Deja Vu, Apa yang Anda Perlu Tahu?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 28/11/2019

    Deja Vu, Apa yang Anda Perlu Tahu?

    Apa itu Deja Vu?

    Pernahkah anda membaca hal ini di mana-mana sebelum ini? Pengetahuan yang menghantui disebabkan oleh deja vu merupakan satu pengalaman biasa. Pada masa lampau, orang berfikir bahawa deja vu disebabkan oleh memori palsu yang dicipta oleh otak. Satu kajian terbaru yang dijalankan oleh Akira O’Connor di Universiti St Andrews, UK, memberikan penjelasan lebih tepat. Pengimbas MRI subjek yang dikaji menunjukkan penglibatan bahagian otak frontal, yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan semasa mengalami deja vu. O’Connor percaya bahawa bahagian frontal mungkin bergerak melalui fail memori dan menghantar isyarat-isyarat apabila terdapat konflik antara apa yang sebenarnya kita alami dan apa yang kita rasa kita alami.

    Deja vu mungkin menjadi petanda otak yang sihat

    Hasil penemuannya jika disahkan kemudian, mencadangkan deja vu adalah tanda otak yang sihat. Apabila anda mengalami deja vu, sistem pemeriksaan memori dalam otak anda berfungsi dengan baik. Hal ini bermaksud anda tidak cenderung untuk lupa sesuatu perkara. Perkara ini dipersetujui dengan apa yang telah diperhatikan: Deja vu kurang berlaku kepada orang tua. Mereka yang sering mengalami deja vu semasa muda melaporkan mereka kurang mengalaminya dan semakin kurang seiring usia dan memori mereka yang beransur hilang.

    Sesetengah saintis agak skeptikal dengan penemuan ini. Mereka mendakwa ia tidak sesuai dengan mereka yang sama sekali tidak pernah mengalami deja vu. Sebagai balasan, O’Connor menjelaskan bahawa sesetengah orang tidak mengalami deja vu kerana mereka sudah mempunyai memori yang sempurna sejak awal, tanpa memberi ruang untuk kesilapan memori yang dianggap sebagai pencetus utama deja vu.

    Deja vu dan epilepsi: Sudut pandangan lain

    Kajian mengenai epilepsi menunjukkan perkaitan antara deja vu dan sawan disebabkan oleh Epilepsi Lobus Temporal Medial – suatu keadaan yang menjejaskan hipokampus otak. Hipokampus memainkan peranan penting dalam menguruskan memori. Laporan dalam jurnal perubatan Neuropsychologia menunjukkan pengalaman deja vu konsisten bagi mereka yang mula diserang sawan mereka. Oleh kerana itu, pakar mula menghubungkan salah cetusan saraf dan deja vu. (Salah cetusan saraf neural berlaku semasa penghantaran isyarat saraf secara rawak. Hal ini menyebabkan otak yang sihat mengesan perasaan yang salah tentang sesuatu pengetahuan).

    Sama ada deja vu atau tidak, ia bermanfaat kepada kesihatan kita, tiada siapa yang boleh memastikannya. Pengalaman deja vu boleh menjadi tanda peringatan, mendesak orang untuk menilai semula memori mereka dan memberi amaran kepada mereka agar tidak mempunyai keyakinan yang terlalu mendalam terhadap memori. Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa memori seseorang boleh diubah tanpa pengetahuan mereka. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong fungsi deja vu ini.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 28/11/2019

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan