brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Perlu Ke Anak Saya Perlu Makan Probiotik? Ini Jawapan Untuk Parent!

Perlu Ke Anak Saya Perlu Makan Probiotik? Ini Jawapan Untuk Parent!

Pernah dengar rakan atau ahli keluarga kata anak perlu makan probiotik supaya perut sihat dan tak mudah sakit? Memang ramai ibu bapa tertanya-tanya tentang khasiat probiotik untuk si kecil. Namun, tak semua dakwaan di pasaran itu disokong bukti yang kukuh. Jom fahami apa sebenarnya probiotik, apa manfaatnya, dan bila ia benar-benar diperlukan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu probiotik? Apa khasiat probiotik untuk tubuh?

Probiotik ialah mikroorganisma hidup iaitu bakteria baik yang memberi manfaat kesihatan apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Ia membantu mengimbangi mikrobiota usus, iaitu komuniti bakteria dalam sistem penghadaman.

Jenis probiotik yang sering kali diketahui termasuk Lactobacillus, Bifidobacterium, Streptococcus dan Saccharomyces boulardii.

Probiotik boleh didapati melalui makanan dan suplemen.

Bagi kanak-kanak, probiotik selalunya terdapat dalam bentuk kunyah, titisan cecair atau serbuk tanpa rasa yang boleh ditambah kepada makanan dan minuman mereka.

Oleh itu, jika anak anda tidak mengambil suplemen probiotik, mereka masih lagi boleh mendapat manfaat melalui makanan yang kaya probiotik.

Kenapa perlu probiotik dalam diet?

Sebelum anda mengetahui apakah makanan yang tinggi dengan probiotik, kami akan terangkan terlebih dahulu mengenai khasiat probiotik untuk tubuh. 

Tahukah anda, khasiat probiotik membantu anak anda dalam situasi berikut?

  1. Cirit-birit akibat jangkitan 
  2. Kolik bayi
  3. Alergi
  4. Sokongan sistem penghadaman

Tiga tahun pertama kehidupan anak adalah penting di mana mikrobiom usus menyesuaikan diri dan bertindak balas dengan paling mudah.

Apa yang berlaku pada tahun-tahun awal ini membina asas untuk kesihatan sepanjang hayat.

Kesihatan usus juga berkait dengan otak. Perkara ini dapat mempengaruhi mood, tumpuan dan corak tidur kanak-kanak.

Antara khasiat probiotik lain:

  1. Perkembangan otak dan peraturan tingkah laku
  2. Kematangan sistem imun
  3. Perlindungan terhadap alahan,asma dan ekzema
  4. Penyerapan nutrien untuk pertumbuhan yang betul

Jadi, adakah semua kanak-kanak perlu ambil probiotik?

Jawapannya tidak semestinya.

Kanak-kanak yang sihat dan mengamalkan pemakanan seimbang biasanya tidak memerlukan suplemen probiotik secara rutin.

Malah, ibu bapa boleh utamakan dengna memberi makanan yang kaya probiotik!

Probiotik lebih bermanfaat apabila diambil untuk tujuan tertentu, seperti ketikacirit-birit atau diambil atas nasihat doktor.

khasiat probiotik
Ada banyak khasiat probiotik untuk kanak-kanak.

Apakah makanan yang tinggi dengan probiotik?

Anda boleh menambah probiotik melalui makanan, terutamanya untuk kanak-kanak yang sudah mula makan pepejal:

  • Yogurt biasa yang mengandungi kultur hidup
  • Kefir atau susu fermentasi
  • Keju
  • Miso
  • Tempe
  • Jeruk

3 cara memperkenalkan probiotik kepada si manja

 Jika anda ingin menambah probiotik pada rutin anak anda, gunakan petua mudah ini bagi membantu anda :

  1. Hidangkan yogurt probiotik atau kefir pada smoothie, bersama-sama dengan buah-buahan yang disukai anak. 
  2. Jika anda menggunakan suplemen probiotik, jadikan ia sebagai sebahagian daripada rutin harian anak anda.
  3. Perkenalkan probiotik sedikit demi sedikit dan memantau kesan sampingan seperti gas dan kembung perut. Pantau keadaan anak anda selama 4 minggu. 

Parent, ingat perkara ini dulu sebelum beri probiotik

Probiotik umumnya selamat untuk kanak-kanak yang sihat, tetapi anda perlu berhati-hati dalam keadaan berikut:

  • Kanak-kanak di bawah 1 tahun (tunggu sehingga selepas hari lahir pertama)

  • Bayi atau kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang lemah

  • Bayi pramatang atau bayi yang sakit tenat

  • Kanak-kanak yang menggunakan kateter vena pusat atau penyakit kronik yang serius

  • Kanak-kanak yang menjalani kemoterapi atau baru-baru ini menjalani pembedahan

Wujud khasiat probiotik untuk tubuh kanak-kanak

Khasiat probiotik untuk kanak-kanak memang akan memberikan kesan sampingan.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan untuk fahami dan dapatkan nasihat doktor sebelum memberikan suplemen, terutamanya untuk bayi atau anak yang mempunyai masalah kesihatan.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 14 jam lalu