Selalu Rasa Kebas Pada Tangan Dan Kaki? Jaga-Jaga, Ia Mungkin Tanda Diabetes!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kerap mengalami rasa kebas di tangan dan kaki tentunya sesuatu yang menjengkelkan. Namun, ia bukanlah suatu simptom yang boleh anda hiraukan. Ini kerana rasa kebas atau sesemut tersebut mungkin petanda kepada penyakit diabetes.

Neuropati diabetes

Rasa kebas di tangan dan kaki ini boleh jadi petanda kepada komplikasi diabetes iaitu neuropati diabetes.

Neuropati diabetes adalah sejenis komplikasi jangka panjang yang membabitkan saraf tunjang dan juga saraf periferi pesakit diabetes.

Sekitar 50% daripada penghidap diabetes dikatakan mengalami komplikasi ini. Daripada jumlah tersebut, 90% daripada kesemua jenis neuropati diabetes adalah jenis polineuropati simetri distal (DSPN).

Berikut merupakan pembahagian jenis-jenis neuropati yang ada:

Neuropati fokal dan juga neuropati multifokal:

  • Mononeuropati
  • Amyotropi, Radikulopati
  • Mononeuritis multiplex
  • Sekatan saraf (entrapment)

 

Neuropati bersifat simetri:

 

  • Membabitkan deria dan bersifat akut (acute sensory)
  • Autonomik
  • Polineuropati simetri distal (DSPN)

 

Rasa kebas di tangan atau kaki, khususnya yang membabitkan kedua-dua belah kiri dan kanan anggota badan, tergolong dalam neuropati jenis DSPN. Neuropati DSPN boleh merebak daripada bahagian hujung anggota badan (distal) menuju ke tengah (proksimal).

Ini akan menyebabkan rasa kebas tersebut boleh meliputi kawasan tangan dan kaki yang besar.

Liputan kawasan tangan dan kaki yang terjejas dek rasa kebas ini mirip bahagian tangan dan kaki yang akan diliputi jika seseorang itu memakai sarung tangan dan stoking.

Oleh itu, terma klasik yang digunakan untuk mencirikan gangguan saraf ini adalah ‘glove and stocking distribution’. 

 

Selain rasa kebas di tangan dan kaki, terdapat beberapa simptom gangguan saraf lain yang boleh berlaku. Antaranya:

 

  • Rasa nyilu
  • Rasa panas terbakar
  • Rasa tajam
  • Rasa sakit menjalar
  • Rasa sesemut

 

Gangguan saraf ini biasanya akan bertambah teruk pada waktu malam sehingga mampu untuk mengganggu tidur seseorang itu.

Rasa sakit dan tidak selesa ini berupaya untuk menyebabkan gangguan pada aktiviti harian seseorang itu sehinggakan mereka akan mengelakkan diri daripada menyertai aktiviti rekreasi dan juga aktiviti kemasyarakatan.

Gangguan kualiti kehidupan mereka ini juga boleh mempengaruhi emosi mereka sehingga mereka cenderung untuk menghidap kemurungan. 

Keterjadian rasa kebas di tangan dan kaki

Salah satu teori utama yang digunakan untuk menjelaskan keterjadian neuropati diabetes seperti DSPN adalah teori Mikroangiopati (perubahan mikrovaskular).

Teori ini menjelaskan bagaimana kaitan rapat antara saraf dan salur darah mempengaruhi satu sama lain. Dalam badan manusia, salur darah bergantung kepada fungsi saraf yang normal dan saraf memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

Oleh yang demikian, disfungsi saraf akan dipengaruhi oleh darjah kerosakan atau abnormaliti salur darah.

Rasa sakit, tajam dan kebas kaki yang dirasai oleh pesakit diabetes adalah disebabkan gangguan salur darah pada skala mikro (gangguan mikrovaskular). 

 

Hiperglisemia (keadaan gula yang tinggi dalam darah) yang berlanjutan berupaya untuk menyebabkan kecederaan dan perubahan seperti penebalan dinding salur darah kapilari dan juga hiperplasia endotelial.

Perubahan-perubahan ini menyumbang kepada pengurangan aliran darah sehingga berlakunya keadaan hipoksia. Hipoksia yang berlanjutan dalam salur darah yang membekalkan tisu saraf akan menyebabkan berlakunya iskemia saraf.

Iskemia saraf ini akan menyebabkan kerosakan dan kematian saraf yang progresif pada segmen proksimal dan juga distal, sekali gus mengurangkan ketumpatan saraf dalam kulit (intra-epidermal nerve).

Hipoksia saraf, khususnya saraf deria (sensory nerve) akan mengganggu kestabilan elektrikal saraf-saraf tersebut dan juga fungsinya.

Ini akhirnya akan menyebabkan gangguan deria seperti rasa tajam, sesemut dan rasa kebas di tangan dan kaki.

Jika anda telah mengalami rasa kebas anggota periferi badan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

Jika anda disahkan menghidap kencing manis, rawatan dapat dimulakan bagi mencegah komplikasi lanjutan yang tidak diingini seperti strok dan serangan jantung

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

    Kencing manis (diabetes) merupakan penyakit kronik yang lazim didiagnosis di Malaysia. Namun, tahukah anda, ada diabetes jenis 1.5?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Buat Pesakit Diabetes, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlupa Ambil Suntikan Insulin!

    Ada ketika, anda mungkin terlupa untuk menyuntik dos suntikan insulin anda. Ketahui cara suntik insulin yang betul jika terlupa lakukannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

    Jika anda merupakan pesakit diabtes, anda perlu ambil vaksin flu dalam masa terdekat ini. Tanpa suntikan flu ini, akan berlaku komplikasi yang lebih buruk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

    Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    luka kencing manis

    Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    khasiat lobak merah

    Pesakit Diabetes Tak Boleh Makan Lobak Merah Sebab Manis, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan