backup og meta

Perut Sakit Tiba-Tiba Pun Boleh Jadi Tanda Terkena COVID-19? Ini Cara Bezakan Dengan Sakit Perut Biasa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 06/09/2021

    Perut Sakit Tiba-Tiba Pun Boleh Jadi Tanda Terkena COVID-19? Ini Cara Bezakan Dengan Sakit Perut Biasa

    Dalam situasi wabak virus korona baharu (COVID-19), sukar untuk kita tahu diagnosis akan sesuatu simptom seperti selesema, perut sakit dan sebagainya tanpa pemeriksaan doktor.

    Umumnya, walaupun kita tahu bahawa COVID-19 merupakan sejenis virus yang menjangkiti sistem pernafasan manusia, namun ia juga boleh menyebabkan simptom gastrousus.

    Perkara yang memeningkan kepala para petugas kesihatan adalah kebanyakan simptom yang dialami oleh penghidap jangkitan COVID-19, tidak spesifik kepada penyakit itu sendiri.

    Bahkan, ada yang tidak mempunyai simptom pun lantas menjadi penyebar virus dalam diam.

    Ada ke tanda-tanda yang membezakan simptom perut sakit yang dialami berpunca daripada masalah gastroenteritis (radang gastrousus) dengan mereka yang mengalami jangkitan COVID-19?

    Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    [covid_19]

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Perut sakit tidak spesifik kepada satu diagnosis sahaja

    Berita buruk buat anda di luar sana, tiada cara mudah untuk kita tahu diagnosis berkaitan dengan simptom sakit perut tanpa membuat pemeriksaan kesihatan.

    Terdapat puluhan penyakit di luar sana yang boleh dimanifestasikan dengan gejala sakit perut.

    Salah satu daripada masalah yang lazim dialami oleh mereka yang datang ke klinik dengan gejala perut sakit adalah gastroenteritis.

    Kebetulan juga, simptom bagi jangkitan COVID-19 turut menyerupai simptom mereka yang didiagnosis dengan masalah gastroenteritis.

    tanda awal covid 19

    Antaranya adalah seperti berikut:

    • Cirit-birit
    • Muntah
    • Sakit perut
    • Demam
    • Sakit kepala
    • Seram sejuk

    Sekiranya anda mengalami masalah gastroenteritis yang kebiasaannya berkait dengan masalah keracunan makanan atau pengambilan air tercemar, simptomnya sama seperti di atas (termasuk perut sakit).

    Bezanya cuma pada aspek patologi penyakit seperti agen mikroorganisma penyebab dan proses berlakunya jangkitan tersebut.

    Mereka yang mengalami masalah gastroenteritis akan sembuh dengan sendirinya walaupun tanpa sebarang rawatan.

    Namun komplikasi seperti dehidrasi boleh mengancam nyawa sekiranya pesakit tidak dibekalkan dengan air yang mencukupi.

    Sedikit sebanyak berkenaan dengan jangkitan COVID-19

    virus korona

    COVID-19 adalah istilah perubatan merujuk kepada penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus korona (SARS-CoV-2).

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka yang dijangkiti dengan COVID-19 akan mengalami simptom sederhana atau ringan yang berkait dengan sistem pernafasan.

    Terdapat juga segelintir pesakit yang melaporkan simptom gastrousus seperti perut sakit, cirit-birit dan sebagainya.

    Kebanyakan individu yang dijangkiti akan sembuh dengan sendirinya (rawatan sokongan diberikan).

    Namun begitu, peningkatan kes kematian harian kian merungsingkan dan perkara ini boleh memberikan impak yang besar terhadap kadar mortaliti penyakit sekiranya dibiarkan berleluasa.

    Oleh sebab itulah pihak berkuasa menekankan kepentingan mengamalkan jarak fizikal, pemakaian topeng muka, amalan cuci tangan dan pengambilan vaksin untuk mencegah penyebaran jangkitan.

    Artikel berkaitan:

    Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona

    Jika anda dijangkiti, anda boleh menunjukkan simptom seperti:

  • Batuk
  • Demam
  • Sesak nafas
  • Sakit perut
  • Sakit badan atau otot
  • Kelesuan
  • Hilang deria bau atau rasa
  • Sakit kepala
  • Hidung tersumbat
  • Sakit tekak
  • Muntah
  • Loya 
  • Cirit-birit
  • Bagaimana cara membezakan simptom perut sakit gastroenteritis dengan jangkitan virus korona baharu?

    perut sakit

    Malang bagi anda, tiada gejala yang jelas boleh digunapakai bagi membezakan sakit perut yang disebabkan oleh mana-mana penyakit.

    Walau bagaimanapun terdapat beberapa klu yang boleh digunapakai bagi membantu anda untuk mendapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.

    1. COVID-19 lebih tertumpu kepada simptom pernafasan seperti sesak nafas, batuk dan selesema berbanding dengan simptom gastrousus.
    2. Masalah hilang deria bau, deria rasa dan hidung tersumbat lebih menjurus kepada diagnosis jangkitan COVID-19.
    3. Mereka yang mengalami jangkitan COVID-19 boleh menunjukkan simptom sakit dada. Perkara ini tidak seharusnya dialami oleh mereka yang menghidap masalah gastroenteritis.
    4. Maklumat tambahan seperti kontak dengan pesakit COVID-19 boleh memberikan klu kepada anda berkenaan dengan tahap risiko bagi jangkitan sistem pernafasan tersebut.

    Walau apa jua penyakit yang dialami sekalipun, protokol yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap individu adalah dengan merujuk kepada doktor sama ada menerusi atas talian atau pergi terus ke pusat kesihatan.

    Jika anda bimbang akan risiko mendapat jangkitan COVID-19 sekiranya tidak dijangkiti, anda harus mengamalkan prosedur operasi standard seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pusat kesihatan.

    Atau anda boleh membuat janji temu sesi tele-kesihatan yang kian popular.

    Baca juga:

    • 5 Lagi Mitos COVID-19 Yang Kita TIDAK Boleh Percaya! #4 Paling Mengarut
    • Tak Banyak Beza Demam COVID-19 & Demam Biasa, Sebab Itu Anda Perlu Lakukan Ini!

    Konklusi

    Jika anda mengalami simptom sakit perut, tiada cara yang definitif untuk membezakan di antara diagnosis gastroenteritis dan jangkitan COVID-19.

    Hanya pemeriksaan doktor yang boleh menentukan masalah kesihatan yang dialami sehingga menyebabkan simptom tersebut.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, ajukannya kepada doktor perubatan bertauliah.

    [mc4wp_form id=”115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 06/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan