backup og meta

7 Makanan Eksotik Yang Sebenarnya Boleh Membunuh Anda! No #4 Ramai Suka Makan!

7 Makanan Eksotik Yang Sebenarnya Boleh Membunuh Anda! No #4 Ramai Suka Makan!

Seantero dunia kini sedang resah akibat dilanda pandemik COVID-19. Sebagaimana yang kita tahu, wabak yang disebabkan oleh virus korona baharu ini dikatakan berpunca dari makanan eksotik iaitu kelawar, ular dan tenggiling. 

Jangan terlalu terkejut, di dunia ini memang banyak makanan yang pelik-pelik.

Ingin tahu apa makanan eksotik yang bahaya dan boleh membunuh anda di dunia ini?

Jom selami artikel dengan lebih mendalam lagi!

COVID-19 disebabkan oleh makanan eksotik?

Sebelum itu, mari kita belajar serba sedikit mengenai punca sebenar penularan COVID-19 ini?

Menurut pelbagai kajian, virus ini datangnya dari pasar yang terletak di wilayah Wuhan, China.

Artikel berkaitan:

Pasar ini memang banyak menjual pelbagai jenis makanan eksotik seperti kelawar, ular, tenggiling, keldai, tikus dan landak. Sangat mengerikan bukan?

Persoalannya, yang mana satu adalah punca sebenar virus korona baharu?

Setelah disiasat, para saintis telah mengecilkan skop kajian kepada 3 haiwan liar sahaja. Antara suspek utama adalah kelawar, ular dan tenggiling.

Setelah dikaji dengan lebih mendalam, para saintis mendapati punca COVID-19 ini berkemungkinan besar datang dari kelawar!

Makanan eksotik yang bahaya dan boleh membunuh anda!

Untuk tidak mengulangi kesilapan besar segelintir individu yang gemar memakan makanan yang tidak sepatutnya dimakan, di sini disenaraikan beberapa makanan eksotik yang bahaya dan boleh membunuh anda:

#1. Ikan Buntal

ikan buntal

Manusia memang gemarkan cabaran yang bukan-bukan.

Disebabkan itu, ramai orang terutamanya masyarakat Jepun gemar memakan ikan buntal walaupun mengetahui ia adalah salah satu dari makanan paling beracun di dunia.

Jika begitu, mengapa orang masih boleh memakannya?

Ini kerana racun di dalam badannya ini boleh dibuang. Jika tukang masak gagal membuangnya dengan baik, ia dikatakan 1,200 kali ganda lebih berbahaya berbanding sianida.

#2. Katak Afrika

katak afrika

Di Namibia, Afrika Selatan, wujud masyarakat yang gemar memakan katak bersaiz seakan seekor kucing!

Ya, jangan terlalu terkejut kerana haiwan itu memang wujud dan dinamakan sebagai Katak Afrika.

Apa yang menakutkan, katak ini dikatakan mempunyai racun di dalam badannya yang akan mengakibatkan masalah buah pinggang kepada manusia.

Malahan, memakannya juga boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan dengan cepat.

#3. Cendawan

cendawan

Mungkin ramai dari kita yang sudah tahu mengenai perkara ini. Persoalannya, cendawan yang mana?

Ini kerana terdapat banyak jenis cendawan dan ada antaranya selamat untuk dimakan dan ada yang tidak dan boleh membawa maut.

Antara jenis cendawan yang anda wajib berhati-hati adalah Death Cap, Destroying Angels and Deadly Webcap yang mempunyai racun.

Disebabkan itu, anda disarankan untuk tidak membeli dan memakan cendawan yang tidak berlabel di pasar raya.

#4. Kerang Darah

kerang darah

Ketika kita asyik memandang serong masyarakat negara luar kerana gemar makan makanan eksotik yang pelik-pelik, tahukah anda, kita juga melakukannya dengan memakan kerang darah?

Mungkin ramai yang kata tidak salah untuk memakan makanan berdarah.

Pun begitu, ia adalah satu kesilapan kerana darah yang terdapat dalam haiwan laut ini pernah menjadi punca penularan Hepatitis A dan E.

Pada tahun 1988, ia telah diharamkan di negara China. Bagaimana pula dengan Malaysia?

#5. Bayi Sotong Kurita

bayi sotong kurita

Siapalah yang sanggup untuk memakan bayi binatang?

Di Korea, wujud satu makanan eksotik bernama ‘san nak ji’ yang merupakan kaki bayi sotong kurita.

Namun, haiwan laut ini bukanlah berbahaya kerana ia beracun atau berdakwat.

Sebaliknya, kaki bayi sotong kurita ini boleh melekat pada tekak atau kerongkong pemakannya.

Kesannya, ia akan mengakibatkan sesak nafas serta kematian jika lambat dirawat.

#6. Keju Busuk

keju busuk

Anda penggemar keju? Jika ya, anda dinasihatkan untuk jangan sesekali memakan keju busuk yang bernama ‘casu marzu’.

Jika dilihat dari luaran sekalipun, selera anda pasti akan hilang kerana jelas kelihatan berenga yang masih bergerak-gerak!

Ia dicipta dari susu kambing biri-biri dan dibiarkan terdedah kepada lalat.

Lalat ini kemudiannya akan bertelur dan meninggalkan larvanya di situ. Inilah punca kewujudan ulat kecil tersebut.

Kesan memakan makanan eksotik yang menggelikan ini adalah sakit perut, mual-mual, muntah-muntah serta kematian jika gagal dirawat segera.

#7. Sosej?

sosej

Akhir sekali, kami bawakan entri bukan makanan eksotik yang bahaya namun boleh membunuh anda.

Tahukah anda sosej adalah sangat berbahaya kepada kanak-kanak yang masih kecil?

Menurut kajian yang dijalankan oleh John Hopkins Medicine, sosej adalah penyebab utama dalam kes kecederaan akibat tercekik makanan bagi kanak-kanak berusia bawah 3 tahun!

Ada dalam entri ini yang merupakan makanan kegemaran anda? Fikirkannya semula sebelum mengambil makanan eksotik yang bahaya dan boleh membunuh ini.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.foodrepublic.com/2011/09/08/5-exotic-foods-that-can-kill-you/
  2. http://www.amuserr.com/10401/exotic-foods-that-are-truly-dangerous-to-health/
  3. https://www.insider.com/dangerous-foods-2017-8

Versi Terbaru

11/06/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

TIDAK SERIK! Daging Kelawar Masih Dijual Di Pasar Sulawesi

Saintis Mengatakan Daging Ular Punca Virus Korona Tersebar?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan