backup og meta

5 Kaedah Ini Berkesan Untuk Buang Bahan Kimia Berbahaya Dari Badan Anda!

5 Kaedah Ini Berkesan Untuk Buang Bahan Kimia Berbahaya Dari Badan Anda!

Siapa yang sangka produk seharian seperti makanan, ubatan, alat solek atau macam-macam lagi bahan lain itu ada banyak bahan kimia berbahaya dan berisiko untuk masuk ke dalam badan?

Ya, ia mungkin boleh membawa dan memberi tanda keracunan bahan kimia kepada tubuh badan anda. Jadi, jom baca artikel untuk tahu cara buang bahan kimia itu buat selamanya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Bagaimana bahan kimia ini akan menjejaskan individu?

Anda perlu melihat dan menyingkirkan penggunaan produk yang mengandungi:

  • PCB’s (polychlorinated biphenals)
  • DBP‘s (Dibutyl Phthalate)
  • DEP’s (Diethyl phthalate)
  • DEHP’s (Diethylhexyl phthalate)
  • BzBP’s (benzylbutyl phthlate)
  • DMP’s (Dimethyl phthalate)

Menurut Environmental Working Group, apabila seorang individu wanita bersedia untuk meninggalkan rumah pada waktu pagi, dia telah mendedahkan dirinya kepada 126 toksin kimia dari syampu, sabun badan, losyen, kosmetik dan yang paling berbahaya, minyak wangi.

bahan kimia berbahaya

Bahan kimia ini yang mengganggu keseimbangan badan dan membebankan proses detoksifikasi badan.

Badan manusia, apabila mengandungi lebih toksin, akan ‘membuang’ banyak bahan toksik ke dalam sistem penyimpanan lemak untuk mengurangkan peredaran toksin ini ke seluruh badan.

Apabila tiada lagi toksin yang memasuki badan, toksin yang tersimpan ini akan diproses dan disingkirkan bersama lemak yang ‘tersimpan’ bersama.

Apabila badan anda tidak lagi perlu untuk menghasilkan tindak balas kimia terhadap toksin ‘statik’, anda akan mendapati badan dapat mengekstrak kandungan nutrien lebih banyak daripada makanan yang anda makan dan menyingkirkan toksin dari badan.

Bagaimana buang bahan kimia berbahaya dari badan?

Berikut adalah kaedah mudah untuk anda menangani kandungan dan ancaman bahan kimia berbahaya:

bahan kimia berbahaya

Kerap Detoks: Sokong detoksifikasi semula jadi dan proses biokimia dengan pengambilan makanan dan minuman yang dapat membantu dan meningkatkan sistem naluri badan untuk menyingkirkan toksin.

Perbanyakan antioksidan: Semakin kuat sistem imun anda, semakin mudah untuk membangun dan mengekalkan tahap tenaga dan kesihatan.

Organik dan bebas kimia: Mengambil makanan berkualiti terbaik untuk badan. Sebaiknya makan organik atau makanan yang tidak diproses.

Tingkatkan fungsi hati: Banyakkan makan dan minum sayuran hijau. Teh hijau Matcha adalah diet pemakanan yang terbaik untuk memperbaiki fungsi hati. Kajian menunjukkan segelas Matcha adalah bersamaan dengan 10 gelas teh hijau dari aspek nilai pemakanan dan kandungan antioksidan – yang dikenali untuk melawan tekanan oksidatif seluruh badan.

Produk pembersihan dan peribadi semula jadi: Produk pembersih kimia dan penjagaan peribadi mengandungi kandungan toksin dan sebatian tiruan estrogen. Pilih pembersihan berasaskan tumbuhan. Jangan terus mempercayai label yang tertulis ‘semula jadi’.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. “Detoxes” and “Cleanses”: What You Need To Know, https://www.nccih.nih.gov/health/detoxes-and-cleanses-what-you-need-to-know, Accessed Mar 28 2019.
  2. Improve Your Health by Removing Toxins from Your Body, https://www.fammed.wisc.edu/files/webfm-uploads/documents/outreach/im/handout-removing-toxins.pdf, Accessed Mar 28 2019.
  3. Do Detoxes and Cleanses Actually Work?, https://health.clevelandclinic.org/are-you-planning-a-cleanse-or-detox-read-this-first/, Accessed Mar 28 2019.
  4. Detoxification – Manage your body and reduce your health risks, https://absolute-health.org/en/blog/post/healtip-detox.html, Accessed Mar 28 2019.
  5. DETOX: Natural Cleansing to Remove Body Toxins, https://riordanclinic.org/2011/12/detox-natural-cleansing-to-remove-body-toxins/, Accessed Mar 28 2019.

Versi Terbaru

06/06/2023

Ditulis oleh Phil Kelly

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jika Benar Mahu Turun Berat Badan, Ikut 7 Cara Diet Yang Betul Ini!

Jika Mahu Turunkan Berat Badan, Ambil 8 Jenis Makanan Diet Untuk Kurus Ini!


Ditulis oleh

Phil Kelly

Sains sukan · KiwiFitness: Body Expert Systems


Disemak pada 06/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan