backup og meta

Padah Ambil Ubat Kuat Beracun! Jangan Abaikan Kesihatan, Semata-mata Ingin 'Tahan Lama'

Padah Ambil Ubat Kuat Beracun! Jangan Abaikan Kesihatan, Semata-mata Ingin 'Tahan Lama'

Pil dan ubat kuat lelaki kini bersepah di pasaran, bahkan amat mudah diperolehi! Pil ini dipromosi dengan dakwaan menambahkan tenaga di ranjang, sekali gus meningkatkan kehidupan seks. Hakikatnya, ramai tidak sedar akan kesan ubat kuat, terutama jenama Soloco. Apakah bahaya Soloco?

Menurut Dr. Luigi Simone, doktor penjagaan primer di Scripps Clinic, Encinitas, sebilangan besar suplemen yang dicipta untuk fungsi seksual masih belum dikaji secara saintifik.

Ia mungkin memberikan kesan plasebo yang tidak signifikan, tetapi bagi tuntutan peningkatan libido (rangsangan seks) atau daya tahan seksual, itu masih belum terbukti!

Malah, penggunaan ubat kuat lelaki untuk meningkatkan libido atau atasi masalah mati pucuk berisiko akibatkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan!

Antara bahaya Soloco, bahan yang terkandung boleh mencetuskan kesan sampingan, menyebabkan reaksi alergi dan berinteraksi dengan ubat lain.

Selain itu, ia mungkin mengandungi kotoran berbahaya atau sejumlah kecil ubat farmasi tersembunyi yang boleh menghasilkan reaksi berbahaya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Apa itu suplemen/makanan tambahan?

Idea di sebalik makanan tambahan, juga disebut sebagai suplemen bertujuan untuk memberikan nutrien yang mungkin tidak diperolehi melalui pola pemakanan.

Makanan tambahan boleh merangkumi vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, dan bahan-bahan lain yang tersedia dalam pelbagai bentuk; pil, tablet, kapsul, cecair, dan lain-lain.

Suplemen juga boleh didapati dalam berbagai-bagai dos, dan kombinasi.

Walau bagaimanapun, hanya sejumlah nutrien sahaja yang diperlukan agar tubuh kita berfungsi dengan optimum.

Tambah lagi, jumlah yang lebih tinggi tidak semestinya bermaksud lebih baik!

Pada dos suplemen yang tinggi, sesetengah bahan boleh memberi impak negatif, dan bahkan membahayakan kesihatan!

Ubat kuat lelaki, bahaya Soloco…

bahaya soloco

Hingga kini, tiada bukti menunjukkan ubat kuat lelaki berkesan, malah ada sesetengah jenis berpotensi memudaratkan kesihatan, lapor kajian baharu.

Kebanyakan lelaki yang memerlukan bantuan perubatan untuk masalah kesihatan seksual dilaporkan mengambil ‘suplemen’ sebegini.

Tetapi, dengan kekurangan penyelidikan berkaitan dos disyorkan atau ramuan, kesan kesihatan produk ini masih menjadi tanya tanya, menurut para penyelidik.

Tambah lagi, kebanyakan ubat kuat mengandungi kesan bahan-bahan yang digunakan di dalam pil biru, Viagra, yang boleh membahayakan lelaki dengan masalah kesihatan tertentu!

Para penyelidik juga telah mengenal pasti suplemen seksual lelaki yang terlaris dan menganalisis ramuannya, termasuk produk yang dipasarkan untuk meningkatkan ereksi, libido dan prestasi seksual.

Walaupun makanan tambahan semula jadi tertentu yang dikaji menunjukkan keberkesanan dalam mengubati disfungsi seksual ringan, ia masih kekurangan bukti saintifik yang kuat, kata penulis kanan kajian Dr. Ryan Terlecki, Profesor Urologi Bersekutu di Wake Forest Baptist Medical Center di Winston, Salem, NC.

Tambah beliau lagi, kerana bimbang akan faktor keselamatan, beliau juga secara rutin tidak mengesyorkan produk-produk ini kepada pesakit.

Beberapa produk yang paling sering digunakan, memiliki bahan diperbuat daripada horny goat weed, ginseng, DHEA, Ginkgo biloba, fenugreek dan maca, menurut para penyelidik.

Bagi kebanyakan produk juga, tidak ada bukti saintifik yang dapat menyokong dakwaan mengatakan ia mampu tingkatkan rangsangan seks (libido), disfungsi ereksi atau prestasi seksual.

Mereka juga mendapati, beberapa produk yang didakwa kononnya ‘semula jadi’, memiliki kesan phosphodiesterase-5-inhibitors (PDE5Is), bahan terkandung di dalam ubat preskripsi, seperti Viagra yang digunakan untuk merawat mati pucuk.

Untuk makluman pembaca sekalian, bahaya Soloco juga telah dikenal pasti!

Menurut portal berita Harian Metro, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merampas ubat kuat lelaki, Soloco Candy yang mengandungi racun tadafil bernilai RM510,000! Nah, lihat bahaya Soloco yang mempunyai racun!

Menurut Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim, serbuan telah dilakukan selepas mereka menerima maklumat berkenaan aktiviti pengilangan produk tidak berdaftar di premis tersebut.

Cara-cara sihat untuk tingkatkan libido anda, elak bahaya Soloco

Perubahan tabiat dan gaya hidup yang sihat pastinya dapat meningkatkan libido, kehidupan seks, dan mungkin membantu mengatasi masalah seperti mati pucuk!

Rangsangan dan fungsi seksual bergantung pada sistem kardiovaskular yang sihat dan kesihatan menyeluruh yang baik.

#1 Berhenti merokok!

Nikotin dalam tembakau bersifat potent vasoconstrictor!

Ia menyempitkan saluran darah, yang membawa kepada kerosakan pada arteri dan urat.

bahaya soloco

Saluran darah kecil di zakar juga sangat mudah terjejas dan alami kerosakan.

Justeru, merokok semestinya boleh memberikan kesan negatif terhadap kehidupan seks anda!

#2 Bersenam

Melakukan senaman dengan berkala dapat membantu lelaki dan wanita membaik pulih kehidupan seks dan meningkatkan libido.

Senaman yang konsisten memastikan sistem kardiovaskular kekal sihat, yang penting untuk libido dan ereksi.

Bukan itu saja, bersenam berupaya meningkatkan tahap hormon seks serta endorfin.

#3 Kurangkan stres/tekanan

Teknik pengurusan stres seperti meditasi dan yoga juga dapat bantu meningkatkan kualiti kehidupan seks anda.

Stres adalah pembunuh senyap! Bahkan, lebih teruk berbanding penyakit jantung atau barah, dalam aspek tertentu.

Tekanan juga berisiko meningkatkan tahap kortisol dan adrenalin, yang boleh mengganggu hormon tindak balas seks!

Kesimpulannya, jangan mudah tertipu dan termakan dengan janji manis iklan-iklan ubat kuat di pasaran.

Secara hakikat, kebanyakannya hanyalah indah khabar dari rupa!

Jangan kerana taksub dengan keinginan di ranjang, hingga sanggup memudaratkan kesihatan sendiri okey?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.jsm.jsexmed.org/
  2. https://www.scripps.org/news_items/4846-men-s-sexual-health-supplements-are-they-safe
  3. https://www.health.harvard.edu/mens-health/all-natural-tips-to-improve-your-sex-life
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4291878/
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5313300/

Versi Terbaru

01/09/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 01/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan