backup og meta

Duduk Rumah Mulut Asyik Nak Mengunyah Saja? Ini 9 Cara HENTIKAN Tabiat Ini

Duduk Rumah Mulut Asyik Nak Mengunyah Saja? Ini 9 Cara HENTIKAN Tabiat Ini

Ada masanya, tabiat mengunyah setiap saat bukan kerana anda berasa lapar, tetapi anda makan akibat tekanan yang dialami.

Jadi bagaimana cara untuk menghentikannya?

Stres punca wujud tabiat mengunyah 

Duduk terperap di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adakalanya boleh menyebabkan stres. Lama-kelamaan apabila terlalu bosan dan berdepan tekanan, kebanyakan individu akan memilih untuk makan.

Namun, persoalan utama di sini, anda makan kerana lapar atau untuk menghilangkan tekanan? Pasti ada yang makan akibat tekanan bukan? 

Makan snek atau apa sahaja makanan yang anda gemari ketika berdepan tekanan adalah 1 reaksi normal. Ia dipanggil makan secara emosi

Walau bagaimanapun, pengambilan makanan dan tabiat mengunyah secara berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan. Malahan ia cenderung meningkatkan lagi tahap tekanan anda.

Perbezaan makan kerana lapar vs makan akibat tekanan

Apa bezanya makan disebabkan tekanan atau makan kerana rasa lapar?

Makan disebabkan tekanan

  • Kemahuan makan datang secara tiba-tiba
  • Keinginan makan perlu dipenuhi segera
  • Mahukan makanan tertentu seperti makanan ringan, makanan manis
  • Ingin terus makan dan makan dan makan lagi
  • Wujud perasaan bersalah, malu dan menyesal

tabiat mengunyah

Makan kerana lapar

  • Keinginan untuk makan datang secara berperingkat
  • Tidak perlu dipenuhi segera (melainkan anda sudah lama tidak makan)
  • Segalanya kedengaran menyelerakan walaupun hanya sayur
  • Akan berhenti makan apabila kenyang
  • Tidak akan berasa bersalah atau malu 

Jadi bagaimana cara untuk menghentikan tabiat mengunyah yang akan menyebabkan rasa bersalah dan menyesal ini? Haaa…jangan risau, Hello Doktor ada caranya.

9 cara hentikan tabiat makan akibat tekanan

Hentikan tabiat mengunyah yang berpunca daripada tekanan dengan 9 cara ini:

  1. Atasi tekanan

Isu makan akibat tekanan sudah tentulah berpunca daripada bebanan stres yang anda hadapi. Jadi perkara utama adalah untuk mengatasi tekanan dalam diri anda.

Anda boleh cuba untuk mempelajari teknik pengurusan tekanan seperti mengamalkan yoga, meditasi atau melakukan pernafasan secara mendalam.

Cuba elakkan situasi yang boleh mewujudkan tekanan. Sebagai contoh, jika melakukan kerja pada waktu tengah hari akan menambahkan stres, ubah waktu kerja anda kepada waktu pagi atau malam. 

Dalam tempoh PKP ini, yang penting anda tetap melaksanakan tugasan anda, bukan? Jadi fleksibelkan diri anda.

  1. Jurnal pemakanan

Dalam bahasa mudahnya, anda perlu menulis dan mencatatkan apa yang anda makan, berapa banyak, masa dan perasaan yang dialami apabila makan serta tahap kelaparan anda.

Dari masa ke masa, anda boleh melihat pola pemakanan serta hubung kait antara emosi dan makanan yang anda ambil.

Ia mungkin sukar dilakukan, tetapi jika anda ingin mengubah tabiat pemakanan, ini yang perlu anda buat. Chaiyok!

  1. Kawal keinginan

Anda benar-benar lapar atau sebab tekanan? Jika anda baru makan dalam masa 2 3 jam dan perut tidak berbunyi, itu bermakna anda tidak lapar. 

Cuba bertahan serta kawal keinginan tersebut. Biarkan rasa untuk makan berlalu. Ini pastinya dapat membantu mengatasi tabiat makan akibat tekanan.

9-cara-hentikan-tabiat-makan-akibat-tekanan

  1. Hindari kebosanan

Tabiat mengunyah akan muncul setiap kali dilanda kebosanan, maka anda perlu cuba atasi rasa tersebut. Bagaimana? 

Mungkin anda boleh mewujudkan 1 hobi baru seperti melukis dan mewarna (menggunakan gajet pun boleh) atau anda boleh mengemas ruang kediaman anda seperti mengubah posisi perabot dan sebagainya.

Melakukan sesuatu hobi baru atau sebarang perkara pada masa lapang bukan sahaja dapat mencegah kebosanan tetapi mampu menghilangkan keinginan makan.

  1. Kekal hidrat

Terperap di rumah memberikan anda masa untuk fokus kepada kesihatan anda termasuklah berkaitan pengambilan air yang mencukupi. 

Kekal hidrat adalah penting untuk kesihatan secara menyeluruh. Ia juga dapat mencegah tabiat mengunyah secara berlebihan kerana tekanan.

  1. Simpanan makanan

Apabila anda mengetahui di rumah terdapat makanan yang anda gemari, seperti coklat atau kek, pastinya ia boleh menyebabkan keinginan untuk makan membuak-buak walaupun tidak lapar. 

Jadi elakkan daripada menyimpan makanan-makanan tersebut di dalam rumah. Sekiranya anda dalam keadaan marah atau tertekan, hindari daripada menuju ke kedai runcit atau pasar raya sehingga emosi anda kembali stabil.

  1. Snek sihat

Sekiranya masih sukar untuk mengawal tabiat mengunyah dan anda masih mahu makan, atasinya dengan memilih snek sihat. 

Pilihlah buah-buahan, sayuran dicicah yogurt, kekacang atau bertih jagung tanpa mentega. Atau anda mungkin boleh memilih makanan kegemaran anda versi rendah kalori. 

  1. Jangan terlalu tegas

1 cara untuk mencegah makan secara berlebihan akibat tekanan adalah untuk tidak terlalu tegas atau mengehadkan pengambilan kalori secara keterlaluan.

Kadang kala apabila anda terlalu mengawal pemakanan kerana ingin cepat mengurangkan berat badan, ia hanya menyebabkan peningkatkan keinginan untuk makan – sebagai tindak balas emosi.

Untuk mengelakkan kesan negatif daripada makan akibat tekanan, anda perlu mengamalkan pemakanan sihat. Sekali sekala berikan diri peluang untuk makan makanan yang anda gemari seperti kek, coklat atau pizza.

9-cara-hentikan-tabiat-makan-akibat-tekanan

  1. Hidangan pemakanan

Biasanya kalau makanan yang dibeli berada dalam bekas atau balang, anda akan cenderung untuk makan secara berlebihan. 

Untuk mengatasi masalah ini, jika anda ingin memakan aiskrim, lebih baik letakkan di dalam bekas berbanding memakannya terus daripada bekas. 

Belajar untuk mengawal saiz hidangan makanan anda dan cuba untuk menghindari pengambilan secara berlebihan.

Menjaga kesihatan diri

Ketika berdepan tekanan, perkara yang sentiasa harus diingatkan kepada diri adalah mengenai kesejahteraan dan kesihatan badan. 

Makan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi adalah cara mudah memastikan diri dalam keadaan sihat dan gembira.

Dalam tempoh PKP ini, ia bukan masa yang sesuai untuk anda menambah tekanan dalam diri kerana ia hanya akan menyebabkan anda makan secara berlebihan. Kawal diri dan elakkan stres, okay?

Baca juga:

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.helpguide.org/articles/diets/emotional-eating.htm  / Accessed on April 8, 2020

https://www.healthline.com/nutrition/ways-to-prevent-stress-eating-when-youre-stuck-at-home / Accessed on April 8, 2020

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/weight-loss/art-20047342 / Accessed on April 8, 2020

https://www.livestrong.com/article/13725668-how-to-stop-stress-eating/  / Accessed on April 8, 2020

Versi Terbaru

12/10/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Rahsia Untuk Cepat Tambah Berat Badan, Amalkan 5 Jenis Makanan Sihat Ini!

Mengapa Orang Dewasa Perlu Minum Susu Tepung? Ini 4 Khasiatnya Ramai Orang Tak Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/10/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan