Betulkah puasa menurunkan kolesterol dalam darah? Masalah kolesterol tinggi sudah menjadi kebimbangan global pada hari ini.
Dengan gaya hidup moden yang sedentari (tidak aktif), ditambah dengan makanan yang kurang sihat, masalah kolesterol menjadi semakin berleluasa.
Dengan kehadiran teknologi moden, pelbagai ubat-ubatan telah dihasilkan bagi mengatasi masalah kolesterol. Namun, kes kolesterol tinggi masih terus meningkat.
Untuk mengetahui jawapannya, jom teruskan pembacaan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Apa itu kolesterol?
Sebelum mengetahui sama ada benar atau tidak puasa menurunkan kolesterol, ayuh kita fahami secara ringkas apa yang dikatakan kolesterol itu.
Kolesterol ialah sejenis sebatian yang terdapat di hampir seluruh sel di dalam badan. Ia terbahagi kepada banyak jenis, antaranya:
Kolesterol berfungsi sebagai sumber tenaga.
Trigliserida, misalnya, diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol. Asid lemak tersebut dijadikan sebagai sumber tenaga.
Ramai orang sudah tidak lagi memfokuskan kepada jumlah keseluruhan kolesterol, kerana bukanlah semuanya buruk tentang kolesterol.
Jadi, mengukur jumlah keseluruhan kolesterol tidak memberikan maklumat yang sebenar tentang risiko kesihatan seseorang.
Apakah kesan kolesterol tinggi?
Ramai yang kerap bercakap tentang puasa menurunkan kolesterol. Apakah sebenarnya kesannya?
1. Strok
Kolesterol berlebihan boleh menyebabkan saluran darah, khususnya arteri, tersumbat. Antara tempat yang kerap berlaku adalah di dalam otak.
Hasilnya, sel-sel otak tidak dapat darah dan oksigen yang cukup, seterusnya menyebabkan strok.
2. Kesan pada memori
Kolesterol tinggi dikaitkan dengan gangguan kesihatan mental dan demensia.
Kolesterol yang boleh menyumbang kepada strok dan penyakit jantung turut menjejaskan memori.
Baca juga:
3. Penyakit kardiovaskular
Faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular adalah kolesterol tinggi.
Penyakit arteri koronari, arterosklerosis dan darah tinggi, semuanya berkait dengan kolesterol tinggi.
Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan serangan jantung yang mungkin mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera.
4. Kolesterol tinggi sebabkan batu karang
Sama ada di dalam buah pinggang atau hempedu, kedua-duanya boleh disebabkan oleh kolesterol tetapi batu karang kolesterol lebih kerap berlaku di dalam hempedu.
Meskipun penyakit batu karang semakin mudah dirawat dengan teknologi seperti pembedahan laparoskopik (pembedahan menggunakan kamera), ia boleh menjadi serius jika tidak dikesan awal terutamanya bagi kes batu karang buah pinggang.
Jadi kembali kepada persoalan utama, adakah puasa menurunkan kolesterol?
Benarkah puasa menurunkan kolesterol tinggi?
Antara kefahaman yang mungkin salah adalah diet rendah kolesterol mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Walau bagaimanapun, 80 peratus dari kolesterol dalam darah dihasilkan oleh hati. Jadi, mengurangkan kolesterol dalam diet agak kurang efektif.
Begitu juga dengan fahaman bahawa mengurangkan makanan berlemak mampu mengurangkan kolesterol.
Kajian Framingham Diet Study pada tahun 1960-an membuktikan bahawa tiada kaitan antara lemak dalam diet dan kolesterol.
Diet yang sangat rendah lemak mungkin dapat menurunkan sedikit kadar LDL tetapi ia juga menurunkan kadar HDL. Jadi, manfaatnya boleh dipertikai.
Kesnya berbeza bagi puasa. Ia sangat efektif dalam menurunkan kadar kolesterol.
Jadi bagaimana puasa dapat menurunkan kolesterol?
Kajian membuktikan penurunan yang signifikan pada trigliserida dan LDL apabila seseorang berpuasa. Kadar HDL juga sedikit menurun tapi tidak terlalu signifikan.
Apa beza berpuasa dan mengurangkan lemak dalam diet?
Ketika berpuasa, badan akan menggunakan asid lemak yang diuraikan daripada trigliserida untuk menghasilkan tenaga.
Jadi, simpanan trigliserida akan berkurang. Seterusnya kadar LDL juga akan menurun, sekali gus menyokong bahawa puasa menurunkan kolesterol.
Sebaliknya jika anda mengambil diet rendah lemak, badan akan menggunakan gula dari diet tersebut untuk menghasilkan tenaga, bukannya kolesterol. Hasilnya, kolesterol tidak akan dibakar.
Secara ringkasnya, apa yang akan berlaku apabila anda berpuasa adalah:
- Berat badan menurun.
- Berat badan kekal tanpa lemak.
- Ukur lilit pinggang berkurang.
- Sedikit perubahan pada HDL.
- Pengurangan dramatik pada trigliserida.
- Pengurangan dramatik pada LDL.
Sebenarnya, banyak lagi manfaat kesihatan puasa. Jika orang bukan Islam pun mengakui kelebihan puasa, apa lagi alasan kita untuk tidak berpuasa?
[embed-health-tool-bmi]