backup og meta

SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk)

SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk)

Definisi

Apa itu SARS?

Sindrom pernafasan akut teruk atau SARS adalah satu bentuk pneumonia. Penyakit ini pertama kali muncul di negara China pada bulan November 2002. Dalam tempoh beberapa bulan, pelancong dan penduduk China yang pergi ke negara asing telah menjejaskan sebanyak 29 buah negara lain di seluruh dunia.

Walaupun 9 daripada 10 orang yang dijangkiti SARS kembali pulih, namun jika pesakit SARS kekal tidak dirawat, maka mereka akan menemui maut. Oleh itu, pihak berkuasa telah menggerakkan langkah-langkah pencegahan, menyebarkan tanda-tanda pengenalan penyakit, kaedah diagnostik dan mengesyorkan pengasingan pesakit-pesakit yang sakit supaya penyakit tidak tersebar.

Pada bulan Julai 2003, wabak penyakit tersebut telah dihentikan dan tidak terdapat kemunculan semula penyakit ini sejak tahun 2004.

Apakah kebarangkalian SARS?

Kebanyakan pesakit adalah individu dewasa yang berumur lebih daripada 65 tahun. Jika anda mengalami penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung atau sistem imun yang lemah dan penyakit ini, anda mungkin akan mempunyai komplikasi dan risiko mortaliti yang lebih tinggi.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom SARS?

SARS mempunyai beberapa tanda-tanda awal seperti selesema, demam 38°C atau lebih tinggi; diikuti dengan rasa sejuk, menggigil, sakit otot, sakit kepala, batuk kering dan keletihan.

Simptom yang lebih serius termasuklah radang paru-paru yang teruk dan pengurangan oksigen darah (darah tanpa oksigen yang cukup).

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda mesti dimasukkan ke hospital dengan segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom penyakit ini, seperti demam panas, sakit otot dan batuk.

Jika anda mempunyai penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau diabetes dan gejala penyakit ini, anda perlu dirujuk ke kecemasan untuk tidak membiarkan komplikasi.

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor anda bagi menentukan penyelesaian terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan SARS?

Penyebab bagi penyakit ini adalah virus korona, jenis virus yang sama yang menyebabkan selesema biasa. Spesies kelawar dan musang dikenali sebagai “penyebab’ penyebaran virus melalui saluran pernafasan. Ini bermaksud bahawa anda akan jatuh sakit jika menghirup wap di udara yang mengandungi virus.

Anda juga akan mendapat penyakit ini jika anda mempunyai sentuhan yang rapat, seperti: menyentuh item yang mengandungi air liur, air mata, air kencing dan najis pesakit SARS. Memeluk, mencium atau makan bersama individu yang dijangkiti, menyentuh objek termasuk pemegang pintu, butang telefon dan lif yang mungkin disentuh oleh pesakit SARS juga dapat menyebabkan penyebaran penyakit ini.

Ketahui faktor risiko

Apa yang meningkatkan saya kepada risiko SARS?

Terdapat banyak faktor risiko penyakit ini seperti:

  • Pendedahan kepada individu atau haiwan yang membawa virus Corona
  • Pergi ke rantau atau negara wabak penyakit ini
  • Tidak membasuh tangan sebelum dan selepas makan selain kebersihan diri yang tidak baik

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana SARS didiagnosis?

Doktor akan melakukan diagnosis SARS dan bertanya kepada anda mengenai elemen perpindahan seperti tempat atau lokasi yang baru anda kunjungi, siapa yang anda hubungi, dan sebagainya.

Ujian darah dan najis diperlukan untuk melihat sama ada darah dan najis anda mempunyai virus Corona atau antigen virus.

Radiografi dan tomografi (CT) juga perlu jika doktor mengesyaki komplikasi SARS kepada bronkitis dan radang paru-paru.

Bagaimana SARS dirawat?

Pada masa ini, SARS tidak boleh disembuhkan. Jika anda mendapat penyakit ini, doktor akan menetapkan rawatan, termasuklah pelbagai bentuk sokongan seperti ventilasi, oksigen, fisioterapi, antibiotik dan antivirus untuk mencegah penyakit lain. Ubat preskripsi antivirus tidak dapat menyembuhkan penyakit ini, tetapi ia hanya menghalang virus lain daripada masuk ke dalam badan anda. Jika anda mempunyai simptom pneumonia, doktor akan menetapkan steroid antiradang tambahan.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani SARS?

Pada masa ini, SARS tidak boleh disembuhkan. Jika anda mendapat penyakit ini, doktor akan menetapkan rawatan, termasuklah pelbagai bentuk sokongan seperti ventilasi, oksigen, fisioterapi, antibiotik dan antivirus untuk mencegah penyakit lain. Ubat preskripsi antivirus tidak dapat menyembuhkan penyakit ini, tetapi ia hanya menghalang virus lain daripada masuk ke dalam badan anda. Jika anda mempunyai simptom pneumonia, doktor akan menetapkan steroid antiradang tambahan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ferri, Fred. Ferri’s Netter Patient Advisor. Philadelphia, PA: Saunders / Elsevier, 2012.  Print edition. SARS. 20024278. Accessed September 29, 2015.

Versi Terbaru

11/05/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

8 Tip Hilangkan Batuk Kering Dan Basah (Berkahak)! Jangan Terkejut, Caranya Tidak Sama

Tekak Perit Sebab Batuk Kering? Jom Cuba Cara Tradisional Untuk Legakan Ketidakselesaan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan