Psoriasis ialah masalah kulit yang merengsa dan meradang. Jika anda ada kondisi ini, maka penting untuk anda tahu makanan untuk psoriasis yang sesuai!
Keadaan ini akan membuatkan kulit menjadi tebal lebih cepat daripada biasa.
Bahagian yang biasa terkesan ialah kulit kepala, lutut dan siku. Namun, mana-mana bahagian kulit boleh terkesan, termasuk kuku dan tulang.
Psoriasis membuatkan kulit menghasilkan lapisan yang kelihatan seperti sisik nipis dan berwarna seakan kemerah-merahan.
Sisik tersebut kadangkala gugur dengan sendiri dan mungkin juga memberikan rasa gatal yang berbeza-beza bagi setiap orang.
Ia bukanlah keadaan yang membahayakan namun boleh membuatkan penghidapnya tertekan dengan rupa kulit yang dihadapi, terutamanya jika melibatkan kulit kepala dan muka.
Keadaan ini adalah disebabkan oleh kadar pertumbuhan sel-sel kulit yang melebihi kadar biasa. Sebab itu, kulit menjadi tebal.
Walau bagaimanapun, psoriasis bukanlah sejenis keadaan berjangkit. Ia bukan sejenis jangkitan tetapi radang autoimun.
Adakah diet menjejaskan serangan psoriasis?
Jika anda merupakan seorang penghidap psoriasis, pasti anda mengambil ubat-ubatan dari preskripsi doktor untuk mengawal keadaan kulit anda.
Namun, adakah makanan untuk psoriasis juga perlu diberikan perhatian?
Tiada bukti santifik yang menunjukkan diet tertentu atau mengelakkan makanan tertentu akan membantu keadaan anda kerana apa yang anda makan boleh memberikan perubahan.
Menurut seorang doktor terkenal di Amerika Syarikat, Dr Andrew Weil, “Dalam pengalaman saya, kebanyakan orang memberikan tindak balas yang baik terhadap perubahan diet dan gaya hidup dalam mengawal keradangan kronik.”
Makanan untuk psoriasis, kurangkan ambil alkohol
Kaitan antara alkohol dan psoriasis adalah tidak jelas.
Namun menurut pakar, penghidap psoriasis perlu mengurangkan pengambilannya.
Untuk lelaki, tidak lebih daripada dua kali sekali dan kurang daripada sekali bagi wanita.
Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil alkohol dalam jumlah yang besar, keadaannya kurang bertindak balas terhadap rawatan psoriasis.
Terdapat juga laporan yang menemui bahawa lelaki yang kuat minum alkohol mendapati rawatannya lebih berkesan selepas berhenti mengambil alkohol.
Doktor mungkin akan meminta anda untuk berhenti minum sepenuhnya jika keadaan anda sangat teruk atau sedang mengambil sesetengah ubat-ubatan seperti methotrexate dan acitretin.
Elakkan makanan yang jadi punca masalah kulit
Memandangkan psoriasis adalah sejenis keradangan, anda perlu sebaiknya mengurangkan faktor-faktor yang boleh merangsang keradangan.
Beberapa makanan yang dikenal pasti boleh merangsang keradangan adalah:
- Daging merah berlemak.
- Produk tenusu.
- Makanan yang diproses.
- Gula yang ditapis.
- Sayur-sayuran nightshade seperti ubi kentang, tomato dan lada.
Selain mengurangkan makanan-makanan di atas, lebihkan pula makanan yang membantu melawan keradangan, kebiasaannya makanan yang kaya dengan antioksidan seperti:
- Ikan air tawar seperti tuna, salmon, mackerel dan hering.
- Biji rami (flaxseed), minyak zaitun, biji labu dan kacang walnut. Semua ini adalah sumber yang kaya dengan asid lemak omega-3.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna warni.
Adakah diet bebas gluten akan membantu?
Gluten adalah sejenis protein yang terkandung di dalam gandum dan tepung serta semua produk yang dihasilkan daripadanya.
Diet bebas gluten ini kebiasaannya diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit seliak, iaitu sejenis penyakit usus di mana terdapat alahan terhadap gluten.
Sifat penyakit seliak adalah seperti psoriasis, iaitu autoimun.
Jadi, mungkin diet yang sama dapat membantu. Malah, seseorang mungkin menghidap lebih daripada satu penyakit autoimun.
Namun, apa yang perlu anda tahu adalah psoriasis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan diet gandum adalah baik untuk jantung.
Jadi, sila berbindang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.