Makan Sarapan Pagi Dengan Aiskrim Katanya Bagus Untuk Otak, Biar Betul?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Semua orang suka makan aiskrim, bukan? Lebih-lebih lagi kalau pada waktu tengah hari dengan cuaca panas. Alahai…boleh terbayang pulak aiskrim time tulis artikel ini. Tapi dengarnya aiskrim bagus untuk otak kalau dimakan pada waktu pagi, betul ke?  

makan aiskrim

Makan aiskrim bagus untuk otak?

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh saintis dari negara matahari terbit, Jepun, mencadangkan bahawa memakan aiskrim untuk sarapan pagi dapat membantu meningkatkan kecerdasan dan prestasi mental seseorang.

Dalam bahasa mudah, mengambil ice cream ketika breakfast adalah baik untuk minda. Sudah tentu mereka yang menggemari makanan sejuk ini akan berasa gembira dan bahagia. Green light-lah untuk makan aiskrim pada waktu pagi.

Menerusi kajian yang dilakukan oleh seorang profesor di Tokyo’s Kyorin University, Yoshihiko Koga, beberapa ujian klinikal dilakukan ke atas sebilangan individu sukarelawan di mana mereka dikehendaki memakan aiskrim sebaik sahaja bangun dari tidur. Selepas itu, mereka perlu melakukan beberapa ujian mental menerusi komputer.

Manakala, terdapat satu lagi kumpulan turut perlu melakukan beberapa ujian mental yang sama. Tetapi apa yang membezakan adalah mereka tidak perlu memakan aiskrim. Hasil keputusan menunjukkan kumpulan yang memakan aiskrim akan bertindak balas dengan lebih pantas dan memiliki keupayaan untuk memproses maklumat dengan lebih baik. 

Tahap kewaspadaan

Melalui penelitian dan pemantau aktiviti otak menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan gelombang alpha frekuensi tinggi (high-frequency alpha waves) yang dikaitkan dengan peningkatan tahap kewaspadaan dan mengurangkan kerengsaan mental.

Bagi mendapatkan kepastian sama ada tindak balas kejutan yang berlaku dalam otak adalah disebabkan suhu rendah aiskrim, sekali gus meningkatkan kewaspadaan otak, Profesor Koga mengulangi ujian dengan menggunakan air sejuk.  

Individu yang terlibat dalam ujian air sejuk ini menunjukkan peningkatan tahap kewaspadaan dan kemampuan mental. Cuma peningkatan itu adalah rendah berbanding dapatan ujian menggunakan aiskrim.

makan aiskrim

Tidak digalakkan

Walau bagaimanapun, menurut Penyelidik Doktor Falsafah Psikologi Nutrisi di Reading University, Katie Barfoot, “Penjelasan yang mudah kepada peningkatan kewaspadaan ini adalah antara memakan sarapan pagi atau tidak.”

“Otak kita memerlukan glukosa untuk berfungsi dan memakan makanan yang mengandungi glukosa tinggi sudah tentu dapat membantu meningkatkan kapasiti mental jauh lebih baik berbanding otak yang ‘berpuasa’,” jelas beliau lagi.

Beliau menyarankan supaya terdapat penyelidikan yang mengkaji tindak balas makanan tinggi glisemik indeks (GI) dan melakukan perbandingan, sudah tentu akan dapat mewujudkan pemahaman yang lebih baik berkaitan dengan kemampuan otak ini.

Konklusinya

Memakan ice cream sememangnya satu perkara yang membahagiakan. Namun, sebaiknya, anda tidak mengambilnya secara berlebihan terutama jika anda ingin memakannya saat bersarapan. 

Ini kerana makanan yang tinggi kandungan gula adalah tidak baik untuk badan. Ia boleh menjadi punca masalah kesihatan seperti obesiti disebabkan oleh lebihan gula yang disimpan sebagai lemak. Jadi amalkan pemakanan yang seimbang, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel ini:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    sistem pertahanan badan

    Anak Selalu Jatuh Sakit? Ibu Cuba Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem IMUN LEMAH!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan