Kebiasaannya, simptom-simptom yang dinyatakan di atas ini mungkin hanya akan berlaku selama seminggu sahaja.
Walaupun begitu, warga emas dan kanak-kanak mungkin akan mengalami simptom yang lebih teruk dan lebih lama.
Apa punca penyakit influenza?
Sepertimana yang diterangkan sebelum ini, punca penyakit influenza adalah daripada serangan virus dan bukanlah disebabkan oleh bakteria atau kulat.
Oleh itu, jika anda mengalami jangkitan ini, ia tidak boleh dirawat melalui penggunaan antibiotik.
Antibiotik adalah rawatan bagi jangkitan yang berpunca daripada bakteria sahaja.
Jika anda belum tahu, virus influenza ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu A, B, C dan D 3.
Daripada jenis-jenis ini, terdapat pelbagai sub-kategori virus ini dan antara yang paling kerap menjangkiti manusia adalah H1N1 dan H3N2 3.
Tidak kira apapun jenisnya, flu sememangnya berbahaya terhadap kesihatan dan tindakan segera dengan mendapatkan rawatan adalah langkah terbaik.
Bahaya influenza: Lebih berisiko buat wanita hamil?
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh University of South Australia (UniSA), flu boleh menjadi punca komplikasi kesihatan kronik terhadap wanita hamil 4.
Pengkaji kajian ini iaitu Profesor Doug Brooks dan Dr Robert Brooks bersama pasukan penyelidik dari RMIT University percaya ia mungkin ada benarnya.

Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen