backup og meta

Kateter Urin, Ini Cara Penjagaan Khusus Untuk Memastikan Ia Akan Kekal Lama!

Alat kateter urin atau suprapublic catheter, yang membolehkan anda mengeluarkan urin daripada badan jika mempunyai masalah untuk membuang air kecil.

Kateter Urin, Ini Cara Penjagaan Khusus Untuk Memastikan Ia Akan Kekal Lama!

Doktor akan memasukkan tiub kecil ke dalam punci kencing melalui satu potongan kecil yang dilakukan pada kawasan perut. Air kencing pula akan mengalir masuk ke dalam sebuah beg yang terletak di luar badan.

Selepas memasang suprapublic catheter, anda mungkin akan merasai beberapa perubahan positif di dalam kehidupan.

Berbeza dengan pemasangan kateter lain, kateter suprapubik ini lebih selesa. Malah, pergerakkan anda juga tidak lagi terbatas seperti dulu.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan beberapa langkah penting untuk pemakai kateter.

Tidak mustahil, anda boleh melalui hidup yang normal dan selesa walaupun perlu memakai kateter urin dalam satu tempoh masa yang panjang. Namun, anda perlulah biasakan diri terlebih dahulu ya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

Alat kateter urin membolehkan anda hidup dengan aktif

Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, anda sepatutnya boleh memandu, bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti fizikal semasa memakai kateter.

Malah, anda juga boleh berenang, asalkan airnya bersih! Anda juga boleh mendapatkan beg yang bersaiz kecil dan boleh disembunyikan di belakang baju.

Cara menjaga alat kateter urin agar ia kekal lama

kateter urin

Kateter perlu ditukar dengan kerap. Doktor akan menukar kateter yang dipakai sekali setiap 4-6 minggu.

Selepas itu, anda mungkin boleh menukarnya sendiri sekali setiap 1-3 bulan. Doktor juga akan bekalkan anda dengan arahan yang boleh anda rujuk ketika di rumah.

Pastikan anda menjaga kebersihan diri. Mandi setiap hari dan cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas menyentuh kateter.

Di samping itu, pastikan kateter sentiasa bersih. Bilas kateter dengan air yang telah dididihkan dan disejukkan. Anda juga boleh gunakan larutan garam yang steril.

Jika ada lendiran atau darah tertinggal di dalam tiub kateter, lapkan kawasan tersebut dengan hidrogen peroksida yang dicampur ke dalam air.

Pastikan tiub kateter tidak terbelit untuk membolehkan air kencing mengalir dengan bebas.

Jangan risau jika anda nampak darah dalam air kencing selepas memakai kateter baharu. Ini merupakan sesuatu yang normal dan akan berhenti dalam masa 24 jam.

Cara menyelenggara beg saliran kumuhan

Suprapublic catheter

Kebanyakkan suprapublic catheter datang bersama beg salirannya sendiri. Ia akan mengumpul urin sehingga anda boleh mengosongkannya di dalam tandas atau bekas lain.

Selalunya, pesakit akan menggunakan beg yang besar pada waktu malam. Pada waktu siang pula, mereka akan beralih kepada beg yang lebih kecil. Kedua-dua jenis beg perlulah dikosongkan apabila ia separuh penuh.

Jangan lupa, basuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas memegang beg untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

Sama seperti kateter, beg saliran juga perlu ditukar dengan kerap. Bergantung kepada jenis beg, anda boleh menukarnya seminggu sekali atau sebulan sekali. Jika beg bocor atau mula mengeluarkan bau yang tidak enak, anda perlu menukarnya secepat mungkin.

Selepas menukar beg, bungkus dan buang seperti biasa.

Sesetengah kateter tidak mempunyai beg. Sebaliknya, ia mempunyai injap. Pesakit boleh buka injap dan keluarkan air kencing dari buah pinggang. Pastikan anda mencuci tangan sebelum menyentuh injap.

Pastikan anda minum 1 hingga 2 liter air setiap hari untuk menggalakkan pembuangan air kecil. Air kosong dan jus kranberi mungkin dapat mengelakkan jangkitan saluran kencing.

Elakkan mengambil minuman seperti teh atau kopi yang mengandungi kafein.

Bila anda perlu berjumpa doktor

Jika anda mempunyai masalah untuk menukar suprapublic catheter atau alat kateter urin, hubungi doktor dengan segera.

Selain itu, dapatkan rawatan secepat mungkin sekiranya:

  1. Anda demam atau mula menggigil. Kedua-dua ini merupakan tanda jangkitan.
  2. Air kencing tidak boleh keluar daripada kateter.
  3. Air kencing bocor.
  4. Kawasan kulit di sekitar kateter mengalami iritasi.
  5. Darah dalam urin lebih dari 24 jam.
  6. Pundi kencing menjadi kejang. Walau bagaimanapun, simptom ini adalah sesuatu yang normal pada waktu awal pemakaian kateter.
  7. Air kencing menjadi keruh. Ini merupakan tanda jangkitan saluran kencing.
  8. Urin berbau busuk atau bertukar warna selain warna kuning cair.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Caring for Your Urinary (Foley) Catheter. https://www.mskcc.org/cancer-care/patient-education/caring-your-urinary-foley-catheter. Accessed on September 7, 2022.
  2. Indwelling urinary catheter – insertion and ongoing care. https://www.rch.org.au/rchcpg/hospital_clinical_guideline_index/Indwelling_urinary_catheter_insertion_and_ongoing_care/. Accessed on September 7, 2022.
  3. Urinary catheter. https://www.nhs.uk/conditions/urinary-catheters/. Accessed on September 7, 2022.
  4. What Is A Catheter? https://www.bladderandbowel.org/bladder/catheter/what-is-a-catheter/. Accessed on September 7, 2022.
  5. What is a catheter? https://www.healthywa.wa.gov.au/Articles/U_Z/What-is-a-catheter. Accessed on September 7, 2022.

Versi Terbaru

23/09/2026

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

Soal Jawab Doktor: Masalah Kerap Kencing, Apakah Puncanya?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan