Saya 24F masih mempunyai masalah keputihan yang teruk. Saya mula mempunyai masalah ini pada tahun lepas, dan kerap kali berjumpa dengan dr, dr memberikan saya ubat sapu, antibiotik dan ubat pessary. Pada mulanya, ianya hilang namun setelah beberapa bulan, masalah ini berulanh dan berulang semula. Saya dah cuba macam macam seperti elakkan pakaian ketat, pakai underwear cotton, makan yoghurt, sapukan ubat namun tidak berhasil. Sekarang saya sangat stress kerana masalah ini masih berlaku sehingga saya berasa susah untuk basah ketika melakukan hubungan kelamin dan berasa gatal. Saya ingin mengetahui cara yang berkesan supaya
maslaah ini tidak berlaku lagi.