backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tanda Lahir Port Wine Stain, Bolehkah Ia Hilang Ataupun Tidak? Ini Jawapannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    Tanda Lahir Port Wine Stain, Bolehkah Ia Hilang Ataupun Tidak? Ini Jawapannya!

    Kebanyakan bayi akan dilahirkan bersama dengan tanda lahir mereka yang tersendiri. Ia boleh wujud di mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti muka, tangan, kaki atau badan.

    Dalam pada itu, terdapat pelbagai jenis tanda lahir yang boleh dialami bayi. Antara yang paling terkenal dan biasa berlaku kepada si manja adalah tanda lahir port wine stain.

    Persoalan yang selalu bermain di fikiran ibu bapa adalah apakah ia? Adakah ia bahaya? Adakah ia kekal? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih mendalam lagi!

    Apa itu tanda lahir port wine stain?

    Sebelum pergi lebih lanjut, mari kita berkenalan serba sedikit mengenai tanda lahir jenis ini terlebih dahulu. Secara umumnya, terdapat dua jenis utama tanda lahir iaitu:

    • Tanda lahir berpigmen: Ia terjadi akibat pigmen yang berlebihan di kawasan kulit tersebut. Kebiasaannya berwarna gelap seperti tahi lalat.
    • Tanda lahir vaskular: Ia terjadi akibat saluran darah yang terkumpul di bawah kulit. Kebiasaannya berwarna kemerahan atau merah jambu.

    Tanda lahir port wine stain atau nevus flameus merupakan sejenis tanda lahir vaskular. Ia berwarna seakan-akan merah jambu atau ungu gelap.

    Kebiasaannya, ia akan terjadi pada kawasan muka, kepala, leher, tangan atau kaki. Pun begitu, ia masih boleh terjadi pada anggota badan yang lain.

    Apakah punca tanda lahir ini terjadi?

    Tanda lahir ini bukanlah berpunca daripada faktor genetik atau keturunan kerana ia akan berlaku secara rawak pada bayi yang tertentu.

    Punca sebenar ia terjadi adalah terdapat saluran darah di suatu kawasan kulit yang sempit lalu mengakibatkan darah terkumpul di bawah kulit.

    Kumpulan darah inilah yang menyebabkan kawasan permukaan kulit tersebut bertukar warna seakan merah jambu atau ungu gelap.

    Adakah ia berbahaya?

    Sebenarnya, tanda lahir ini tidak mendatangkan sebarang bahaya atau mudarat kepada bayi anda. Namun begitu, ia mungkin merupakan tanda bayi anda mempunyai kondisi kesihatan seperti sindrom ‘Sturge-Weber’ atau ‘Klippel-Trenaunay’ yang berbahaya kepada tumbesaran bayi anda.

    Sebaiknya, bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai perkara ini.

    Perkara yang paling perlu dikuatiri oleh ibu bapa adalah tanda lahir ini mungkin akan membuat penampilan mereka lain daripada yang lain lalu menggugat keyakinan diri mereka, terutamanya ketika menjangkau usia remaja.

    Adakah ia akan hilang dengan sendiri?

    Hakikatnya, tanda lahir ini adalah bersifat kekal dan tidak akan hilang dengan sendiri kerana tiada rawatan atau ubatan yang boleh digunapakai untuk menghilangkannya.

    Namun begitu, ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk melakukan prosedur laser khas yang boleh memudarkan warna tanda lahir pada bayi mereka bagi tujuan kosmetik.

    Sebaiknya, ibu bapa boleh dan terus menyemai keyakinan dalam diri anak anda sekiranya mereka mengalami tanda lahir ini. Beritahu mereka bahawa tanda lahir ini bukanlah satu kecacatan atau kelainan daripada individu lain sebaliknya satu keunikan yang tidak semua individu berpeluang mengalaminya!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan