brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Kulit Anda Gatal Mungkin Sebab Kering! Cuba 5 Cara Tradisional Ini Untuk Legakannya

Ada kalanya, kulit yang berasa gatal boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan khususnya ketika tidur. Namun anda tidak perlu berasa khuatir. Ini kerana ada beberapa petua hilangkan gatal kulit yang boleh anda cuba di rumah. Ini 5 cara tradisional menghilangkan gatal kulit. 

Kulit Anda Gatal Mungkin Sebab Kering! Cuba 5 Cara Tradisional Ini Untuk Legakannya

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan?

Ada banyak sebab kulit menjadi gatal-gatal. Antara penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan terbesar adalah perubahan cuaca di sekitar kita.

Sebagai contoh, udara yang lembap ketika musim panas akan menyebabkan persekitaran menjadi lebih kering.

Sekiranya kulit anda sudah sedia ada kering, maka persekitaran seperti ini akan menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih buruk.

Sama juga seperti ketika anda mandi air panas di rumah, ia boleh mendorong kulit untuk menjadi lebih kering berbanding jika anda mandi air sejuk atau suam.

Namun, perubahan cuaca bukanlah satu-satunya penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan.

Gigitan serangga, penyakit kulit tertentu, dan juga alahan merupakan antara punca lain kulit menjadi gatal.

Petua hilangkan gatal kulit

Terdapat beberapa cara tradisional menghilangkan gatal kulit yang anda boleh cuba di rumah.

Ia tidaklah sesukar mana dan hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati.

Ini caranya:

1: Sejukkan kawasan yang gatal

American Academy of Dermatology mencadangkan bahawa, cara yang baik untuk melegakan kulit gatal adalah dengan meletakkan kain sejuk yang basah atau pek ais pada kawasan kulit yang gatal selama 5 hingga 10 minit.

Penyejukan membantu mengurangkan keradangan yang mungkin menyebabkan kegatalan. Selain itu, anda juga boleh menyimpan krim dan losyen pelembap di dalam peti sejuk.

Ini akan memastikan ia mempunyai kesan penyejukan langsung apabila anda menyapunya pada kulit.

Petua hilangkan gatal kulit 2. Gunakan produk yang mengandungi Bisabolol

Apakah Bisabolol? Bisabolol ialah sebatian yang boleh diperoleh daripada tumbuhan chamomile Jerman dan digunakan dalam pelbagai produk penjagaan kulit, termasuk krim pelembap dan losen. Bahan ini dikaji kerana berpotensi mempunyai sifat antiradang dan membantu menenangkan kulit.

Kajian makmal dan haiwan menunjukkan bahawa Bisabolol berpotensi mengurangkan tindak balas keradangan pada kulit. Walau bagaimanapun, bukti klinikal pada manusia masih terhad dan keberkesanannya untuk melegakan kegatalan kulit belum dapat dipastikan sepenuhnya.

Jika anda ingin mencuba produk yang mengandungi Bisabolol, pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda dan lakukan ujian tampalan (patch test) terlebih dahulu. Hentikan penggunaan jika kulit menjadi semakin merah, gatal atau mengalami kerengsaan.

Sekiranya kegatalan berlarutan atau semakin teruk, dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenal pasti punca dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

3: Sapu krim pelembap

petua hilangkan gatal kulit
Kebaikan menggunakan krim pelembap kulit.

Krim dan losyen pelembap boleh membantu melembapkan lapisan paling luar kulit.

Ia penting untuk menguruskan keadaan kulit yang menyebabkan kegatalan dan kekeringan.

Pelembap yang baik mengandungi kandungan humektan dan emolien.

Humektan berperanan menyerap air ke dalam kulit, manakala emolien pula membentuk lapisan pelindung di atas permukaan kulit, yang membantu mengekalkan kelembapan.

4. Petua hilangkan gatal kulit akibat hama dengan baking soda

Soda penaik atau baking soda mempunyai sifat antikulat, dan kajian mencadangkan ia adalah rawatan yang berkesan untuk pelbagai keadaan kulat kulit penyebab kegatalan.

Persatuan Ekzema Kebangsaan Amerika Syarikat mengesyorkan penambahan satu perempat cawan baking soda ke dalam air mandian suam.

Selain itu, anda juga boleh mencampurkan baking soda dengan sedikit air untuk membentuk pes dan boleh disapukan terus pada kulit yang gatal.

5: Sapukan menthol, antara petua hilangkan gatal kulit akibat hama

petua hilangkan gatal kulit
Ubat gatal kulit yang berkesan.

Menthol adalah minyak pati yang terdapat dalam tumbuhan daripada keluarga pudina.

Ia mempunyai kesan penyejukan dan boleh menjadi antara petua hilangkan gatal.

Kajian pada 2012 dilakukan untuk menyiasat sama ada minyak pudina yang mengandungi mentol, boleh merawat kulit gatal dengan berkesan pada wanita hamil.

Peserta kajian menyapu minyak pada kawasan kulit yang gatal dua kali sehari selama 2 minggu.

Mereka yang menggunakan minyak infusi pudina melaporkan pengurangan ketara dalam tahap keterukan gatal berbanding mereka yang menggunakan produk lain.

Namun, anda perlu sentiasa mencairkan minyak pati dalam minyak asas lain sebelum menyapunya pada kulit.

jenis gatal kulit
Cara melegakan gatal badan akibat pepijat.

Facerinna untuk rutin penjagaan kulit

Rangkaian produk Facerinna untuk penjagaan kulit anda.

Selain mengamalkan petua hilangkan kegatalan kulit, penjagaan kulit harian juga penting, terutamanya jika kulit anda kering.

Facerinna menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit, termasuk pelembap yang membantu mengekalkan kelembapan dan menyokong lapisan pelindung kulit.

Walau bagaimanapun, pilih produk mengikut keadaan kulit anda dan hentikan penggunaannya jika berlaku iritasi. Jika kegatalan berterusan, semakin teruk atau disertai ruam, dapatkan nasihat doktor untuk mengenal pasti puncanya.

Nak meneroka rangkaian produk Facerinna? Dapatkan produk Facerinna di Shopee atau di Tiktok Shop sekarang.

Masih mengalami kegatalan atau tidak pasti cara penjagaan yang sesuai? Dapatkan konsultasi bersama doktor di sini.

medical
Dr. Joseph Tan
Disemak secara perubatan oleh
Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi