backup og meta

Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

Setiap kali berbicara mengenai penyakit buah pinggang, sudah pasti kita semua akan mengaitkannya dengan rawatan dialisis bukan?

Ini kerana penderita penyakit berkaitan organ ini sudah tentu akan membuat fungsinya menjadi gagal.

Pun begitu, tidak ramai yang mahu atau mampu untuk melakukan rawatan ini kerana ia adalah berkos tinggi selain mempunyai risikonya yang tersendiri.

Jadi jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai apa itu dialisis dan siapa yang perlu buat ia dengan lebih lanjut!

Apa itu dialisis?

Sebelum pergi dengan lebih mendalan lagi, adalah wajar untuk kita semua ambil tahu serba sedikit mengenai rawatan ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, dialisis adalah sejenis rawatan yang dijalankan buat penderita penyakit buah pinggang ekoran gangguan fungsinya.

Ia akan menapis dan mencuci darah menggunakan mesin khas bagi memastikan cecair dan elektrolit dalam buah pinggang kekal stabil.

Terdapat beberapa jenis dialisis yang kalian perlu tahu iaitu:

Hemodialysis

Ia merupakan jenis yang paling biasa dan menggunakan buah pinggang artifisial (hemodialyzer) untuk membuang lebihan cecair dalam darah.

Darah ini kemudiannya akan dibuang serta ditapis menggunakan alat ini dan dikembalikan ke dalam tubuh badan menggunakan mesin khas.

Bagi memastikan aliran darah ini lancar, doktor akan menjalankan pembedahan bagi membentuk pembukaan terhadap saluran darah anda.

Kebiasaannya, ia dilakukan 3 kali seminggu dan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 ke 5 jam sekali prosedur.

dialisis

Peritoneal dialysis

Ia membabitkan pembedahan bagi memasukkan implan katerer peritoneal dialysis (PD) pada abdomen anda.

Katerer ini berfungsi untuk membantu menapis darah melalui peritoneum – sejenis membran pada abdomen.

Semasa menerima rawatan, sejenis cecair khas bernama dialysate akan mengalir masuk ke dalam peritoneum untuk menyerap lebihan cecair.

Proses ini akan memakan masa beberapa jam dan perlu diulang kira-kira 4 ke 6 kali sehari.

Terdapat beberapa jenis yang mungkin akan dicadangkan oleh doktor termasuklah:

  • Continuous ambulatory peritoneal dialysis (CAPD)
  • Continuous cycling peritoneal dialysis (CCPD)
  • Intermittent peritoneal dialysis (IPD)

Continuous renal replacement therapy (CRRT)

Terapi ini digunakan di dalam unit rawatan rapi buat penderita penyakit buah pinggang akut dan turut dikenali sebagai hemofiltration.

Mesin khas akan digunakan untuk menapis darah agar lebihan cecair dapat dibuang dan darah tersebut dikembalikan semula.

Prosedur ini memakan masa yang sangat lama sekitar 12 ke 24 jam sehari dan perlu dilakukan setiap hari.

Apa risiko dialisis?

Berdasarkan jenis-jenis rawatan dialisis yang penderita gunakan, risikonya adalah berbeza seperti berikut:

Hemodialysis

  • Tekanan darah rendah
  • Kurang sel darah merah
  • Tinggi kadar potasium
  • Kekejangan otot
  • Kesukaran tidur
  • Keradangan otot jantung
  • Degupan jangtung tidak stabil
  • Jangkitan salur darah
  • Sepsis
  • Kematian

dialisis

Peritoneal dialysis

  • Demam
  • Sakit perut
  • Lemah otot abdomen
  • Tinggi kandungan glukosa
  • Pertambahan berat badan
  • Hernia

CRRT

  • Jangkitan salur darah
  • Tekanan darah rendah
  • Gangguan elektrolit
  • Pendarahan
  • Hypothermia
  • Anaphylaxis
  • Tulang menjadi lemah

Jadi, adalah penting untuk kalian berkonsultasi dengan doktor tentang pemilihan rawatan dialisis untuk mendapatkan kesan yang terbaik dengan risiko yang minumum.

Siapa yang perlu buat rawatan dialisis?

Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu. apa itu dialisis adalah sejenis rawatan yang perlu dilakukan oleh penderita penyakit buah pinggang.

Dalam pada itu, kalian juga perlu tahu bahawa majoriti daripada penderita penyakit buah pinggang adalah mereka yang menghidapi masalah diabetes.

Dalam erti kata yang lebih mudah, individu yang perlu buat rawatan dialisis ini adalah mereka yang menghidapi masalah pada organ buah pinggang.

Rawatan ini akan mengambil alih tugas buah pinggang yang gagal berfungsi pada peringkat akhir (end stage renal failure).

Apa yang membimbangkan, ia mungkin perlu dijalankan seumur hidup penderita kecuali jika mereka berjaya mendapat pemindahan organ ini.

penyakit buah pinggang

Selain dialisis, apa alternatif yang lain?

Hakikatnya, rawatan ini adalah sangat berkos tinggi serta memakan masa lama!

Tidak semua orang mahu dan mampu untuk melakukannya biarpun menghidapi kerosakan buah pinggang yang sangat kritikal.

Jika anda tiada pilihan lain, wujud beberapa kaedah rawatan alternatif yang boleh mengurangkan simptom kerosakan buah pinggang.

Antaranya adalah dengan mengawal anemia dalam tubuh badan.

Untuk pengetahuan anda, buah pinggang akan menghasilkan hormon erythropoietin (EPO) dalam tubuh badan jika ia masih mampu berfungsi dengan baik.

Disebabkan itu, suntikan EPO pada setiap minggu mungkin mampu membuat organ yang telah rosak ini berfungsi dengan optimum sebaik yang mungkin.

Selain itu, mengekalkan tekanan darah pada tubuh badan mungkin mampu memperlahankan kerosakan buah pinggang anda.

Oleh itu, sila pastikan anda kekal berhidrasi dan ambil ubatan anti keradangan seperti ibuprofen (Advil) dan diclofenac (Solaraze, Voltaren) atas preskripsi doktor.

Akhir sekali, anda juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk mendaftar diri sebagai bakal penerima organ untuk pemindahan buah pinggang.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.kidney.org/atoz/content/dialysisinfo
  2. https://www.dpcedcenter.org/news-events/news/what-is-dialysis-and-chronic-kidney-disease/
  3. https://stanfordhealthcare.org/medical-treatments/d/dialysis/types.html
  4. https://medlineplus.gov/dialysis.html
  5. https://www.nhs.uk/conditions/dialysis/what-happens/
  6. https://www.news-medical.net/health/What-is-Dialysis.aspx

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Nak Jaga Buah Pinggang Agar Kekal Sihat? Ikut 9 Tip Penjagaan Ini

Potong Kaki, Komplikasi Lazim Diabetes! Ini Yang Anda Perlu Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan