
Tanda Lahir Coklat & Kecil Pada Bayi Itu Normal, Tapi Ada Juga Risiko Tumor?
Walaupun bukan semua, dikatakan bahawa 80% bayi akan dilahirkan dengan birthmark di tubuh badan mereka. Ini termasuklah juga dari jenis tanda lahir coklat dan kecil.

Antara jenis tanda lahir yang paling popular ada pada tubuh badan si kecil anda itu adalah variasi Café au Lait Spots yang kelihatan seperti peta negara di dalam glob bumi.
Ya, ia mungkin tidak tampak menonjol atau mengancam, namun masih ada ibu bapa yang akan fikir bahawa birthmark itu akan mendatangkan bahaya terhadap si manja mereka.
Persoalannya, adakah benar ia akan mendatangkan bahaya? Jom terus baca artikel untuk tahu!
Café au Lait Spots, adakah ia normal?
Untuk pengetahuan anda semua, karakteristik tanda lahir jenis ini adalah ia berwarna coklat, bersaiz kecil dan tidak bersegi serta boleh muncul di mana-mana pada kulit bayi.
Pun begitu, warnanya mungkin boleh berubah daripada tona yang cerah kepada tona lebih gelap apabila ia terlalu kerap atau lama terdedah kepada sinaran cahaya matahari.
Kebiasaannya, birthmark jenis ini akan wujud di saat bayi dalam kandungan lagi namun masih boleh muncul apabila mereka menginjak usia lebih tua ketika remaja atau dewasa.
Tanda lahir coklat, kecil dan tanpa segi ini juga biasa hanya akan ada di satu tempat pada kulit badan namun boleh lebih daripada itu. Pun begitu, ia mungkin masih lagi normal.

Apa yang mungkin membimbangkan adalah apabila ia wujud lebih daripada satu dan merata pada tubuh badan kerana ia mungkin tanda anda ada masalah pada sistem genetik.
Apakah punca tanda lahir coklat & kecil ini?
Mungkin ada ibu bapa yang akan fikir ia adalah angkara ruam atau reaksi alergi pada kulit bayi sedangkan ia hanya akibat aktiviti pigmentasi kulit yang tentu sahaja normal.
Ia juga mungkin bukan kondisi yang boleh jadi indikator kanser kulit seperti tahi lalat kerana birthmark jenis ini memang tidak ada sifat kanser seperti tanda lahir yang lain.
Pun begitu, mungkin wujud beberapa faktor risiko lain seperti keturunan dan warna kulit kerana ia lebih cenderung ada pada bayi berkulit gelap berbanding berkulit cerah.
Ini menunjukkan bahawa tanda lahir jenis ini mungkin lebih banyak ditemukan pada bayi dengan ras Mongoloid (orang benua Asia) serta ras Negroid (orang benua Afrika).
Namun itu bukan bermakna bahawa mereka dengan kulit cerah tidak akan mengalami kondisi ini!
Wujudkah bahaya tanda lahir coklat & kecil ini?
Tidak perlu rasa khuatir, tanda lahir yang wujud pada kulit bayi anda itu mungkin adalah tidak berbahaya atau berkait dengan keadaan kesihatan termasuk Café au Lait Spots.

Namun jika si kecil anda ada lebih daripada 1 tanda ini yakni seperti 6 dan ke atas pada kulit, ia mungkin petanda mereka ada masalah genetik neurofibromatosis jenis 1.
Ia adalah sejenis kondisi yang boleh menjejaskan bukan sahaja kulit malahan sistem saraf dan sistem optik. Kondisi ini juga boleh jadi punca wujud tumor di dalam badan.
Masih lagi tiada penawar buat penyakit neufibromatosis ini. Pun begitu, simptom-simptom seperti di atas tadi serta gejala lain masih boleh untuk dirawat atau dikawal.
Tumor akibat kondisi ini perlu untuk dibuang melalui pembedahan. Jadi, jangan ambil mudah ya?
Ini yang ibu bapa mungkin boleh lakukan…
Sebagai ibu bapa yang ada anak dengan birthmark jenis ini, anda perlu kekal tenang kerana ia mungkin masih normal, tidak bahaya serta tidak perlu dirawat atau diubat.
Jika doktor telah mengesahkan bahawa ia adalah indikator masalah genetik seperti di atas atau kanser, maka langkah awal perlu anda ambil segera dengan jumpa doktor.
Jika ia normal dan cuma hanya akan menjejaskan penampilan, maka ada prosedur khas yang ibu bapa mungkin boleh lakukan seperti terapi laser atau sekadar alat solek.

Jadi, apa yang ibu bapa perlu lakukan adalah dengan membawa anak berjumpa doktor segera untuk menentukan sama ada bersifat kanser atau berpotensi masalah genetik.
Selepas itu, barulah keputusan untuk sama ada membuang atau menyorok tanda lahir coklat dan kecil ini boleh anda buat. Pastikan ia tidak ada unsur bahaya terlebih dahulu.
Konklusinya, birthmark atau tanda lahir itu ada banyak jenis dan salah satu yang paling kerap berlaku adalah Café au Lait Spots dan kebanyakannya mungkin tidak bahaya namun hanya akan jejas penampilan. Jumpa doktor segera untuk berkonsultasi.