah sekumpulan gangguan disebabkan oleh sel darah yang kurang terbentuk atau disfungsi pada sel darah. Sumsum tulang ialah bahan seakan span di dalam tulang anda di mana sel darah dibuat.

Ianya berbeza bagi setiap orang, bergantung dengan jenis sindrom yang anda alami. Pada tahap awal MDS, tidak ada simptom yang kelihatan. Kemudian, anda akan mula berasa sangat penat dan sesak nafas.

Selain dari transplan sel tunjang, tidak ada penyembuh yang terbukti berkesan bagi MDS. Tapi ada banyak pilihan rawatan untuk mengawal simptom, mengelak komplikasi, membantu anda hidup lebih lama, dan memperbaiki kualiti hidup anda.

Apakah kebarangkalian Sindrom Myelodysplastic(MDS)?

MDS adalah penyakit yang jarang berlaku. Ia biasanya dujumpai lebih pada pesakit lelaki berbanding wanita. Ia boleh memberi kesan kepada pesakit pada mana-mana peringkat umur, terutamanya kebanyakan yang mengalaminya berusia 65 tahun dan ke atas.

Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Myelodysplastic(MDS)?

Sindrom myelodysplastic jarang menyebabkan petanda atau gejala pada peringkat awal penyakit. Gejala  bagi MDS yang biasa adalah:

  • Kepenatan
  • Sesak nafas
  • Pucat yang luarbiasa (pallor) disebabkan anemia
  • Mudah lebam dan berdarah, kelihatan luar dari kebiasaan.
  • Titik merah bersaiz hujung jarum di bawah kulit disebabkan pendarahan (petachiae)
  • Kerap mengalami jangkitan.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor jika mengalami mana-mana satu dari yang di bawah:

  • Sesak nafas
  • Lemah atau merasa penat
  • Mempunyai kulit yang lebih pucat dari kebiasaan
  • Mudah lebam atau berdarah
  • Petechiae (rata, bintik kecil di bawah kulit disebabkan pendarahan)

Sekiranya anda mempunyai apa-apa tanda atau simptom disenaraikan di atas atau ada apa-apa persoalan, sila bincangkan dengan doktor anda. Badan setiap orang mempunyai tindak balas berbeza. Maka, penting bagi anda untuk berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah Punca Sindrom Myelodysplastic(MDS)?

Sindrom myelodysplastic (MDS) berlaku bila pembentukan sel darah terganggu dan tidak terkawal.

Orang yang mengalami sindrom myelodysplastic (MDS) mempunyai sel darah yang tidak matang dan rosak sebagai ganti sel yang membesar secara normal, ianya akan mati di dalam sumsum tulang atau selepas memasuki salur darah. Setelah beberapa ketika, jumlah sel tidak matang dan rosak meningkat dan lebih banyak dari sel darah yang sihat. Ia mengakibatkan masalah seperti anemia, jangkitan dan pendarahan berlebihan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Myelodysplastic(MDS)?

Ada banyak faktor risiko bagi sindrom myelodysplastic (MDS):

  • Usia tua. Kebanyakan orang yang mengalami MDS adalah dewasa yang berumur lebih 60 tahun.
  • Rawatan dengan kimoterapi atau radiasi. MDS boleh bermula jika anda menerima kimoterapi atau terapi radiasi, keduanya yang sering diguna merawat kanser.
  • Pendedahan dengan bahan kimia tertentu.  Bahan kimia yang terkait dengan MDS termasuklah rokok tembakau, racun perosak, dan bahan kimia perindustrian, seperti benzene.
  • Pendedahan kepada logam berat. Logam berat yang dikaitkan dengan MDS termasuklah plumbum dan merkuri.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom Myelodysplastic(MDS) didiagnosis?

Untuk menentukan sama ada anda mempunyai salah satu dari simptom MDS, doktor anda akan bertanya mengenai simptom dan sejarah masalah kesihatan anda yang lain. Mereka juga akan:

  • Menjalankan ujian fizikal bagi menyemak kemungkinan lain bagi simptom anda
  • Mengambil satu sampel darah untuk kiraan berbagai jenis sel dalam darah
  • Mengambil sampel sumsum tulang untuk analisis
  • Menempah analisis genetik pada sel dari sumsum tulang

Bagaimana pesakit Sindrom Myelodysplastic(MDS) dirawat?

Sekiranya simptom anda masih sederhana, anda mungkin akan dirawat dengan operasi keamatan rendah:

  • Ubatan kimoterapi. Ini turut digunakan untuk merawat leukemia.
  • Terapi immunotindasan. Rawatan ini akan cuba menghentikan sistem imun anda dari menyerang sumsum anda. Ini akan membantu anda mengembalikan kiraan darah.
  • Pemindahan darah. Ini biasa dilakukan, selamat, dan boleh membantu beberapa orang dengan kiraan darah yang rendah.
  • Pengelatan zat besi. Anda boeh mendapat terlalu banyak zat besi di dalam darah selepas melakukan banyak pemindahan darah. Terapi ini akan mengurangkan berapa banyak mineral yang anda ada.
  • Faktor pertumbuhan. Hormon buatan manusia ini “menggalakkan” sumsum anda untuk membuat lebih banyak sel darah.

Sekiranya simptom anda mencapai tahap yang lebih teruk, anda akan dirawat dengan operasi keamatan tinggi:

  • Pemindahan sel tunjang. Ini adalah satu-satunya rawatan yang boleh merawat sindrom myelodysplastik. Doktor anda akan menempah siri rawatan kimoterapi atau sesi radiasi untuk menghancurkan sel dalam sumsum tulang. Anda kemudian akan mendapatkan sel tunjang dari penderma. Sel tunjang boleh didapati dari sumsum tulang atau diambil dari darah. Sel ini kemudiannya akan mula membuat sel darah baru dalam badan anda.
  • Kombo kimoterapi. Ini adalah bila anda mendapat beberapa jenis rawatan kimoterapi dan dinggap “berkeamatan tinggi”.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Myelodysplastic(MDS)?

Gaya hidup dan rawatan sampingan di bawah boleh membantu anda berhadapan dengan sindrom myelodyplastik:

  • Basuh tangan anda. Kurangkan risiko jangkitan dengan selalu membasuh tangan anda. Basuh keseluruhan tangan menggunakan air suam, air sabun, terutamanya sebelum makan atau menyediakan makanan. Bawa bersama sanitasi tangan berasaskan alkohol untuk kegunaan sewaktu ketiadaan air.
  • Jaga makanan diambil. Daging dan ikan perlu dibasuh. Elakkan buah dan sayuran yang anda tidak dapat kupas, terutamanya bayam, dan basuh semua bahan yang anda gunakan sebelum dikupas. Pastikan anda mengelak sepenuhnya dari mengambil makanan mentah.
  • Elakkan diri dari orang yang sakit. Ini kerana sindrom myelodysplastic memberi kesan pada sistem imun anda, cuba untuk elakkan dari mendekati sesiapa yang sakit, termasuk ahli keluarga dan rakan sekerja.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

2016. What Are Myelodysplastic syndrome? http://www.webmd.com/cancer/lymphoma/myelodysplastic-syndrome-causes-symptoms-treatment#2. Accessed Mar 12, 2017.
Myelodysplastic syndrome. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/myelodysplastic-syndrome/basics/lifestyle-home-remedies/con-20027168. Accessed Mar 12, 2017.
General Information About Myelodysplastic syndrome.
http://www.webmd.com/cancer/tc/myelodysplastic-syndrome-treatment-patient-information-nci-pdq-general-information-about#2. Accessed Mar 12, 2017.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jika Anda Ada Masalah Sel Darah Putih Rendah, Atasinya Dengan 8 Langkah Ini

Penyakit Darah Sfera HS Jarang Berlaku, Tapi Jika Alaminya, Ini Yang Anda Kena Buat!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan