Lingkaran gelap bawah mata adalah satu masalah biasa dalam kalangan individu lelaki mahupun wanita. Kemunculannya boleh membuatkan anda kelihatan lebih berusia dari usia sebenar anda. Untuk memburukkan lagi keadaan, lingkaran gelap sukar untuk dihilangkan. Jadi apakah punca yang menyebabkan bawah mata hitam?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.
Punca munculnya lingkaran gelap bawah mata atau bawah mata hitam?
- Keletihan
Terlebih tidur, keletihan yang melampau, atau berjaga beberapa jam melepasi waktu tidur normal anda boleh menjadi punca wujudnya lingkaran gelap ini.
Kekurangan tidur juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kusam dan pucat, membuatkan tisu gelap dan saluran darah bawah mata akan menonjol.
Apabila anda kurang tidur ia akan membuatkan cecair muncul di bawah mata dan menyebabkan mata kelihatan bengkak dan ini sekali gus membuatkan lingkaran hitam itu sebagai bayangan kepada bengkak kelopak mata anda.
- Tekanan mata
Menonton televisyen atau menghadap skrin komputer terlalu lama boleh menyebabkan tekanan tertentu kepada mata. Ini akan membuatkan saluran darah pada sekitar mata membesar.
Akhirnya ia akan membuatkan bahagian sekitar mata anda menjadi gelap.
- Punca bawah mata hitam: Genetik
Keturunan dan genetik juga boleh menjadi faktor besar yang mungkin menyebabkan munculnya lingkaran gelap di sekeliling mata anda.
- Usia
Penuaan juga boleh menjadi antara faktor biasa yang menyebabkan kewujudan lingkaran gelap bawah mata. Semakin anda berusia, kulit anda akan menjadi lebih nipis.
Kehilangan lemak dan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit.
Apabila situasi ini berlaku, saluran darah gelap bawah kulit akan menjadi lebih ketara menjadi kulit sekitar mata menjadi gelap.
- Kekurangan nutrisi
Lingkaran bawah mata boleh terjadi kerana kekurangan nutrisi dari pengambilan diet pemakanan anda.
Diet yang sihat dan kaya nutrisi seperti vitamin A, C, K, E dan nutrien boleh menghilangkan lingkaran gelap.
- Punca bawah mata hitam: Alahan
Reaksi alahan dan kekeringan mata boleh mencetuskan lingkaran gelap. Apabila anda mengalami reaksi alahan, badan akan mengeluarkan histamin yang akan bertindak balas ke atas bakteria berbahaya.
Selain menyebabkan simpton yang tidak selesa seperti kegatalan, kemerahan, dan mata bengkak, histamin turut menyebabkan saluran darah anda melebar dan tampak lebih hitam di bawah kulit.
Alahan juga boleh mengakibatkan wujud keinginan untuk menggosok dan menggaru kulit gatal sekitar mata.
Perbuatan ini akan memburukkan lagi simptom yang dihadapi, menyebabkan keradangan, pembengkakan, dan saluran darah pecah – mewujudkan bayang-bayang gelap di bawah mata.
- Merokok dan alkohol
Amalan gemar berparti pada lewat malam, merokok atau pengambilan alkohol boleh menjejaskan kulit dan menyebabkan lingkaran gelap.
Lebih membimbangkan tabiat ini bukan sahaja menyebabkan bawah mata hitam, tetapi individu yang terdedah kepada penggunaan alkohol dan produk tembakau adalah lebih cenderung untuk mendapat kanser oral dan kanser farinks (bahagian tekak).
Malah, gabungan alkohol dan tembakau adalah lebih membawa maut berbanding apa yang anda fikirkan. Kombinasi pengambilan kedua-duanya meningkatkan risiko kanser dengan ketara.
- Dehidrasi
Lingkaran ini boleh menjaditanda kekurangan air dalam badan kerana pengambilan minuman berkafein secara berlebihan.
Dehidrasi juga antara punca biasa lingkaran bawah mata. Badan yang tidak menerima jumlah air yang mencukupi, boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan mata akan kelihatan tenggelam.
- Cahaya matahari
Pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan boleh menyebabkan badan anda menghasilkan melanin -pigmen yang memberikan warna kepada kulit – secara berlebihan.
Terlalu banyak cahaya matahari – khususnya kepada mata – boleh menyebabkan pigmentasi sekitar kulit menjadi lebih gelap.
- Punca bawah mata hitam: perubahan hormon
Kebiasaannya, perubahan hormon pada wanita, disebabkan proses kehamilan atau kitaran haid, turut boleh menyebabkan wujudnya lingkaran gelap.
Kesimpulan
Bagi kebanyakan individu, lingkaran gelap ini hanyalah bersifat sementara yang selalunya disebabkan oleh faktor usia atau kekurangan tidur.
Lingkaran gelap ini kebiasaannya tidak menyebabkan masalah serius lain. Malahan terdapat pelbagai cara untuk mengatasi dan merawat masalah ini.
Walau bagaimanapun, jika perubahan warna atau bengkak menjadi lebih teruk dari masa ke masa, pastikan anda berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan pemeriksaan.
Kini anda telah mengetahui 10 punca bawah mata hitam.
[embed-health-tool-ovulation]