Jika ditanya pada mana-mana ibu yang sedang mengandung, sudah tentu tiada siapa yang mahukan risiko bayi pramatang berlaku kepada mereka.
Jika ditanya pada mana-mana ibu yang sedang mengandung, sudah tentu tiada siapa yang mahukan risiko bayi pramatang berlaku kepada mereka.

Pun begitu, ia mungkin bukanlah satu kejadian yang dapat dielakkan terutamanya buat mereka yang termasuk dalam golongan berisiko tinggi.
Persoalannya, apakah antara faktor risiko yang akan mempengaruhi risiko ibu hamil mengalami kejadian baby pramatang? Jom teruskan membaca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Definisi bayi pramatang adalah apabila kandungan di dalam perut ibu hamil itu lahir sebelum usia janin matang iaitu sekitar 37 minggu kehamilan.
Ada banyak sebab yang mungkin akan menyebabkan kelahiran pramatang ini berlaku dan ia sangat berkait rapat dengan tahap kesihatan si ibu serta janin.
Untuk pengetahuan anda, baby pramatang boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
Secara hipotesisnya, semakin awal bayi di dalam kandungan itu dilahirkan maka semakin banyak masalah kesihatan yang berisiko dialami oleh mereka.

Ini adalah disebabkan bayi malang ini akan mengalami kesan akibat daripada pembantutan dari segi perkembangan fungsi organ tubuh badan mereka.
Akibatnya, bayi tersebut terpaksa tinggal di hospital lebih lama lagi bagi membolehkan mereka kekal hidup dengan bantuan alat sokongan klinikal.
Dalam era teknologi perubatan yang serba canggih kini, semua ibu hamil harus selalu memeriksa kandungan mereka bagi melihat jika ada ketidaknormalan.
Hal ini adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah seperti kecacatan janin, kematian janin ataupun kelahiran bayi pramatang semasa bersalin kelak.
Ya, anda mungkin boleh mengelakkan kelahiran pramatang berlaku dengan melihat pada tanda amaran yang mungkin akan muncul seperti berikut:
Mungkin ibu hamil akan sedikit terkeliru ekoran simptom bayi pramatang ini adalah lebih kurang sama dengan gejala yang biasa dialami ketika sedang hamil.
Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk si ibu sentiasa berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor tentang perihal kehamilan anda itu.

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, kelahiran baby pramatang adalah disebabkan oleh keadaan kesihatan si ibu dan janin itu sendiri.
Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor risiko yang tanpa kita semua sedar mungkin akan mempengaruhi kelahiran pramatang dan ia termasuklah:
Mungkin juga wujud beberapa lagi risiko bayi pramatang lain yang boleh menyumbang kepada kelahiran pramatang yang kami tidak nyatakan di atas.
Jadi adalah lebih baik untuk kalian mendapatkan informasi lanjut dari doktor jika tidak ingin kejadian ini berlaku pada diri anda.

Sekiranya kelahiran bayi pramatang tidak dapat dihentikan, maka bayi malang itu akan lahir dalam keadaan yang kurang matang kerana tidak cukup bulan.
Ini kemudiannya boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti fungsi organ tubuh badan yang tidak sempurna dan sebagainya.
Selain itu, mereka juga mungkin akan mempunyai risiko lebih tinggi dalam aspek ketidakupayaan pembelajaran, tingkahlaku dan komunikasi.
Bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku, ibu yang sedang hamil haruslah melakukan beberapa perkara untuk mencegahnya iaitu dengan cara:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
21/09/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor