backup og meta

Wanita Boleh Klimaks Banyak Kali? Ini 7 Mitos Tentang Orgasme Yang RAMAI Percaya!

Wanita Boleh Klimaks Banyak Kali? Ini 7 Mitos Tentang Orgasme Yang RAMAI Percaya!

Ramai yang beranggapan, apabila seorang lelaki itu telah pancut atau berejakulasi, maka dia telah mencapai klimaks. Adakah ia benar? Bagaimana pula dengan tanda wanita klimaks? 

Terdapat beberapa perkara yang telah lama menjadi kepercayaan masyarakat berkenaan klimaks atau orgasme.

Untuk mencapai klimaks wanita khususnya, terdapat pelbagai kaedah atau kepercayaan yang sering dilakukan bagi mendapatkan orgasme dengan cara tertentu. 

Persoalannya, adakah kesemua yang dipercayai ini benar-benar membuatkan wanita klimaks

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

7 mitos berkenaan tanda wanita klimaks

tanda wanita klimaks

#1. Setiap orang akan mengalami orgasme semasa bersenggama

Mungkin ada yang beranggapan terdapat sesuatu yang tidak kena dengan anda sekiranya tidak mencapai tanda wanita klimaks ketika melakukan hubungan seks. 

Menurut Ahli Terapi Seks, Rachel Hoffman, tidak semestinya wanita akan mendapat orgasme ketika melakukan hubungan intim.

Ini kerana, orgasme juga boleh berlaku tanpa perlakuan seks, iaitu seperti melancap dan juga foreplay

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sex & Marital Therapy, hanya sekitar 18% daripada wanita yang mencapai orgasme ketika melakukan hubungan intim.

Tetapi, ini tidak bermakna bahawa anda tidak perlu berusaha untuk mencapai klimaks sewaktu berhubungan. Ini juga tidak bermakna bahawa seks anda gagal sekiranya tidak mencapai klimaks.

Apa yang paling penting adalah kepuasan yang berjaya dicapai oleh anda dan pasangan. Sekiranya suami dan isteri berasa puas, ia sudah cukup untuk melambangkan tahap pencapaian seks.

#2. Tanda wanita klimaks hanya 1 jenis sahaja

Ada yang percaya hanya terdapat 1 bahagian untuk wanita mencapai klimaks. Ada pula yang percaya bahawa klimaks wanita boleh dicapai melalui beberapa bahagian seperti G-spot, faraj, dan kelentit.

Pakar berselisih pendapat berkenaan hal ini. Ahli Terapi Seks, Jessa Zimmerman menyatakan, adalah penting untuk memahami bahawa kelentit adalah satu organ yang lebih besar daripada apa yang kita sangkakan, bukan sekadar biji kelentit.

Ini kerana apa yang kita lihat di luar hanyalah hujungnya sahaja. Ia lebih panjang daripada itu dan berada di sepanjang faraj. 

Oleh itu, apa sahaja rangsangan yang menyebabkan anda orgasme sebenarnya adalah disebabkan oleh pengaktifan kelentit pada bahagian luar dan juga dalam faraj.

Ini menunjukkan bahawa kesemua orgasme yang berlaku adalah disebabkan faktor yang sama kerana ia berpunca daripada bahagian yang sama.

Walau bagaimanapun, sebahagian wanita menyatakan, sesetengah jenis klimaks yang dirasakan adalah berbeza. Ia bergantung kepada bahagian tubuh mana yang disentuh dan jenis rangsangan yang diterima. 

Tanda wanita klimaks #3. Ada sesuatu yang tidak kena pada anda jika tidak mencapai klimaks

Terdapat sebilangan individu yang mungkin sukar atau sedikit bermasalah untuk mendapat orgasme ketika berhubungan intim. Jika anda salah seorang daripadanya, jangan risau kerana ia bukanlah satu masalah.

Jika anda mengalami kesukaran untuk mencapai klimaks, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba. Pertama sekali, tanya diri anda beberapa soalan seperti, 

“Apakah yang telah saya usahakan untuk mencapai klimaks?” atau,

“Adakah saya boleh mencapai orgasme jika melancap?”

Ini kerana terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda tidak mampu mendapat klimaks ketika seks seperti keresahan, kesan ubat-ubatan, dan tahap perubahan hidup (menopaus, kehilangan atau pertambahan berat badan, stres di tempat kerja).

#4. Wanita sepatutnya boleh mencapai klimaks beberapa kali

tanda wanita klimaks

Ada sesetengah individu yang boleh mencapai tanda wanita klimaks sebanyak beberapa kali dalam hanya satu malam.

Ada juga yang hanya boleh mendapat sekali klimaks sahaja. Seberapa banyak pun jumlah rekod anda mencapai klimaks dalam satu malam, kedua-duanya adalah normal. 

Ini kerana, setiap wanita adalah berbeza dan masa yang diambil untuk kembali bertenaga setelah orgasme juga berbeza. Oleh itu, tiada jumlah klimaks yang spesifik untuk wanita kerana semuanya adalah normal. 

#5. Semua tanda wanita klimaks adalah sama 

Agak sukar untuk seseorang itu menyatakan dengan tepat berkenaan rasa klimaks yang dialami. Oleh itu, susah juga untuk menentukan sekiranya apa yang anda rasakan itu sama dengan apa yang dirasai oleh orang lain.

Menurut Rachel Hoffman, terdapat pelbagai tahap yang berbeza bagi berlakunya orgasme dan tidak semua orang boleh mengalami kesemua jenis tanda wanita klimaks.

Sesetengah wanita berejakulasi dengan mengalami klimaks, manakala yang lain pula tidak mengalaminya. 

Terdapat pelbagai emosi dan juga sensasi fizikal yang boleh dirasai oleh seseorang itu ketika mengalami klimaks.

Oleh itu, sebenarnya apa yang dirasai oleh orang lain sememangnya tidak sama dengan perasaan atau pengalaman anda sendiri ketika mencapai klimaks.

#6. Menggunakan sex toy dengan kerap boleh menghilangkan rasa sensasi pada kemaluan anda dan sukar untuk anda mengalami klimaks

Jika anda terfikir bahawa penggunaan vibrator dengan kerap boleh menjejaskan kebolehan anda untuk mencapai klimaks, anda sebenarnya tidak perlu khuatir. Ini kerana vibrator sebenarnya tidak akan menghilangkan rasa sensasi tersebut.

Tetapi, terdapat kemungkinan jika anda sudah terbiasa dengan kesan yang didapati daripada vibrator, anda akan merasakan bahawa seks biasa atau melancap sudah menjadi kurang memuaskan disebabkan kesan yang diberikan tidak sehebat kesan daripada vibrator.

Anda cenderung untuk mendapat orgasme lebih cepat melalui penggunaan vibrator kerana anda sentiasa diberikan rangsangan tanpa henti.

Oleh sebab itu, jika anda membandingkan penggunaan vibrator dan aktiviti seks bersama pasangan anda, ia sememangnya sangat berbeza. 

Ini yang kemudiannya menyebabkan timbulnya mitos bahawa penggunaan vibrator boleh menyebabkan hilang rasa sensasi untuk klimaks wanita.

#7. Seks faraj adalah cara terbaik untuk dapatkan tanda wanita klimaks

Menurut Mayo Clinic, kebanyakan wanita tidak mencapai klimaks dengan hanya melalui seks faraj semata-mata. Satu pertiga wanita boleh mencapai klimaks ketika seks sekiranya mereka mempunyai rangsangan tambahan seperti rangsangan oral atau manual. 

Sebagai contoh, terdapat juga wanita yang mencapai orgasme disebabkan oleh rangsangan di bahagian tubuh yang lain seperti rangsangan yang dilakukan oleh suami mereka terhadap puting dan payudara mereka. 

Kesimpulan

tanda wanita klimaks

Tidak terdapat sebarang cara yang tepat atau tertentu yang boleh membuatkan klimaks wanita. Ini kerana setiap wanita mempunyai tahap klimaks atau orgasme yang berbeza dan pengalaman mereka adalah tidak sama antara satu sama lain.

Sebagai suami, cara terbaik untuk anda membantu si isteri mencapai orgasme adalah dengan bertanya kepada mereka apakah yang mereka mahukan sebagai rangsangan ketika melakukan seks.

Jika mereka mahukan anda melakukan itu dan ini terhadap mereka, cuba turutinya kerana mereka mungkin akan lebih mudah mencapai klimaks hasil daripada rangsangan yang anda berikan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Four Common Myths About Female Orgasm. https://www.goodtherapy.org/blog/four-common-myths-about-female-orgasm-0604124. Accessed on March 11, 2020.

Myth of the Vaginal Orgasm. https://www.cwluherstory.org/classic-feminist-writings-articles/myth-of-the-vaginal-orgasm. Accessed on March 11, 2020.

Gerhard, J. (2000). Revisiting “The Myth of the Vaginal Orgasm”: The Female Orgasm in American Sexual Thought and Second Wave Feminism. Feminist Studies, 26(2), 449–476. https://doi.org/10.2307/3178545. Accessed on March 11, 2020.

The Myth Of The Vaginal Orgasm. https://aadl.org/node/198981. Accessed on March 11, 2020.

The Truth About Orgasms. https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=14487. Accessed on March 11, 2020.

Versi Terbaru

08/06/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan