Premium

Memahami Kondisi Penyakit Kronik di Asia

Kami melakukan kajian mendalam bagaimana penyakit kronik seperti diabetes, kanser hingga jantung mempengaruhi kehidupan di Asia, termasuk di Malaysia.

down-icon
Memahami Kondisi Penyakit Kronik di Asia

Asia Tenggara bergelut dengan masalah berkaitan pelbagai penyakit kronik. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, 55% kematian di benua ini didalangi oleh penyakit kronik. 

Pergi ke penghujung artikel

Artikel ini hanya boleh diakses oleh ahli Hello Doktor sahaja. Sila login atau daftar sekarang untuk baca selanjutnya.

Penyakit tersebut termasuk penyakit jantung, diabetes, strok dan kanser.

Penyakit kronik tidak berjangkit (NCD) adalah pembunuh senyap penduduk di rantau Asia Tenggara. NCD merupakan penyakit yang tidak boleh berjangkit dari satu individu kepada individu lain.

Penyakit ini telah meragut sekitar 8.5 juta nyawa setiap tahun.

Kajian berkaitan penyakit gagal jantung di Asia Tenggara mendedahkan penduduk di negara-negara berkenaan lebih berisiko maut di awal usia akibat penyakit kronik tidak berjangkit, dengan statistik:

  • Filipina (27.9%) 
  • Myanmar (24.3%)
  • Indonesia (23.1%) 
  • Malaysia (19.6%)
  • Kemboja (17.7%)
  • Vietnam (17.4%)
  • Thailand (16.2%)
  • Singapura (10.2%)

Sementara di Taiwan, penyakit kardiovaskular aterosklerotik, atau pembentukan plak pada arteri, adalah penyebab kedua kematian. Di India, NCD kronik merangkumi 60% kematian – penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung iskemik dan kondisi serebrovaskular seperti strok adalah punca utama maut.

Kebanyakan penyakit membawa maut ini berpunca daripada pilihan gaya hidup. Tabiat seperti pengamalan diet tidak sihat, gaya hidup sedentari dan pengambilan tembakau tegar terus menjadi dalang penyakit ini tidak dapat dibendung.

Gaya hidup yang sihat – termasuk diet sempurna, aktiviti fizikal dan tidak menghisap rokok atau produk tembakau lain – mampu mengurangkan 80% risiko strok, penyakit jantung pramatang dan diabetes. 

Persoalannya, adakah kita semua mengamalkannya?

Ternyata, tabiat gaya hidup yang buruk berserta risikonya masih lagi berlegar di rantau ini. Tinjauan Hello Health Readership yang melibatkan ribuan pembaca dari Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar, Taiwan dan India mendedahkan penduduk cenderung mencari bahan bacaan daripada 3 topik berikut:

Carian topik kesihatan paling popular di Asia

Berdasarkan lebih 9,000 kaji selidik oleh Hello Health Readership Survey pada Jun - November 2020

Kebimbangan Utama Penduduk Asia Tenggara

Pengawalan berat badan serta stres muncul sebagai kondisi yang paling dibimbangi oleh penduduk Asia Tenggara, menurut Tinjauan Hello Health Readership.

Masalah Kesihatan Utaman Asia TenggaraMasalah Kesihatan Utaman Asia TenggaraMasalah Kesihatan Utaman Asia TenggaraMasalah Kesihatan Utaman Asia TenggaraMasalah Kesihatan Utaman Asia TenggaraMasalah Kesihatan Utaman Asia Tenggara
Malaysia
Pengurusan stres
43
%
Pengawalan berat badan
39
%
Depresi
29
%
next

Kedua-duanya masih muncul di dalam senarai keadaan kesihatan yang dibimbangi terhadap individu yang mereka sayang, diikuti kanser, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi di Malaysia, Myanmar dan Thailand.

Apabila ditanya berkenaan keadaan kesihatan yang paling dibimbangi berlaku kepada orang tua mereka, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok, kanser dan sakit kronik berada paling atas – memberi gambaran bahawa penduduk di sini masih risaukan penyakit kronik yang berlaku pada individu di sekeliling – berserta faktor risikonya.

Kategori Paling Popular di Laman Hello Health

Berdasarkan kategori penyakit-penyakit kronik, kesihatan jantung adalah paling popular di seluruh laman Hello Health dengan hipertensi adalah paling popular di kebanyakan negara kecuali India. Ini diikuti dengan penyakit jantung, kondisi kardiovaskular lain serta gagal jantung. 

Manakala kanser dan diabetes kekal menjadi kategori terpopular dalam kalangan pembaca Hello Health – barah hati, kolorektal, paru-paru dan kanser payudara adalah topik yang paling kerap dibaca.

Kategori paling popular di Hello HealthKategori paling popular di Hello HealthKategori paling popular di Hello HealthKategori paling popular di Hello HealthKategori paling popular di Hello HealthKategori paling popular di Hello HealthKategori paling popular di Hello HealthKategori paling popular di Hello Health

Kategori paling popular di Hello Health

Bedasarkan interaksi dengan laman Hello health dari 26 Mei ke 25 Ogos 2021

Malaysia
Kanser
Kesihatan Jantung
Kencing Manis
Strok
next
1/8

Faktor Risiko untuk Penyakit Kronik

Apakah penyakit kronik paling lazim di Asia dan bagaimana ia menjejaskan tubuh badan? Skrol ke bawah dan lihat pada model 3D kami untuk tahu lebih lanjut. 

Penyakit Jantung

Kajian menunjukkan penyakit kardiovaskular dan gagal jantung kini semakin berbahaya di Asia Tenggara, ekoran makin ramai populasi terus ada faktor risiko seperti hipertensi, diabetes dan merokok. 

Salah satu penyakit kardiovaskular yang disebabkan gaya hidup adalah aterosklerosis, penebalan arteri yang diakibatkan faktor risiko seperti tahap kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, merokok, diabetes dan kurangnya aktiviti fizikal.

 

Diabetes

Diabetes adalah epidemik di Asia, yang jadi punca kematian 1.2 juta dan 1.3 juta penduduk di negara Asia Tenggara serta negara Pasifik Barat, menurut Persekutuan Diabetes Antarabangsa.

Faktor gaya hidup seperti obesiti mampu meningkatkan risiko diabetes jenis 2, yang akan membuat tubuh badan rintang terhadap insulin. Mereka yang ada penyakit ini adalah 2 – 3 kali ganda berisiko alami penyakit kardiovaskular.

Kanser

Sesiapa sahaja boleh terkena kanser. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risikonya. Ini termasuk usia, genetik dan bagi beberapa jenis kanser, pendedahan kepada pencetus tertentu meningkatkan risiko.

Pilihan gaya hidup dan pendedahan persekitaran juga meningkatkan risiko kanser. Dalam pada itu, penggunaan tembakau pula adalah punca kanser paru-paru, mulut, tekak dan organ lain.

 

Strok

Kebanyakan kes strok didalangi oleh faktor gaya hidup. Ini termasuk hipertensi, obesiti, diabetes, tahap kolesterol tinggi dan lain-lain. Anda boleh mengurangkan risiko strok dengan mengubah tabiat berikut:

  • Kurang atau tidak melakukan aktiviti fizikal
  • Diet tidak sihat
  • Pengambilan alkohol
  • Pengambilan tembakau

Ada 2 jenis strok: iskemik dan hemoragik. Strok jenis iskemik merangkumi 87% kes strok. Ia berlaku apabila aliran darah ke otak tersumbat lantas menghalang oksigen masuk ke dalam otak. Ini seterusnya mengakibatkan kehilangan fungsi serta kematian sel otak.

 

Strok jenis hemoragik pula disebabkan oleh pendarahan pada permukaan otak akibat arteri yang rosak. Kondisi seperti tekanan darah tinggi (hipertensi) dan aneurisme adalah punca arteri pecah dan bocor, yang seterusnya menambah tekanan dan membunuh sel-sel otak.

 

Intipati

  • Penyakit kronik tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit jantung, diabetes, strok, dan kanser, dikatakan meragut sekitar 8.5 juta nyawa setiap tahun di Asia Tenggara
  • Kebimbangan kesihatan utama di Asia Tenggara untuk diri sendiri dan orang tersayang sama dengan penyakit NCD dan faktor risiko berkaitannya, termasuklah kawalan berat badan, pengurusan stres, dan tekanan darah tinggi
  • Menjalani gaya hidup sihat, pencegahan penyakit, dan rawatan serta pengurusan penyakit merupakan topik yang paling banyak dicari secara atas talian
  • Penyakit jantung merupakan kategori paling banyak dilihat dalam laman Hello Health, diikuti Hipertensi sebagai keadaan kesihatan paling popular di kebanyakan negara. Kategori lain yang banyak dilihat termasuklah sakit jantung, kondisi kardiovaskular lain, kegagalan jantung, kanser dan diabetes
  • Dengan mengetahui lebih mendalam tentang faktor risiko untuk penyakit-penyakit lazim ini boleh membantu anda mencegah dan menguruskan keadaan kesihatan tersebut 
  • Gaya hidup yang betul, termasuk mengamalkan diet sihat, kerap bersenam, dan tidak merokok atau mengambil produk tembakau lain, boleh mencegah sekurang-kurangnya 80% risiko strok, penyakit jantung pramatang, dan diabetes. 

Adakah artikel ini bermanfaat?

Kongsi

Atau salin pautan

  1. Center for Disease Control and Prevention. Types of Stroke. Retrieved 15 September 2021 from https://www.cdc.gov/stroke/types_of_stroke.htm
  2. International Diabetes Federation. Diabetes in South-East Asia. Retrieved 15 September 2021 from https://www.idf.org/our-network/regions-members/south-east-asia/diabetes-in-sea.html
  3. International Diabetes Federation. Diabetes in Western Pacific. Retrieved 15 September 2021 fromhttps://www.idf.org/our-network/regions-members/western-pacific/diabetes-in-wp.html
  4. Lam, Carolyn. (2015). Heart failure in Southeast Asia: facts and numbers: HF in Southeast Asia. ESC Heart Failure. 2. 10.1002/ehf2.12036. 
  5. Sreeniwas Kumar, A., & Sinha, N. (2020). Cardiovascular disease in India: A 360 degree overview. Medical journal, Armed Forces India, 76(1), 1–3. https://doi.org/10.1016/j.mjafi.2019.12.005
  6. World Health Organization. Noncommunicable diseases are the no. 1 killers in the SEA region. Retrieved 15 September 2021 from https://www.who.int/southeastasia/activities/noncommunicable-diseases-are-the-no.-1-killers-in-the-who-sear
  7. Wu, C.-K., Juang, J.-M. J., Chiang, J.-Y., Li, Y.-H., Tsai, C.-T., & Chiang, F.-T. (2018). The Taiwan Heart Registries. Journal of the American College of Cardiology, 71(11), 1273–1283. https://doi.org/10.1016/j.jacc.2018.02.006