backup og meta

Masih Lagi Berkisar Vaksin COVID-19, Mana Satu Keluaran Yang Lebih Baik; Moderna Atau Pfizer?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 07/09/2022

    Masih Lagi Berkisar Vaksin COVID-19, Mana Satu Keluaran Yang Lebih Baik; Moderna Atau Pfizer?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Bukan dua sahaja, lebih daripada 10 vaksin virus korona baharu (COVID-19) keluaran syarikat terkemuka di seluruh dunia telah dihasilkan bagi membasmi wabak pandemik tersebut.

    Perlumbaan ini bakal menyaksikan jutaan rakyat di seluruh dunia menerima suntikan vaksin bagi membantu dunia untuk pulih.

    2 syarikat pengeluar vaksin teratas, Pfizer-BioNTech dan Moderna telah diluluskan untuk kegunaan di beberapa negara terpilih.

    Manakala vaksin keluaran lain hanya diluluskan untuk kegunaan kecemasan atau terhad kepada situasi tertentu sahaja. 

    Artikel ini akan membuat perbandingan di antara vaksin yang dihasilkan oleh Pfizer dan Moderna bagi melihat keberkesanan kedua-duanya.

    [covid_19]

    Tahap keberkesanan vaksin secara keseluruhannya

    Kedua-dua vaksin yang dikeluarkan oleh Pfizer dan Moderna menggunakan konsep yang sama.

    Ia menguatkan sistem imun badan dengan menghantar keratan maklumat genetik virus korona baharu yang dikenali sebagai RNA pengutus atau mRNA.

    Kod genetik tersebut seterusnya akan memberi arahan kepada badan untuk menghasilkan protein (antigen) yang terdapat pada permukaan COVID-19.

    Keadaan ini membolehkan badan untuk menghasilkan antibodi sebagai persiapan jika virus sebenar cuba untuk mencerobohi kawasan taklukan.

    Melalui kajian yang dijalankan oleh Moderna, vaksin mereka mempunyai tahap keberkesanan setinggi 94.5%.

    Jika dilihat pada subjek kajian, 5 daripada 13,934 subjek yang menerima vaksin disahkan positif COVID-19 berbanding dengan 90 daripada 13,883 subjek yang menerima plasebo.

    Artikel berkaitan: 

    Pfizer pula melaporkan tahap keberkesanan vaksin setinggi 95%.

    8 daripada 18,198 subjek yang menerima vaksin disahkan positif COVID-19 berbanding dengan 162 daripada 18,325 subjek yang menerima plasebo.

    Kedua-dua vaksin yang dikeluarkan mempunyai tahap keberkesanan yang hampir sama.

    Namun apabila dibandingkan mengikut usia subjek, terdapat perbezaan walaupun ia tidak begitu ketara.

    Vaksin yang dikeluarkan oleh Moderna mampu memberikan perlindungan 100% kepada subjek yang berusia 65 tahun ke atas.

    Manakala bagi subjek yang berusia di antara 18 hingga 64 pula, kadar keberkesanannya adalah sekitar 93%.

    Bagi vaksin yang dikeluarkan oleh Pfizer pula, tahap keberkesanan bagi subjek yang berusia 56 tahun dan ke atas adalah sekitar 93%.

    Individu berusia di antara 16 hingga 55 tahun boleh mendapat perlindungan vaksin pada tahap keberkesanan sekitar 95%.

    Jika dilihat pada perbandingan kedua-duanya, tidak banyak beza pun. 

    Namun, perbezaan ketara dapat dilihat pada keupayaan vaksin untuk mencegah jangkitan COVID-19 teruk.

    Masalah kesihatan kronik, adakah ia akan mempengaruhi tahap keberkesanan?

    Seperti yang anda sedia maklum, mereka yang menghidap penyakit kronik turut dianggap sebagai golongan berisiko tinggi.

    Ia berikutan mereka lebih mudah mendapat komplikasi akibat jangkitan virus sehingga boleh mengancam nyawa.

    Kajian terhadap tahap keberkesanan vaksin bagi keduanya hampir sama, Pfizer pada 95.3% manakala Moderna pada 95.9%.

    Subjek yang terlibat dalam kajian Moderna mempunyai latar belakang penyakit seperti berikut:

    1. Penyakit peparu kronik
    2. Penyakit jantung
    3. Kencing manis
    4. Penyakit hati
    5. Jangkitan HIV
    6. Obesiti tahap teruk

    Dalam kajian yang dibuat oleh Pfizer pula, mereka turut melibatkan subjek dengan penyakit seperti yang tersenarai di atas dan beberapa penyakit tambahan:

    1. Kanser
    2. Penyakit buah pinggang
    3. Demensia
    4. Penyakit vaskular
    5. Beberapa penyakit kronik yang lain

    Adakah ia bakal memberikan tahap perlindungan yang baik berbanding Moderna? Tidak semestinya berikutan kajian keberkesanan menunjukkan kedua-duanya lebih kurang sama efektif.

    Vaksin Pfizer bakal diedarkan di Malaysia seawal Februari 2021

    virus korona

    Seperti yang anda sedia maklum, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech secara bersyarat untuk kegunaan awam.

    Pemberian terbahagi kepada beberapa suku dan pada suku pertama, majoriti peruntukan vaksin akan diberikan kepada petugas di barisan hadapan.

    Perlahan-lahan individu lain akan turut divaksinkan apabila baki vaksin dihantar kelak dalam suku yang berbeza.

    Rasional di sebalik pemilihan Pfizer berbanding Moderna bukanlah sesuatu yang umum dikongsi oleh pihak atasan.

    Namun, jika dilihat pada tahap keefektifan vaksin, setakat ini, kedua-duanya mempunyai peratusan keberkesanan yang sangat tinggi (melebihi 90%).

    Tambahan pula kedua-duanya menggunakan RNA pengutus sebagai bahan untuk merangsang badan untuk menghasilkan antibodi.

    NPRA akan terus memantau prestasi vaksin dan kesan sampingan yang dilaporkan oleh pengguna.

    Baca juga:

    • Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu

    • Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Konklusi

    Vaksin merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menghindarkan jangkitan virus korona baharu.

    Apabila vaksin virus korona baharu sudah diedarkan di Malaysia, dijangka jumlah kes harian akan menurun dalam tempoh masa tertentu.

    Walau bagaimanapun, polisi pencegahan terbaik adalah untuk setiap individu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

    Ini termasuklah pemakaian topeng muka, amalan cuci tangan dan penjarakan sosial.

    [mc4wp_form id=”115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 07/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan