backup og meta

Serum Terbaik Tahun 2022: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Serum Terbaik Tahun 2022: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli!

Serum wajah merupakan satu kegilaan baharu dalam dunia penjagaan muka. Selain pemakaian pencuci muka, pelembap dan sebagainya, kini kita digalakkan pula menggunakan serum muka yang dikatakan mengandungi 1001 kebaikan untuk wajah. Walau bagaimanapun, apakah langkah untuk memilih serum terbaik, sesuai dengan masalah kulit muka yang kita alami?

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan serba sedikit mengenai serum muka dan jenama serum terbaik di Malaysia pada tahun 2022.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa sebenarnya serum?

serum terbaik

Serum merupakan sejenis produk yang mempunyai 1 fungsi utama – membekalkan kulit dengan bahan-bahan aktif dengan konsentrasi yang tinggi. Konsistensinya biasa lebih ringan berbanding gel tetapi lebih pekat daripada cecair biasa.

Semua serum dihasilkan dengan tujuan yang berbeza. Ada serum yang khas untuk mengatasi masalah jerawat. Ada juga yang diformulasi dengan bahan-bahan yang dapat mengurangkan kedutan.

Baca juga:

7 serum terbaik pada tahun 2022

Selepas mengetahui fungsi serum dan cara untuk memakainya, sudah tibalah masa untuk kenal pasti produk manakah yang sesuai untuk kulit wajah anda.

Dalam artikel di bawah, kami akan senaraikan 7 serum terbaik pada tahun 2022 yang boleh anda dapatkan di pasaran.

1. SAFI Youth Gold Lifting Serum Emulsion

SAFI merupakan sejenis produk yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain harganya yang mampu milik, bahan yang terkandung dalam serum ini juga sangat berkualiti, menjadikannya setanding dengan serum lain yang dijual dengan harga yang lebih mahal.

SAFI Youth Gold Lifting Serum Emulsion merupakan sejenis serum berasaskan air yang mengandungi niasinamida dan juga peptida yang dapat memberikan hidrasi serta-merta pada permukaan wajah.

Selain itu, peptida juga dapat merangsang penghasilan kolagen pada wajah untuk mengurangkan kedutan dan membuatkan kulit nampak lebih anjal dan tegang.

Tip: Serum berasaskan air lebih ringan dan mudah diserap oleh kulit. Ia juga tidak akan membuatkan kulit rasa berminyak dan melekit. Anda juga boleh aplikasikan pelembap, pelindung matahari dan make-up terus pada wajah tanpa perlu tunggu lama!

2. Bio-essence Bio-Gold Golden Ratio Double Serum

Bio-Gold Golden Ratio Double Serum merupakan produk yang ringan, berasaskan air, tidak berminyak dan pantas diserap oleh kulit.

Dengan teknologi Bio Energy Complex™, formula ini dapat meningkatkan keupayaan kulit untuk memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit di samping memperlahankan tanda-tanda penuaan.

Bukan itu sahaja, serum ini juga diperkaya dengan emas 24K!

Emas 24K telah digunakan oleh kerabat diraja pada zaman dahulu lagi untuk menentang penuaan dan melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas!

3. L’Oreal Paris Revitalift Laser X3 Renewing Anti-Ageing Serum: Serum terbaik untuk tangani penuaan

Inginkan wajah yang lebih anjal dan tegang hanya dalam masa beberapa minggu?

Gunakanlah serum L’Oreal Paris Revitalift Laser X3 Renewing Anti-Ageing yang dapat melawan tanda-tanda penuaan pada 8 zon penting wajah anda!

Produk ini bukanlah serum semata-mata, ia juga dapat melembap, memperbaiki dan melembutkan kulit wajah supaya anda nampak muda dengan kulit yang lebih glowing! Hebat bukan!

Selain itu, kandungan Centella Asiatica dan Pro-Retinol A, dalam serum ini juga dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.

Tip: Retinol merupakan sejenis vitamin A yang mempunyai kesan antipenuaan. Selain itu, ia juga dapat bertindak sebagai exfoliant dan meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit wajah. Retinol juga dapat membantu mengurangkan jerawat.

4. Wardah Acnederm Acne Care Serum: Serum terbaik dengan harga yang berpatutan

Anda mempunyai kulit yang berjerawat? Jika ya, Wardah Acnederm Acne Care Serum merupakan serum terbaik untuk anda.

Serum ini dapat mengurangkan keradangan, mengawal penghasilan minyak dan memudarkan bintik-bintik hitam pada kulit wajah.

Ia juga mempunyai manfaat 5 dalam 1; mengurangkan minyak, merawat jerawat, menyamarkan parut hitam, mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan kemerah-merahan pada kulit wajah!

5. Hada Labo HA Supreme Vita Brightening Concentrate Serum Booster: Antara serum terbaik di drugstore

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Hada Labo? Serum ini mengandungi 4 jenis asid hialuronik yang berbeza, vitamin B12 dan 5% niasinamida yang mampu menyerap dalam kulit untuk mengurangkan masalah kulit kusam.

Seperti namanya, serum booster ini mempunyai bahan aktif dalam konsentrasi yang lebih tinggi. Jadi, anda boleh perhatikan perubahannya dalam masa beberapa minggu sahaja!

Dengan pemakaian yang konsisten, gabungan semua bahan ini dapat membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, serta memudarkan bintik hitam dan kesan jerawat.

Tip: Asid hialuronik dapat membantu mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah. Ia juga berkesan untuk membantu kulit sembuh dengan lebih pantas dan mengurangkan kesan parut.

6. Cosmoderm Glow-C Super Boosting Serum

Serum ini diformulasi dengan vitamin C 5000 mg sebagai bahan utama.

Cosmoderm Glow-C Super Boosting Serum ini dapat melembut, mencerah dan melembapkan kulit supaya anda boleh mendapatkan wajah yang glowing dan bebas daripada kedutan halus.

Sekiranya anda mempunyai masalah hiperpigmentasi dan bintik gelap pada muka, ini merupakan serum muka terbaik untuk anda. Ia bebas paraben, SLES dan juga pewangi, sesuai untuk semua jenis kulit wajah.

Tip: Vitamin C merupakan sejenis antioksidan yang dapat melawan toksin (radikal bebas) yang datang daripada persekitaran kita. Penggunaan vitamin C dapat melindungi kulit kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

7. The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5

serum terbaik

The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5 mengandungi 3 jenis asid hialuronik dengan saiz molekul yang berbeza. Ia dapat meresap jauh ke dalam kulit dan menguatkan skin barrier.

Dengan formulasi berasaskan air, serum juga dapat memberikan hidrasi yang berpanjangan. Kandungan vitamin B5 pula dapat meningkatkan keberkesanan asid hialuronik untuk memastikan kulit anda sentiasa lembut dan tampak muda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hyaluronic acid: A key molecule in skin aging. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3583886/. Accessed on December 9, 2022.
  2. Keep Your Skin Healthy. https://newsinhealth.nih.gov/2015/11/keep-your-skin-healthy. Accessed on December 9, 2022.
  3. Retinol. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/23293-retinol. Accessed on December 9, 2022.
  4. Skin care: 5 tips for healthy skin. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/skin-care/art-20048237. Accessed on December 9, 2022.
  5. Why is topical vitamin C important for skin health? https://www.health.harvard.edu/blog/why-is-topical-vitamin-c-important-for-skin-health-202111102635. Accessed on December 9, 2022.

Versi Terbaru

17/04/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

5 Rahsia Agar Kulit Anda Kekal Cantik Dan Sihat, No.3 Wajib Cuba!

Penjagaan Kulit Berminyak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan