Aduh, banyaknya rambut gugur setiap hari! Mungkin, dah sampai masanya untuk anda mencari makanan untuk rambut gugur.
Masalah rambut gugur bukanlah asing lagi kepada wanita mahupun lelaki. Walaupun anda akan kehilangan 50-100 helai rambut sehari melalui proses keguguran rambut yang normal, ada kalanya rambut anda gugur lebih daripada biasa disebabkan penambahan usia, masalah kesihatan dan faktor persekitaran.
Selain penjagaan rambut yang berkesan, pemakanan anda juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut anda. Ketahui 10 makanan untuk rambut gugur yang mempunyai khasiat dan manfaatnya yang tersendiri.
1.Bayam, makanan terbaik untuk rambut gugur
Bayam adalah sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Kekurangan zat besi adalah penyebab utama rambut gugur. Bayam bukan sahaja kaya dengan zat besi, tetapi juga mengandungi sebum yang bertindak sebagai perapi semula jadi untuk rambut.
Jika anda sedang mencari makanan untuk rambut gugur, cuba makan lebih banyak baya,. Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.
2. Kurangkan rambut gugut dengan lobak dan Keledek
Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang, sihat dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak juga mengandungi Vitamin A yang mampu meningkatkan pertumbuhan rambut.
Keledek juga mengandungi beta-karoten yang bertukar kepada vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.
3. Telur dan Produk Tenusu
Salah satu makanan yang baik untuk rambut gugur ialah telur dan produk tenusu.
Sebagai contoh, susu, yogurt, keju, telur dan produk tenusu lain mengandungi nutrien penting seperti protein, Vitamin B12, zat besi, zink dan asid lemak Omega.
Produk tenusu juga merupakan sumber biotin (Vitamin B7) yang terkenal mencegah rambut gugur.
4. Oat penawar masalah rambut gugur
Tambah semangkuk besar oat dalam hidangan pagi anda untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rambut gugur.
Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu (PUFAs) yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.
5. Walnut
Tambah walnut dalam diet anda untuk mencegah rambut gugur. Ia adalah satu-satunya kacang yang diketahui mengandungi biotin, vitamin B (B1, B6 dan B9), Vitamin E, kaya protein dan magnesium, yang semuanya menguatkan kutikula rambut dan menyuburkan kulit kepala.
Ia membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan DNA yang mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari.
6. Lentil
Lentil merupakan kumpulan kekacang yang menyihatkan. Di Malaysia, jenis lentil yang biasa ditemui ialah kacang dal. Ia kaya dengan protein, zat besi, zink, dan biotin dan merupakan makanan untuk rambut gugur yang baik.
Selain itu, lentil penuh dengan asid folik yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan sel darah merah yang membekalkan kulit dan kulit kepala dengan oksigen yang sangat diperlukan.
7. Daging ayam rahsia rambut sihat
Daging ayam kaya dengan protein berkualiti tinggi yang menguatkan rambut rapuh dan menghalang rambut terputus.
Oleh kerana rambut dan kuku terdiri daripada protein, anda harus mendapatkan sumber protein yang mencukupi dalam diet harian anda.
8. Makan strawberi elak rambut gugur
Siapa sangka, strawberi sesuai dijadikan makanan untuk rambut gugur?
Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut. Makanan kaya silika lain termasuk beras, oat, bawang, kubis dan timun.
9. Yogurt atasi masalah rambut gugur
Yogurt penuh dengan Vitamin B5 dan Vitamin D yang dikenali untuk menggalakkan kesihatan folikel rambut. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan yogurt untuk membuat topeng rambut sekali-sekala.
10. Makanan yang kaya dengan Vitamin-C
Vitamin C menyokong penyerapan zat besi dalam tubuh kita, kekurangannya boleh mengakibatkan rambut gugur. Vitamin C juga dikenali dengan sifat antioksidan yang mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh membuat rambut anda rapuh dan lemah.
Tambah buah-buahan seperti oren, betik, limau dan kiwi untuk diet anda. Vitamin C juga sesuai dijadikan makanan untuk rambut gugur disebabkan penghasilan kolagen yang menguatkan saluran darah yang membekalkan nutrisi kepada rambut.