Nyamuk adalah punca penyebaran demam denggi, iaitu penyakit tropika. Kebanyakan kes demam denggi adalah tidak teruk dan boleh sembuh sendiri selepas kira-kira seminggu. Walau bagaimanapun, kes demam denggi dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat kini. Lantaran itu, ibu bapa perlu berwaspada dan mengawasi anak-anak jika berlakunya demam denggi dan mencari penyelesaian segera.
Petanda & Simptom
Bertahun lama dahulu, demam denggi dipanggil sebagai “demam tulang belulang”. Sesetengah simptom demam ini mungkin kelihatan. Namun, sebenarnya tulang anda bukanlah rosak, tetapi anda berasa seperti mengalaminya.
Anak anda mungkin mengalami beberapa petanda dan simptom seperti di bawah:
- Anak anda cenderung mengalami demam panas, mungkin setinggi 40°C
- Pendarahan ringan keluar pada hidung atau gusi. Bawa berjumpa doktor secepat mungkin.
- Anak anda mengadu alami sakit kepala teruk
- Sakit pada belakang mata dan antara sendi, otot, atau tulang
- Kebanyakan tubuh anak mendapat ruam
Secara umumnya, simptom yang dialami oleh anak kecil dan mereka yang pertama kali dijangkiti penyakit ini adalah ringan, sementara kanak-kanak yang lebih besar, orang dewasa, dan mereka yang pernah dijangkiti mungkin mengalami simptom sederhana hingga teruk.
Diagnosis demam denggi dalam kalangan kanak-kanak
Doktor akan bertanyakan kepada anda soalan berkaitan bilangan simptom, seperti ke mana anak anda pergi baru-baru ini. Virus denggi boleh dikenal pasti daripada ujian darah dan ujian fizikal. Walau bagaimanapun, ujian darah masih perlu dilakukan dengan lebih kerap untuk mengetahui kehadiran virus denggi. Doktor juga, boleh, menyarankan kiraan darah lengkap untuk melihat bagaimana teruknya virus tersebut menyerang anak anda kerana virus ini boleh memberi kesan pada platelet darah.
Jika anda mengesyaki demam denggi adalah penyebab simptom demam anak anda, segeralah berjumpa dengan doktor.
Rawatan denggi untuk kanak-kanak
Selalunya, denggi akan sembuh sendiri dan tiada ubat spesifik yang boleh merawat denggi dengan cepat. Anak anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital jika denggi didapati serius. Doktor akan memantau tekanan darah dan bilangan darah anak anda. Ujian darah akan turut dilakukan pada selang waktu. Bagi merawat demam denggi dalam kalangan kanak-kanak, adalah penting untuk anda memastikan anak anda sentiasa hidrat dan mendapat rehat yang secukupnya. Anda boleh mengikuti tip di bawah bagi menangani denggi:
- Sediakan anak anda dengan diet berkhasiat dan makanan yang boleh menguatkan sistem imun anak. Tambahkan telur, ayam, ikan, produk tenusu dalam diet anda kerana makanan-makanan ini kaya dengan protein, yang boleh mempercepatkan penyembuhan. Ingatkan anak anda untuk minum banyak air suam.
- Pastikan anak berehat. Tidak mengapa jika anak aktif asalkan di bawah pemantauan.
- Doktor mungkin akan memberikan paracetamol untuk melegakan demam, tetapi cara tradisional – iaitu meletakkan kain basah pada dahi anak – juga boleh dilakukan.
- Anda boleh memantau anak dengan memberikan Electrolyte/ serbuk ORS kepada kanak-kanak untuk mengekalkan penghidratan tubuh mereka.
Denggi selalunya mengambil masa kira-kira 10 hari, tetapi demam tersebut boleh menyebabkan anak anda lesu selama lebih daripada sebulan. Jika simptom menunjukkan tiada tanda-tanda untuk sembuh dan demam datang selang sehari atau dua hari, ia boleh menunjukkan DHF, yang dikira sebagai perubatan kecemasan yang serius.