backup og meta

Difteria: Apa yang Perlu Anda Tahu

Difteria: Apa yang Perlu Anda Tahu

Difteria mungkin agak jarang didengari pada hari ini. Vaksin yang telah diperkenalkan sangat efektif dalam mencegah penyakit ini daripada menjadi sebuah epidemik dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, negara kita masih lagi merekodkan beberapa kes difteria meskipun terdapat vaksin percuma di hospital kerajaan.

Apa itu difteria?

Ia adalah sejenis penyakit bawaan bakteria bernama Clostridium diphtherieae. Bakteria ini kebiasaannya menjejaskan lapisan membran mukosa pada hidung dan tekak. Ia membentuk lapisan berwarna kelabu pada bahagian belakang tekak yang boleh menggangu pernafasan serta menelan makanan.

Ia juga boleh menghasilkan toksin yang boleh menjejaskan saraf, jantung dan buah pinggang. Meskipun dengan rawatan yang ada, penyakit ini masih berpotensi membawa kepada maut. Sebanyak 3% daripada mereka yang dijangkiti berakhir dengan kematian. Bagi kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun, peratusannya adalah lebih tinggi.

Apakah simptom-simptom difteria?

Bakteria boleh tersebar melalui sentuhan langsung fizikal atau melalui cecair mulut dan hidung pesakit. Cecair tersebut mungkin langsung daripada mulut dan hidung atau terkena pada objek di sekelilingnya.

Simptom kebiasaannya berlaku 2 ke 5 hari selepas dijangkiti bakteria. Simptom yang mungkin berlaku adalah:

  • Lapisan membran tebal berwarna kelabu pada tekak dan tonsil.
  • Sakit tekak dan suara serak.
  • Kelenjar (nod limfa) pada tengkuk menjadi bengkak.
  • Sukar bernafas atau bernafas laju.
  • Hidung berair.
  • Demam dan menggigil.
  • Badan tidak bermaya.

Kadangkala, mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda atau hanya simptom yang ringan. Mereka ini adalah pembawa bakteria dan masih berpotensi menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

Antara komplikasi yang mungkin berlaku adalah:

  • Masalah pernafasan – lapisan membran yang menghalang saluran pernafasan menyebabkan pernafasan terganggu.
  • Kecederaan pada jantung – toksin yang dihasilkan berpotensi menjejaskan jantung sama ada sekadar radang biasa (miokarditis) atau sehingga menyebabkan kegagalan jantung dan maut.
  • Menjejaskan saraf – antara saraf yang kerap terjejas adalah tekak menyebabkan sukar menelan. Saraf lain juga boleh terjejas termasuk pada tangan dan kaki (menyebabkan lumpuh) atau otot pernafasan (tidak boleh bernafas tanpa alat bantuan).

Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Rawatan yang ada adalah antitoksin dan antibiotik. Kedua-duanya bertujuan meneutralkan toksin serta membunuh bakteria Clostridium diphtheriae. Jika berlaku sesak nafas atau lumpuh, rawatan sokongan harus diberikan.

Vaksin masih kekal sebagai cara terbaik dalam menangani penyakit berjangkit ini. Di Malaysia, ia diberikan bersama vaksin tetanus dan batuk kokol (DTaP) pada bulan ke-2, 3 dan 5 serta dos booster pada umur 18 bulan dan 7 tahun.

Jangan bimbang kerana vaksin ini adalah selamat. Jangan biarkan anak anda terus berisiko tanpa perlindungan vaksin.

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dipththeria – https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/symptoms-causes/syc-20351897

Immunizations, Vaccines and Biologicals (Dipththeria) – http://www.who.int/immunization/diseases/diphtheria/en/

Versi Terbaru

05/07/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Ingin Semak Tarikh Vaksin? Ini Info Lengkap Imunisasi Di Malaysia

10 Penyakit Yang Boleh Dicegah Dengan Vaksin, Bukan COVID-19 Sahaja Tau!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 05/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan