Sebenarnya, tidak kurang ramai individu yang mungkin percaya bahawa perempuan berbulu lebat lebih tinggi syahwat dan kuat seks. Adakah ini benar fakta atau mitos?
Persoalan ini mungkin telah timbul hasil pengalaman namun bukan pembacaan dari segi saintifik. Jadi, kami akan bantu anda rungkai misteri ini buat selama-lamanya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Kenapa ada perempuan berbulu lebih lebat?
Dalam fikiran kita semua, wanita cenderung untuk memiliki kulit yang serba halus, mulus dan licin tanpa bulu. Namun, mungkin tidak semua wanita dengan fitur sebegini.
Ini kerana turut wujud wanita yang mempunyai bulu lebih lebat berbanding lelaki normal lain. Dan, ini juga bukan suatu kekurangan tetapi suatu keunikan.
Untuk pengetahuan anda semua, punca utama kenapa perempuan berbulu lebih lebat itu adalah akibat mereka punya tahap hormon testosteron tinggi dalam tubuh badan.
Dalam pada itu, wujud juga sebuah kondisi yang disebut sebagai hirsutisme – salah satu gejala polycystic ovary syndrome (PCOS) yang menjejaskan keseimbangan hormon wanita.
Akibat kondisi-kondisi di atas ini tadi, bulu pada kulit tubuh badan terutama di tangan, kaki termasuk muka mungkin akan tumbuh lebih lebat, banyak serta cepat.
Adakah ia akan mempengaruhi sifat wanita itu?
Perempuan berbulu lebih lebat itu dipercayai cenderung kepada sifat ‘kelakian’ berbanding ‘kewanitaan’ angkara hormon testosteron yang tinggi di dalam tubuh badan.
Dalam erti kata yang lebih mudah, ketidakseimbangan tahap hormon testosteron di dalam tubuh badan mungkin akan mempengaruhi aspek luaran serta dalaman wanita.
Sebagai contoh, wanita itu mungkin akan mempunyai lebih banyak bulu, lemak serta otot pada tubuh badan berbanding wanita yang lain. Begitu juga dengan aspek emosi.
Menurut Pakar Psikologi, Dr Nigel Barber, wanita tinggi testosteron cenderung untuk jadi lebih aktif, kompetitif, berani dan dominan dalam aspek kehidupan sosial mereka.
Jadi, memang benar bahawa mungkin ada kelainan yang wujud jika wanita berbulu lebih lebat!
Benarkah jika perempuan berbulu lebat, nafsu syahwat juga akan tinggi?
Sering kali kita dapat dengar atau baca tentang satu kepercayaan bahawa wanita berbulu lebat itu lebih tinggi nafsu syahwat. Ia adalah mitos yang juga sangat popular.
Sebenarnya, ia mungkin ada kaitan dengan tahap hormon testosteron yang tinggi di dalam tubuh badan mereka. Kenyataan ini juga ada sokongan daripada banyak kajian.
Menurut kajian terbitan Archives of Sexual Behavior, wanita sihat dengan hormon testosteron tinggi lebih cenderung untuk beronani berbanding wanita lain yang normal.
Dr Nigel Barber juga setuju dengan menyatakan rawatan atau ubatan yang berkaitan dengan terapi hormon testosteron akan meningkatkan keghairahan seks wanita itu.
Namun, kajian lanjut masih diperlukan untuk kita semua benar-benar pasti tentang mitos popular ini!
Jadi, apa lagi faktor yang mendalanginya?
Selain daripada faktor wanita berbulu lebih lebat serta kadar hormon testosteron tinggi, sebenarnya ada banyak lagi aspek lain yang mendalangi peningkatan nafsu syahwat tersebut.
Antara faktor lain tersebut adalah terletak kepada aspek kesihatan dan kehidupan seksual anda dan pasangan. Dalam erti kata lebih mudah, ia bergantung kepada individu.
“Sebenarnya, keinginan dan kemahuan seksual itu tidak hanya boleh dilihat dari aspek fizikal serta mental individu sahaja malah juga kesibukan, kepenatan, perasaan, persekitaran dan banyak lagi,” jelas Pakar Seks Dr. John Moran.
Apa yang boleh kita semua simpul di sini adalah mungkin benar perempuan berbulu lebih lebat itu lebih tinggi nafsu syahwat, namun ia juga bergantung kepada faktor yang lain.
Sekiranya anda juga wanita dengan fitur dan ciri sebegini, tidak perlu rasa risau kerana ia masih normal dan tidak membawa masalah. Dapatkan informasi dan nasihat doktor.
Jumpa doktor jika anda ada masalah libido…
Sekiranya anda ada masalah libido yang terlalu tinggi atau terlalu rendah hingga menjejaskan kehidupan dan kesihatan seksual, bertindak segera sebelum ia menjadi lebih teruk.
Doktor mungkin akan menyarankan anda untuk amalkan cara makan dan gaya hidup sihat, di samping terapi rawatan serta ubatan agar masalah libido anda itu akan dapat diatasi.
Konklusinya, jangan ambil mudah jika anda ada masalah libido dan jumpa doktor dengan segera!
[embed-health-tool-ovulation]