home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Risau Tidak Boleh Beraksi Selepas Pembedahan ACL? Ini Yang Para Atlet Kena Tahu!

Risau Tidak Boleh Beraksi Selepas Pembedahan ACL? Ini Yang Para Atlet Kena Tahu!

Tahukah anda apa itu ACL? ACL merupakan singkatan kepada nama ligamen krusiat anterior yang terletak di dalam struktur lutut.

Ia berperanan penting dalam menghindarkan pergerakan tulang keting (tibia) daripada keluar mendepani tulang paha (femur).

Selain itu, ACL juga memberikan keseimbangan putaran pada pergerakan lutut.

Jika anda mengalami kecederaan pada ligamen ini, ia boleh menyebabkan masalah seperti:

  1. Kebengkakan pada lutut dalam tempoh masa 24 jam.
  2. Hilang keupayaan dan fleksibiliti pergerakan lutut.
  3. Sakit sepanjang sendi yang terlibat.
  4. Kesukaran untuk berjalan terutamanya ketika naik atau turun tangga.

Kecederaan pada ligamen ini lazim berlaku pada mereka yang aktif bermain sukan seperti bola sepak, bola keranjang atau sukan yang melibatkan banyak pergerakan melompat.

Jika ia diabaikan, kecederaan ACL boleh menyebabkan masalah yang lebih serius terhadap fungsi lutut.

Artikel ini akan membincangkan perihal potensi kesembuhan bagi individu yang menjalani pembedahan ACL.

Perihal pembedahan ACL

pembedahan acl

Pembedahan ACL akan dijalankan oleh doktor pakar bedah ortopedik di dewan bedah menggunakan ubat bius umum atau ubat bius setempat (bergantung kepada keadaan klinikal pesakit).

Ia merupakan prosedur penting bagi mereka yang mengalami kecederaan ACL untuk mengembalikan fungsi lutut.

Pembedahan ACL melibatkan pembentukan semula ligamen menggunakan graf tendon dan ia akan disambungkan pada struktur ACL asal yang telah koyak.

Jenis graf yang bakal digunakan bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  1. Umur pesakit.
  2. Kecekapan pakar bedah.
  3. Jika ada kecederaan lutut yang lain.

Graf tendon adalah tendon yang diambil daripada bahagian badan yang lain, dan kemudiannya dipindah masuk ke kawasan yang memerlukannya.

Sebagai contoh, dalam konteks ini, tendon ACL telah terkoyak.

Maka, penggantian tendon tersebut boleh diambil daripada kawasan seperti tendon kepala lutut, tendon hamstring atau tendon kuadriseps.

Prosedur pemindahan tendon daripada bahagian badan sendiri ini dikenali sebagai autograf.

Ini bermakna, pakar bedah akan menggunakan tendon anda dari lokasi lain untuk menggantikan tendon yang terkoyak.

Tendon allograf (tendon yang diambil daripada individu lain) hanya akan digunakan sekiranya terdapat kebenaran atau mereka merupakan penderma organ.

Kualiti hidup pesakit berada pada paras optimum untuk tempoh 10 tahun

pembedahan acl

Kajian yang dibuat oleh MultiCenter Orthopaedics Outcome Network (MOON) menunjukkan dapatan yang positif bagi mereka yang menjalani pembedahan ACL.

Pemerhatian selama 10 tahun telah dibuat dalam kalangan 1,320 pesakit yang menghadiri rawatan susulan selepas menjalani pembedahan tersebut.

Menurut kajian itu, pesakit berupaya untuk melakukan aktiviti sukan dengan baik.

Ini secara tidak langsung turut meningkatkan tahap kualiti hidup pesakit, sepanjang pemerhatian sedang dijalankan.

Walau bagaimanapun tahap aktiviti tersebut, lama-kelamaan, menunjukkan tren penurunan fungsi.

Namun begitu, dapatan tersebut telahpun dijangka dan pesakit masih boleh menikmati kualiti hidup yang jauh lebih baik berbanding dengan jika mereka tidak menjalani pembedahan ACL.

Pesakit yang aktif (terutamanya atlet) mungkin merana akibat kecederaan ACL namun kajian yang dijalankan oleh MOON menunjukkan potensi kesembuhan yang sangat baik.

Mereka yang menjalani pembedahan ACL berupaya untuk kembali aktif dan menunjukkan prestasi yang lebih kurang sama dengan keadaan sebelum kecederaan ACL berlaku.

Pembedahan ACL melibatkan penggunaan artroskop bagi mengakses kawasan bedah dengan hanya membuat lubang kecil bagi meminimumkan luka pembedahan dan masa sembuh pesakit.

Melalui penggunaan teknik ini, tahap kesakitan selepas pembedahan dapat diminimumkan dan pesakit boleh beraksi semula dalam masa yang singkat.

Adakah semua individu sesuai untuk menjalani kaedah artroskopi bagi membaiki ACL?

pembedahan acl

Setakat ini tiada panduan umum yang boleh digunakan bagi memeriksa kelayakan seseorang untuk menjalani prosedur artroskopi.

Ia merupakan satu prosedur yang mendapat perhatian ramai berikutan kosnya yang rendah, masa pemulihan yang laju serta tahap kesakitan selepas pembedahan yang minimum.

Meskipun begitu, doktor akan mengakses beberapa faktor risiko bagi melayakkan seseorang itu untuk menjalani pembedahan ACL.

Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Pesakit yang muda dan aktif.
  2. Pesakit yang terlibat dalam sukan tertentu seperti bola sepak, bola keranjang dan lakros.
  3. Atlet yang berprofil tinggi.
  4. Mempunyai kecederaan lutut selain daripada ACL yang koyak seperti kecederaan ligamen kolateral medial.
  5. Mengalami tahap ketidakseimbangan lutut yang teruk.

Keputusan untuk melibatkan pesakit dengan pembedahan ACL boleh jadi sukar untuk doktor yang merawat.

Ia berikutan terdapat pelbagai jenis faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang itu boleh diberi saranan untuk menjalani pembedahan.

Bergantung kepada teknik pembedahan, masa sembuh bagi pesakit boleh jadi lama (sehingga 1 tahun).

Sekiranya tiada komplikasi, pesakit boleh kembali bekerja dalam tempoh masa beberapa hari (lihat pada jenis kerja) dan memandu semula sekitar 2 minggu selepas pembedahan.

Konklusi

Kekoyakan ACL boleh mempengaruhi fungsi dan kualiti hidup pesakit.

Ia merupakan satu bentuk kecederaan yang lazim berlaku dalam kalangan individu aktif dan mereka yang terlibat dalam sukan seperti bola sepak, bola keranjang dan lakros.

Jika anda mengalami masalah ini, rujuk doktor untuk keterangan dan tindakan selanjutnya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Anterior Cruciate Ligament (ACL) Injuries. (https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases–conditions/anterior-cruciate-ligament-acl-injuries). Diakses pada 9 November 2020.
  2. ACL reconstruction. (https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/acl-reconstruction/about/pac-20384598). Diakses pada 9 November 2020.
  3. ACL Reconstruction Surgery. (https://wexnermedical.osu.edu/sports-medicine/injuries/knee/acl-reconstruction). Diakses pada 9 November 2020.
  4. ACL Injury: Does It Require Surgery? (https://orthoinfo.aaos.org/en/treatment/acl-injury-does-it-require-surgery/). Diakses pada 9 November 2020.
  5. Patients can expect to stay active, enjoy high quality of life 10 years after ACL surgery. (https://www.sciencedaily.com/releases/2017/07/170721084707.htm). Diakses pada 9 November 2020.
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Disemak pada 24/12/2020
x