Wujud banyak petua di kamar tidur yang boleh dicuba oleh suami isteri termasuklah tahan kencing sebelum seks. Untuk apa ia dilakukan?
Untuk pengetahuan anda, ia bertujuan memberikan lebih kepuasan nafsu syahwat buat sang isteri yang pastinya membantu aksi di ranjang!
Petua yang dinamakan ‘peegasm’ ini mungkin masih belum ramai yang tahu dan artikel ini boleh memberikan sedikit sebanyak informasi buat kalian.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.
Kepuasan seks adalah perkara penting!
Seks adalah satu perbuatan yang dilakukan oleh pasangan suami isteri dalam usaha memuaskan nafsu syahwat masing-masing.
Pun begitu, tidak ramai pasangan terutamanya kaum wanita yang mampu mengecapinya ekoran kesilapan seks ketika beraksi.
Antara kesilapan yang paling utama dan sering berlaku adalah di mana pasangan lelaki itu sudah klimaks terlebih dahulu.
Ini sudah tentu akan membuat pasangan wanita itu tidak puas dan kebiasaannya ia akan berakhir dengan kecelaruan emosi.
Disebabkan itu, pelbagai teknik telah diutarakan seperti foreplay, penggunaan alat permainan seks serta pelbagai teknik seks yang lain.
Ini termasuklah dengan teknik wanita tahan kencing sebelum seks dimulakan bagi memberi lebih kepuasan nafsu syahwat mereka.
Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan teknik ini dan adakah ia efektif serta selamat?
Tahan kencing sebelum seks, peegasm
Nama istilah ini merupakan gabungan daripada dua perkataan Inggeris iaitu ‘pee’ dan ‘orgasm’ yang bermaksud kencing dan klimaks.
Ia adalah perbuatan di mana seorang wanita itu tahan kencing sebelum seks dimulakan untuk memberikan lebih kepuasan ketika berasmara.
“Kepuasan ini mungkin datangnya daripada pelepasan tekanan yang dirasai ketika menahan air kencing daripada keluar.”, jelas Pengamal Perubatan Patricia Geraghty.
Ini kerana ketika seks berada di kemuncak, kaum wanita berupaya mengeluarkan cecair daripada faraj menandakan kepuasan seksual mereka.
Dipercayai bahawa cecair yang keluar itu adalah air mani dan mungkin bercampur dengan air kencing yang telah lama ditahan sebelum seks.
Bukan sahaja tekanan tahan kencing tersebut akan memberi kesan kepada otot pelvis malahan pada klitoris lantas memuaskan perlakuan seks.
Teori ini boleh diumpamakan dengan kelegaan otot tubuh badan yang akan berasa lebih relaks apabila melepaskan sesuatu yang sangat berat.
Namun, adakah perbuatan tahan kencing sebelum seks ini selamat untuk dicuba oleh wanita?
Adakah peegasm ini selamat untuk wanita cuba?
Walaupun sudah wujud kajian saintifik yang mengatakan teknik ini boleh membantu merangsang hubungan seks, namun masih ramai yang takut untuk cuba.
Menurut Pakar Seks Janet Brito, air kencing yang penuh di dalam pundi atau salur kencing ketika seks memang akan memberikan lebih kepuasan seksual.
Ini kerana kawasan pundi atau salur kencing adalah salah satu daripada zon erotik wanita dan tekanan padanya akan memberi kesan kepada aktiviti seks.
Pun begitu, adalah tidak disarankan untuk teknik ini dicuba selalu kerana perbuatan tahan kencing itu sendiri adalah tidak bagus dan sihat untuk individu.
Kesan daripada perlakuan ini boleh menjejaskan pundi dan salur kencing lantas menyebabkan masalah seperti jangkitan salur kencing dan lain-lain.
Jika ia tidak disarankan untuk kaum wanita cuba, wujudkah alternatif lain?
Apakah alternatif tahan kencing sebelum seks?
Meskipun stimulasi pundi dan salur kencing ini memang benar boleh mendatangkan lebih kepuasan, namun anda tidak digalakkan untuk buat selalu.
Sebaliknya, pasangan suami isteri mungkin boleh memberikan lebih fokus kepada kawasan ‘g-spot’ wanita untuk kepuasan seksual.
Caranya adalah dengan meneroka klitoris yang boleh dibuat melalui kemasukan dan pergerakan jari atau lidah di kawasan sekitar lubang faraj.
Selain jari atau lidah, anda dan pasangan juga mungkin boleh cuba menggunakan alat permainan seks seperti dildo atau vibrator.
Cara ini tentu lebih efektif dan selamat buat anda dalam usaha mencari lebih kepuasan ketika bersama dengan pasangan masing-masing.
Konklusinya, teknik ini tidak boleh dicuba?
Kesimpulannya, teknik tahan kencing sebelum seks iaitu peegasm ini sebenarnya masih boleh untuk anda dan pasangan cuba namun dengan kekerapan yang minimum.
Ini kerana perbuatan menahan kencing itu sendiri adalah berbahaya dan mungkin akan mendatangkan kesan sampingan lain pula kelak.
Antara kesan yang dibimbangi akan berlaku adalah jangkitan salur kencing akibat stimulasi pada pundi dan salur kencing secara paksaan.
Oleh itu, anda mungkin lebih disarankan untuk mencuba pelbagai teknik lagi dalam usaha mencari kepuasan seksual okay!
[embed-health-tool-ovulation]