backup og meta

Bahaya Ada Ruam Tompokan Darah Seakan Labah-labah Di Badan! Ini Amaran Penyakit Sirosis Hati

Bahaya Ada Ruam Tompokan Darah Seakan Labah-labah Di Badan! Ini Amaran Penyakit Sirosis Hati

Selalunya, kulit ruam muncul dengan bentuk bulat atau leper dan berwarna kemerahan. Namun, terdapat sesetengah kes di mana kulit ruam terbentuk di muka seakan cabangan pokok atau sarang labah-labah.

Ketahui pengertian kulit ruam tersebut dengan lebih lanjut dalam artikel ini.

Apakah itu kulit ruam spider nevi?

Sebilangan indvidu mempunyai pembuluh darah yang terlihat sangat jelas di kulit wajah ataupun bahagian badan lain.

Kulit ruam spider nevi adalah kumpulan pembuluh darah kecil yang mengembang dan berkumpul dekat dengan permukaan kulit.

Penampilannya seakan-akan sarang labah-labah yang mempunyai titik pusat dan cabangan. Ia boleh muncul dalam warna merah, ungu atau kebiruan.

Punca kulit ruam spider nevi

Jaringan pembuluh darah yang kelihatan dekat dengan kulit adalah tidak normal. Punca kulit ruam ini berlaku tidak difahami sepenuhnya oleh para saintis.

Namun, penyelidik percaya bahawa pelbagai faktor boleh menyebabkan spider nevi, sama ada dari sudut masalah kesihatan, perubahan hormon mahupun persekitaran.

1. Pendedahan kepada cahaya matahari

kulit ruam

Sinar matahari yang berlebihan mampu mengembangkan pembuluh darah.

Selain itu, lapisan kulit berpotensi untuk menipis sehingga membuat pembuluh darah terlihat jelas di bawah permukaan kulit.

2. Iritasi daripada bahan kimia dalam kosmetik

Bahan kimia yang terdapat dalam sesetengah produk kosmetik boleh merosakkan struktur kulit dan menyebabkan ia lebih nipis.

Oleh itu, pembuluh darah akan muncul sebagai kulit ruam spider nevi.

3. Trauma

Kecederaan selepas pukulan atau ditimpa sesuatu benda yang keras boleh menyebabkan kontusi pada kulit.

Semasa ia berlaku, pembuluh darah boleh pecah dan kelihatan di permukaan kulit.

4. Perubahan hormon

Ia biasanya berlaku apabila tahap estrogen tinggi dalam sistem tubuh anda seperti kehamilan dan penyakit sirosis hati.

5. Penyakit sirosis hati

kulit ruam

Kulit ruam spider nevi boleh berlaku apabila terdapat penyakit sirosis hati yang berkaitan dengan pengambilan alkohol yang banyak.

Kajian menunjukkan sebanyak 33% pesakit sirosis mempunyai ruam kulit ini.

Ia berlaku kerana hati tidak berfungsi dengan baik untuk memproses estrogen di dalam badan.

Faktor risiko ruam kulit spider nevi

Walaupun punca ruam kulit ini tidak difahami sepenuhnya, beberapa faktor boleh meletakkan anda pada risiko yang lebih tinggi seperti :

Bolehkah ia dicegah?

Anda mungkin tidak dapat mencegah ia sepenuhnya sekiranya anda mempunyai faktor keturunan dan genetik.

Walaupun tidak ada langkah pencegahan khusus yang diketahui, pembentukan spider nevi mungkin boleh dihalang dengan :

Rawatan ruam kulit spider nevi

Anda boleh berunding dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih efektif. Secara umum, beberapa rawatan yang boleh dijalankan adalah seperti :

1. Terapi ablasi laser

Ia berfungsi dengan menghantar cahaya yang kuat ke dalam pembuluh darah. Pembuluh darah yang timbul akan perlahan-lahan pudar dan hilang.

Jenis terapi ablasi yang terbaru menggunakan tenaga frekuensi radio dan bukannya cahaya.

Terapi ini tidak menggunakan sebarang jarum atau pemotongan. Namun begitu, prosedur ini sering kali kurang berkesan berbanding dengan skleroterapi, terutama sekali untuk pembuluh darah yang lebih besar.

Kesan sampingan termasuklah kemerahan, lebam, gatal, bengkak dan perubahan warna kulit yang kekal.

2. Skleroterapi

Dalam prosedur ini, doktor akan menyuntik pembuluh darah yang terjejas dengan larutan yang membentuk parut dan menutup urat tersebut.

Ia mengakibatkan darah untuk mengalir semula melalui pembuluh darah yang lebih sihat.

Dalam beberapa minggu, spider nevi yang dirawat akan mula pudar. Walaupun urat yang sama mungkin perlu disuntik lebih daripada sekali, namun skleroterapi biasanya sangat berkesan jika dilakukan dengan betul.

Prosedur ini tidak memerlukan bius dan boleh dilakukan di pejabat doktor anda.

Kesan sampingan boleh terjadi termasuklah gatal-gatal, bengkak dan perubahan warna kulit pada kawasan yang dirawat.

Konklusi

Jika anda mempunyai ruam kulit spider nevi di kawasan tubuh anda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca dan pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Spider veins. https://www.aocd.org/page/SpiderVeins/ Accessed Aug 4, 2020
  2. Spider veins. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/varicose-veins/expert-answers/spider-veins/faq-20058284/ Accessed Aug 4, 2020
  3. What is the best way to get rid of spider veins. https://health.clevelandclinic.org/what-is-the-best-way-to-get-rid-of-spider-veins/ Accessed Aug 4, 2020
  4. Varicose veins and spider veins. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/varicose-veins-and-spider-veins/Accessed Aug 4, 2020
  5. Spider veins. https://www.health.harvard.edu/a_to_z/spider-veins-a-to-z / Accessed Aug 4, 2020

Versi Terbaru

29/10/2021

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Cara Mudah Nak Cegah Kanser Kulit, Rajinkan Diri Pakai 'Sunscreen'! Ini Sebabnya

10 Perkara Anda WAJIB Buat Lepas Bercukur Untuk Elak Ruam Atau Radang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 29/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan