brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Cukur Rambut & Bulu Guna Mesin @ Kaedah Manual, Mana Satu Lebih Bagus?

Teringin cukur bulu-bulu di sekitar wajah namun keliru untuk guna mesin rambut atau kaedah manual sahaja? Sebenarnya, masing-masing juga punya pro dan kontra yang tersendiri!

Cukur Rambut & Bulu Guna Mesin @ Kaedah Manual, Mana Satu Lebih Bagus?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Teknik pembuangan bulu yang lazim

Sama ada anda ingin cukur rambut, misai, janggut, jambang atau bulu pada kulit badan yang lain, wujud banyak teknik untuk tujuan ini dan anda hanya perlu pilih yang paling tepat.

Pertama, anda mungkin boleh guna teknik mencukur (trimming/shaving) sama ada dengan alat pencukur tradisional atau elektrik. Ia teknik yang paling umum, mudah serta pantas.

Kemudian, anda juga punya alternatif lain seperti melilin (waxing), membenang (threading) atau menggunakan krim buang bulu serta pelbagai lagi teknik yang wujud pada masa kini.

mesin rambut

Sekiranya anda ingin membuang rambut atau bulu dengan cara mencukur, anda juga perlu tahu bahawa wujud dua versi alat untuk tujuan ini iaitu; versi elektrik – menggunakan mesin atau versi manual – menggunakan alat cukur yang biasa.

Persoalannya, mana satu di antara dua kaedah ini yang lebih bagus buat anda? Terus baca artikel!

Mesin potong rambut atau kaedah manual?

Sebenarnya, persoalan di atas sudah lama menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna teknik mencukur untuk membuang bulu dan masih tiada jawapan khusus bagi pertikaian ini.

Mungkin pada masa dahulu, individu tiada sebarang masalah untuk menggunakan pencukur tradisional namun segala telah berubah angkara kewujudan alat dengan teknologi tinggi.

Ada banyak faktor yang bakal membantu anda menjawab perselisihan ini. “Bulu bahagian mana yang anda mahu cukur, muka atau badan? Adakah kulit anda sensitif? Adakah anda ingin jimat masa dan kos?”. Semua ini akan main peranan penting.

Tidak kira lelaki atau wanita, jawapan kepada soalan ini mungkin bergantung kepada individu itu sendiri. Ia adalah pilihan anda untuk guna mesin potong rambut atau alat cukur biasa.

Mesin gunting rambut itu lebih bagus?

Pun begitu, kami percaya bahawa penggunaan teknologi ini mungkin adalah lebih bagus. Kenapa?

#1. Bagus untuk kulit sensitif

Penggunaan pencukur tradisional itu mungkin kurang baik buat mereka yang ada isu kulit sensitif kerana ia boleh jadi punca kulit menjadi merah, gatal dan radang akibat anda terlalu laju atau kuat mencukur selain akan jadi punca isu bulu tumbuh ke dalam.

mesin rambut

Dengan mengunakan mesin gunting rambut, anda dapat mengurangkan masalah-masalah di atas!

Manfaat mesin gunting rambut #2. Jimat masa

Dari segi masa, penggunaan mesin itu jauh lebih menjimatkan masa kerana ia akan buat individu dapat mencukur jauh lebih pantas berbanding menggunakan alat cukur tradisional.

Ini kerana anda tidak perlu terlalu memikirkan faktor seperti arah dan tekanan cukuran. Mesin elektrik ini agak bebas digunakan dan tidak perlu syarat tertentu untuk diamalkan.

Manfaat mesin potong rambut #3. Jimat kos

Dari segi kos, penggunaan mesin juga jauh lebih menjimatkan kos kerana ia tidak perlu ditukar atau dibeli baru secara berkala melainkan jika alat ini telah rosak dan harus diganti.

Namun, anda turut perlu tahu bahawa ia berfungsi menggunakan bahan jana daripada elektrik. Maka, bil api anda mungkin akan naik sedikit – masih kecil dan tidak membebankan.

#4. Gaya yang lebih versatil

Jika anda ingin mencukur bulu mengikut trend dan stail yang terkini, penggunaan mesin ini juga mungkin jauh lebih bagus kerana ia jauh lebih mudah dikendalikan dengan variasi jenis atau tahap mata cukur berlainan lantas membuat anda versatil.

Mungkin hasil tidak sama seperti di salun rambut tetapi tidak salah jika mahu eksperimen bukan?

mesin rambut

Berwaspada ketika anda guna mesin ini!

Konklusinya, kami mungkin percaya bahawa teknik pembuangan bulu dengan cara mencukur itu adalah jauh lebih bagus jika anda menggunakan mesin berbanding alat cukur tradisional yang biasa seperti mana kami telah kata di atas tadi.

Ini kerana terdapat banyak manfaat yang anda boleh terima serta mudarat yang anda boleh elak. Pun begitu, masih wujud bahaya tersembunyi jika anda salah teknik ketika guna alat ini.

Selain salah cara atau gaya cukuran, individu turut berisiko untuk terkena renjatan arus elektrik terutama jika mesin ini digunakan oleh tangan dan pada kulit yang masih sedang basah.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 hari lalu