backup og meta

Ini 3 Cara Bersetubuh Tanpa Perlu Risau Akan Mengandung!

Ini 3 Cara Bersetubuh Tanpa Perlu Risau Akan Mengandung!

Setiap pasangan suami isteri pasti mahu mempunyai cahaya mata, bukan? Akan tetapi, ada juga yang belum bersedia kerana mahu merancang keluarga terlebih dahulu lebih-lebih lagi pasangan muda yang baru berkahwin. Jadi, apakah yang perlu dilakukan? Rahsianya, adalah cara bersetubuh suami isteri yang betul. Nak tahu lebih lanjut? Jom ikuti artikel ini!

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Cara bersetubuh suami isteri untuk mencegah kehamilan

Ramai pasangan sering berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat berkenaan posisi seks yang boleh dilakukan untuk meningkatkan peluang hamil.

Namun, ada juga pasangan yang bertanyakan sebaliknya. Berikut adalah posisi seks yang boleh anda dan pasangan praktikkan untuk mencegah kehamilan:

Cara yang pertama: 69

Buat anda yang kurang arif mengenai posisi ini, ia adalah posisi di mana anda berbaring dan pasangan anda berada di atas anda dalam keadaan yang terbalik.

Maksudnya di sini adalah kepala anda dan pasangan tidak bersemuka antara satu sama lain tetapi akan menghadap kemaluan masing-masing.

Dalam erti kata yang lain, tiada penetrasi yang akan berlaku. Anda dan pasangan boleh memuaskan diri dengan menyentuh dan menjilat kemaluan pasangan masing-masing.

Dengan itu, anda dan pasangan sudah tidak perlu risau lagi akan risiko kehamilan kerana air mani suami tidak akan dikeluarkan di dalam faraj isteri.

cara bersetubuh suami isteri

Cara bersetubuh suami isteri ke-2: Woman on top

Secara tradisinya, sudah pasti si suami yang akan berada di atas, bukan? Ini kerana posisi seks paling biasa dan asas untuk dilakukan oleh pasangan yang kurang berpengalaman adalah posisi missionary.

Posisi seks ini sangat berbeza dengan posisi woman on top yang memerlukan si isteri untuk menjadi nakhoda kapal layar anda.

Posisi ini dilakukan dengan suami berbaring menelentang dan isteri duduk di atas suami. Kemudian, penetrasi boleh dibuat dengan isteri mengawal kadar dan kedalaman tusukan zakar.

Posisi ini dikatakan dapat mencegah kehamilan kerana air mani yang terpancut agak lambat untuk sampai ke pangkal rahim lantas melambatkan proses persenyawaan.

Cara bersetubuh suami isteri ke-3: Show and tell

Posisi apakah ini? Sebenarnya, ia bukan satu posisi seks klasik yang ramai sudah sedia maklum seperti missionary, doggy style atau woman on top yang ramai sudah tahu.

Akan tetapi, ia lebih kepada foreplay yang memerlukan anda untuk melakukan masturbasi.

Perbezaannya dengan perlakuan melancap adalah anda akan melakukannya bersama pasangan. Caranya, hanya berbaring sebelah pasangan sambil menghadap muka masing-masing. Kemudian, gunakan tangan untuk menyentuh dan merangsang pasangan.

Gunakan tangan atau mulut anda untuk mengeluarkan air mani dan pastikan ia pancut jauh daripada bibir faraj, ya?

Kaedah romantik ini bukan sahaja boleh memuaskan nafsu malah juga akan merealisasikan hasrat anda dan pasangan untuk mencegah kehamilan.  

Kaedah pancut luar

Pasangan suami isteri yang masih belum tahu, kaedah ejakulasi di luar faraj atau pancut luar adalah cara bersetubuh suami isteri yang paling simple untuk dipraktikkan. Kaedah ini memerlukan suami menarik zakar keluar daripada faraj sebelum ejakulasi semasa melakukan hubungan seks demi memastikan air mani tidak terpancut di dalam faraj.

cara bersetubuh suami isteri

Untuk pengetahuan anda juga, ia adalah cara kaedah perancangan keluarga yang semula jadi tanpa memerlukan bantuan sebarang alat atau ubat.

Menurut kajian, kaedah ini mempunyai tahap keberkesanan sehingga 82% hingga 96% dan hanya 4 daripada 100 wanita yang menggunakan kaedah ini bersama pasangan mereka hamil.

Dalam erti kata yang lain, ia adalah cara bersetubuh suami isteri paling efektif dan selamat tanpa sebarang kesan sampingan dalam usaha mencegah kehamilan.

Pun begitu, kaedah ini hanya akan berjaya sekiranya dilakukan tanpa sebarang kesilapan. Ia juga mempunyai risiko untuk gagal disebabkan beberapa faktor, termasuklah:

  • Suami mengalami kondisi ejakulasi pramatang
  • Terdapat lelehan lebihan air mani yang terkeluar daripada zakar semasa orgasma
  • Terpancut air mani pada bahagian permukaan atau bibir faraj (vulva)

Dalam pada itu, kaedah ini juga mungkin tidak akan berjaya jika timing suami menarik zakar keluar daripada faraj tidak tepat. Ini kerana pasangan suami isteri yang baru berkahwin khususnya kurang pengalaman.

Jadi, mereka mungkin tidak tahu waktu yang betul untuk mengeluarkan alat kemaluan mereka. 

Apa yang paling penting, segala alat kontrasepsi, kaedah dan posisi yang anda dan pasangan lakukan ini adalah satu percubaan yang tidak semestinya membuahkan hasil.

Ini kerana kita hanya mampu merancang dan tuhan yang akan menentukan segalanya. Jika berlaku ‘accident dan anda mengandung, ia adalah anugerah yang seharusnya kita raikan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Personal Interview. https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/withdrawal-pull-out-method. Accessed on December 18, 2019. 
  2. Contraception. https://www.cdc.gov/reproductivehealth/contraception/index.htm. Accessed on December 18, 2019.
  3. Birth control. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/birth-control/basics/birth-control-basics/hlv-20049454. Accessed on December 18, 2019.
  4. Birth Control Options. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11427-birth-control-options. Accessed on December 18, 2019.
  5. Birth Control. https://www.bedsider.org/birth-control. Accessed on December 18, 2019.

Versi Terbaru

18/09/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan