Centella Asiatica telah terbukti memberi manfaat kepada penyembuhan luka. Luka yang dirawat dengan bahan ini mula membentuk kulit baru dengan lebih cepat dengan kesan penyembuhan yang memberangsangkan menggunakan gelnya. Keratinisasi, yang membantu menebalkan kulit pada kawasan jangkitan dapat digalakkan dengan penggunaannya. Asiaticoside, bahan triterpena dalam pegaga dilaporkan mempunyai aktiviti penyembuhan luka dengan meningkatkan pembentukan kolagen dan pembentukan saluran darah baru.
Pepatah Sri Lanka berkaitan pegaga yang berbunyi “Dua daun sehari menjauhkan usia tua,” menggambarkan populariti pegaga sebagai agen keremajaan. Cantella Asiatica kini digunakan dalam kosmetologi sebagai rawatan anti-penuaan, terutamanya kerana kesan penambahan kolagen jenis I yang jumlahnya berkurangan dengan usia.
Dalam percubaan klinikal melibatkan 20 peserta wanita dengan penuaan kulit, kesan penggunaan 0.1% madecassoside beserta 5% vitamin C pada kulit dikaji. Rawatan selama enam bulan menyaksikan perubahan ketara dalam keanjalan, ketegangan dan penghidratan kulit, yang disahkan melalui ujian tertentu.
Madecassoside, bahan triterpene Cantella Asiatica adalah antara bahan membantu perkembangan kolagen. Oleh kerana 5% vitamin C dapat membantu merangsang pembuatan kolagen dan mengawal enzim yang menghancurkan kolagen, campuran vitamin C dan madecassoside adalah gabungan menarik dengan kesan efektif untuk anti-penuaan.
Krim cica, produk pegaga global
Kini, produk-produk penjagaan kulit yang mengandungi Cantella Asiatica dilabel sebagai krim cica (cica cream) dan dikenali sebagai pelembap anti-penuaan, selain berfungsi untuk meredakan kulit yang meradang. Pelbagai jenama produk penjagaan kulit terkemuka di pasaran kini menawarkan krim cica. Nama krim cica berasal dari Centella Asiatica (“c” dari Centella dan “ca” dari asiatica). Produk kosmetik yang mengandunginya akan ditulis dengan perkataan Centella Asiatica (atau Gotu Kola atau tiger grass) dalam formulanya. Cara menggunakannya adalah dengan menyapu krim cica diikuti dengan pelembap setiap pagi dan petang untuk hasil terbaik.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen