backup og meta

Terlalu Kurus Jadi Ambil Banyak Zat Untuk Badan? Awas Dengan Refeeding Syndrome!

Terlalu Kurus Jadi Ambil Banyak Zat Untuk Badan? Awas Dengan Refeeding Syndrome!

Individu yang pernah atau sedang mengalami kesan kurang zat dari nutrisi cenderung untuk memiliki tubuh badan yang agak kurus, kecil, cengkung dan tampak tidak sihat.

Dalam usaha untuk mencegah perkara ini daripada menjadi lebih teruk, penderita malnutrisi perlu mengambil lebih kerap dan banyak sumber zat di dalam makanan atau minuman.

Pun begitu, pengambilan nutrisi yang terlalu kerap dan banyak mungkin boleh jadi punca refeeding syndrome. Apakah kondisi ini? Jom baca artikel dengan lebih lanjut!

Apa itu kondisi refeeding syndrome?

Untuk pengetahuan anda semua, refeeding syndrome adalah kondisi yang boleh terjadi ekoran perubahan keseimbangan di sistem metabolisme dan elektrolit tubuh badan.

Perubahan ini akan berlaku apabila individu yang kurang zat akibat berlapar, berpuasa atau tiada sumber cuba mengambil kembali zat dengan kerap dan banyak (refeeding).

Anda perlu tahu bahawa kesan kurang zat yang paling bahaya adalah tubuh badan akan tidak cukup peroleh nutrisi karbohidrat di mana ia adalah sumber tenaga paling utama.

Tanpanya, tubuh badan terpaksa membakar alternatif lain iaitu lemak dan protein sebagai sumber tenaga sekali gus menjejaskan keseimbangan insulin, glukosa dan mineral.

kesan kurang zat

Apabila anda cuba pula untuk mengembalikan zat-zat yang hilang, maka kondisi ini akan muncul.

Apa kesan kondisi refeeding syndrome?

Ekoran kesan kurang zat, individu cenderung untuk amal refeeding kerana sangka ia adalah langkah yang tepat. Ya, anda tidak salah namun ia juga perlu dilakukan dengan betul.

Ini kerana pengambilan zat yang terlalu kerap dan banyak hanya akan menjejaskan keseimbangan sistem metabolisme dan elektrolit tubuh badan yang juga akan bawa mudarat.

Akibatnya, anda mungkin akan mengalami beberapa kesan-kesan buruk seperti yang berikut:

  • Dehidrasi atau risiko lebih cecair di dalam tubuh badan
  • Masalah sistem pernafasan seperti gagal bernafas, otot diafragma lemah dan sukar guna ventilator
  • Masalah kardiovaskular seperti aritmia, kardiomiopati, tekanan darah rendah dan gagal organ jantung
  • Masalah muskuloskeletal iaitu otot dan tulang seperti rasa kejang, lenguh, sakit atau kondisi rhabdomyolysis
  • Masalah sistem saraf tubuh badan seperti kondisi ataxia, tetany, delirium atau wernicke encephalopathy
  • Gangguan darah seperti kondisi anemia, trombositopenia atau kurang aliran oksigen ke jaringan tubuh badan
  • Isu sistem metabolisme dan elektrolit tubuh badan iaitu metabolic acidosis

Dalam erti kata lebih mudah, refeeding syndrome mungkin akan mendatangkan kesan buruk pada seluruh anggota tubuh badan sekali gus menggagalkan usaha untuk refeeding.

kesan kurang zat

Siapa tinggi risiko dengan kesan kurang zat?

Persoalannya, siapa yang tinggi risiko dengan kesan kurang zat sehingga mungkin perlu cuba refeeding? Jawapannya adalah mereka yang tergolong dalam kategori berikut ini:

  • Jisim tubuh badan (BMI) di bawah 16
  • Penurunan berat badan yang mendadak sehingga lebih dari 15% dalam tempoh 3 ke 6 bulan
  • Pengambilan zat dari makanan dan minuman yang tidak cukup selama lebih dari 10 hari

Disebabkan refeeding tidak tepat caranya, anda pula mungkin berisiko untuk mengalami refeeding syndrome. Berikut adalah mereka yang agak tinggi risiko mengalami kondisi ini:

kesan kurang zat

Jangan ambil mudah dengan kesan kurang zat kerana ia boleh bawa komplikasi yang lebih serius!

Bagaimana untuk elak daripada kesan kurang zat?

Secara logik akal, apa yang perlu dilakukan untuk elak daripada masalah ini dalam peringkat awal adalah dengan mengambil cukup zat agar tiada isu malnutrisi ini timbul.

Namun jika sudah lewat dan anda sudah mengalaminya, masih tiada masalah besar untuk anda menanganinya dengan cara refeeding tetapi ia perlu tepat cara untuk buat.

Menurut National Institute for Health and Clinical Excellence (NICE), anda boleh elak refeeding syndrome dengan cara seperti yang kami nyatakan di bawah ini:

  1. Mengambil cukup sumber magnesium, kalium, kalsium dan fosfat daripada makanan dan minuman.
  2. Mengambil suplemen magnesium, kalium, kalsium dan fosfat tambahan melalui oral atau suntikan.
  3. Mengambil vitamin B1 sebanyak 200 ke 300 mg per hari dan multivitamin B sebanyak 1 ke 2 tablet tiga kali sehari.
  4. Memantau kadar magnesium, kalium, kalsium, fosfat dan vitamin-vitamin penting selama minggu pertama pengambilan makanan, minuman dan suplemen agar dos itu sesuai.

Konklusinya, kekurangan zat atau malnutrisi ini perlu anda cegah, kawal dan rawat dengan baik agar tidak pula timbul masalah lain seperti refeeding syndrome ini ya!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Importance of the Refeeding Syndrome, https://www.hopkinsmedicine.org/gim/_pdf/consult/refeeding_syndrome.pdf, Accessed Jan 20 2022.
  2. Refeeding Syndrome Symptoms and Warning Signs, https://www.acute.org/resource/refeeding-syndrome-signs-symptoms, Accessed Jan 20 2022.
  3. Refeeding Syndrome, https://www.mspca.org/angell_services/refeeding-syndrome/, Accessed Jan 20 2022.
  4. Refeeding Syndrome, https://emcrit.org/ibcc/refeeding/, Accessed Jan 20 2022.
  5. Refeeding Syndrome, https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/refeeding-syndrome/, Accessed Jan 20 2022.

Versi Terbaru

15/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

7 Jenis Makanan Ini Tak Boleh Masuk Peti Ais, Ia Hanya Menghilangkan Zat & Khasiatnya!

Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan