backup og meta

Bercadang Untuk Buat 'Sulam Alis'? Kena Tahu Baik Dan Buruk Ia Dulu Ya!

Bercadang Untuk Buat 'Sulam Alis'? Kena Tahu Baik Dan Buruk Ia Dulu Ya!

Sulam alis adalah trend baru yang menjadi kegilaan di semua butik kecantikan di negara barat.

Ia menjanjikan alis mata yang lebih penuh, tebal dan cantik bagi menggantikan alis mata yang lama.

Sila ikuti artikel ini, untuk mengetahui lebih banyak tentang teknik kecantikan yang menjadi trend masa kini, bagaimana ia boleh menjadi begitu popular dan apakah baik dan buruknya?

Apa definisi sulam alis yang sebenar?

Sulam alis berasal daripada Asia di mana industri kecantikan merupakan bahagian yang besar dalam penjanaan ekonomi negara.

Dalam beberapa dekad ini, ia telah menjadi terkenal di Malaysia dan Filipina.

Sulam alis mempunyai nama yang berlainan.

Ada orang memanggilnya sulaman alis 3-D atau sulaman pigmen.

Ada juga yang memanggilnya tatu kosmetik atau mekap separa kekal.

Ia juga dinamakan sebagai  ‘microblading’.

Berbeza daripada tatu alis pada era 60 atau 70-an yang menggunakan dakwat biru gelap dengan bentuk garis lurus dan menjadi pudar seiring dengan masa.

Cara sulam alis sekarang mempamerkan alis mata yang kelihatan semula jadi yang sepadan dengan tona kulit dan warna rambut.

Maskara atau Sambungan Bulu Mata - proses menyambung bulu mata

Artis-artis sulaman alis (ya, kita memanggil mereka sebagai artis kerana alis mata juga adalah sebahagian daripada seni) akan menggunakan pisau halus untuk menolak pigmen separa kekal ke dalam kulit dan menyusunnya sama dengan arah bulu kening anda tumbuh untuk membuat sulaman alis 3-D yang penuh yang kelihatan begitu semula jadi.

Ia tidak memerlukan tatu atau pistol tatu. Artis-artis ini akan mengesyorkan kepada anda pigmen apa yang perlu anda gunakan sepadan dengan kulit dan warna rambut anda.

Ia sangat bagus bukan sahaja kepada orang yang memiliki alis mata yang nipis, bahkan kepada orang yang ingin untuk menebalkan dan menggelapkan lagi alis mata mereka.

Apakah persediaan anda?

Disebabkan satu sesi sulam alis boleh bertahan selama 2-3 tahun, anda perlu memastikan alis anda dilakukan oleh orang yang betul.

Buatlah kajian melalui atas talian untuk mencari artis yang boleh dipercayai dan pilihlah waktu dan tempat yang sesuai.

Jangan lakukan sulaman alis sehari sebelum anda pergi berkelah di tepi pantai.

Walaupun ia bukanlah tatu dan artis itu akan menyapu krim (numb cream) sebelum melakukan prosedur, tetapi ia tetap menyakitkan.

Ramai yang mengatakan rasanya seperti kena cucuk telinga dan tatu.

Satu sesi selalunya mengambil masa setengah jam ke satu jam.

Harganya berlainan mengikut pengalaman artis tersebut, kualiti pigmen dan lain-lain, tapi selalunya sekitar harga $400.

Kelebihan melakukan sulam alis!

Terdapat banyak kelebihan yang anda boleh perolehi selepas melakukan sulam alis.

Sejak Cara Delevingne mempopularkan alis tebal, kita boleh lihat bagaimana muka seseorang boleh berubah dengan hanya berdasarkan alis matanya.

Tidak perlu rasa ragu-ragu lagi tentang alis mata kita yang nipis seperti pisau cukur.

Kita tidak perlu menghabiskan duit untuk produk-produk kecantikan seperti gel, krim dan serbuk alis mata.

Sekiranya anda bukan seorang yang bangun awal, anda boleh menjimatkan 20 minit setiap hari tanpa perlu melakukan mekap untuk alis mata.

Parti kolam renang, pantai, musim panas yang lembap dan berpeluh tidak lagi merisaukan anda.

Adakah cara sulam alis itu selamat?

Sulam alis dikira selamat selagi anda mendapatkan khidmat butik yang berkualiti dan mempunyai reputasi yang bagus.

Sekiranya anda memilih untuk pergi ke butik yang lebih murah, pastikan artis terbabit memiliki kelayakan, alat-alat dibersihkan menggunakan prosedur steril dan rawatan pasca sulam alis untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti jangkitan kuman dan alahan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://health.clevelandclinic.org/want-perfect-eyeliner-every-day-permanent-makeup-pros-cons/
  2. https://www.nhs.uk/conditions/cosmetic-procedures/permanent-make-up/
  3. https://northcentralhealthdistrict.org/microblading-public-health-and-the-law/
  4. https://www.nj.gov/health/ceohs/documents/phss/MicrobladingGuidance.pdf
  5. http://www.floridahealth.gov/environmental-health/tattooing/microblading.html

Versi Terbaru

03/06/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Nak Buat 'Eyelash Lifting' Untuk Bulu Mata Lentik? Kena Tahu 6 Risiko Ini Dulu!

Aneka Petua Melebatkan Bulu Mata, Tapi Awas Dengan Produk Yang Ada Bahan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan