backup og meta

Macam Mana Nak Kurus Tanpa Diet? Ambil Ubat Kurus Mesti Lebih Berkesan!

Macam Mana Nak Kurus Tanpa Diet? Ambil Ubat Kurus Mesti Lebih Berkesan!

Setiap orang yang mengalami masalah berat badan pasti ada soalan “macam mana nak kurus?, “macam mana nak kuruskan perut buncit, peha dan sebagainya” tapi pada masa yang sama tidak mampu atau tidak tahu cara diet untuk kurus atau rutin senaman yang betul.

Ada yang pernah mencuba diet extreme 1 minggu namun berat tetap turun naik, malah ada juga yang cepat berputus asa kerana terlalu lapar atau penat. Disebabkan itu, semakin ramai mula mencari alternatif lain seperti ubat penurunan berat badan. Tapi adakah ubat kurus betul-betul berkesan dan tidak membahayakan? 

Jadi, apa yang perlu dibuat? 

Baca lebih lanjut tentang Pemakanan Sihat di sini.

Bagaimana ubat kurus berfungsi? 

Ubat kurus atau turunkan berat badan berfungsi dengan cara yang berbeza untuk membantu anda mengurangkan berat badan. Antara perubahan yang sering kali berlaku: 

  1. Kurang selera makan 
  2. Membantu anda berasa kenyang
  3. Ubah cara lemak di dalam badan diserap 
  4. Tingkatkan kalori yang boleh dibakar pada badan 
  5. Meningkatkan sensitiviti insulin

Namun, keberkesanan ubat kurus pada setiap individu berbeza. Ada yang menunjukkan perubahan cepat, ada juga yang memerlukan masa lebih lama bergantung pada keadaan kesihatan dan gaya hidup masing-masing.

Ini caranya untuk anda turun berat badan! 

Mesti anda tidak sabar solusi kepada macam mana nak kurus bukan?

Betul, dengan pengambilan ubat kurus mampu membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang diinginkan tetapi pengambilan ubat ini sahaja bukan penyelesaiannya. Ia biasanya lebih berkesan apabila digabungkan dengan:

  • Diet untuk kurus, ambil pemakanan lebih seimbang
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Mengawal stres yang dihadapi

Hal ini kerana, walaupun ubat kurus yang diambil bakal memberikan kesan baik kepada badan, ia juga boleh memberikan kesan sampingan seperti gastrousus (GI) seperti sembelit dan cirit-birit. ,  mengalami kesukaran untuk mengekalkan tahap otot dan tenaga, pening kepala dan muntah. 

macam mana nak kurus
Gastrousus antara kesan sampingan yang sering berlaku.

Oleh sebab itulah, para penyelidik mengesyorkan bahawa individu yang mengambil ubat kurus ini mendapatkan protein yang mencukupi, makan makanan dalam kuantiti yang kecil, elakkan makan makanan tertentu yang boleh membawa kepada sembelit, loya dan pedih ulu hati, minum air mencukupi dan melakukan senaman seperti senaman aerobik dan latihan kekuatan.

Dalam erti kata lain, ubat membantu memudahkan proses penurunan berat badan, bukannya menggantikan gaya hidup sihat sepenuhnya.

Jangan ambil ubat kurus secara sembarangan! 

Macam mana anda nak kurus jika anda tidak tahu perkara di bawah? 

Tahukah anda, ubat kurus tergolong dalam kategori ubat yang ditetapkan oleh pengamal perubatan berdaftar. Oleh itu, anda tidak boleh membelinya di kedai ubat seperti membeli paracetamol atau ubat batuk.

Hal ini kerana, walaupun ramai teruja mahu kurus cepat, tidak semua produk di pasaran selamat digunakan. Sesetengah produk tidak berdaftar mungkin mengandungi bahan berbahaya yang boleh memberi kesan kepada jantung, buah pinggang atau kesihatan mental.

Sebelum mengambil sebarang ubat turunkan berat badan, pastikan anda:

  • Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi
  • Semak produk pada laman portal Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di sini
  • Elakkan syarikat atau produk yang menjanjikan janji manis yang tidak munasabah seperti “kurus dalam tempoh seminggu”
  • Fahami kesan sampingan yang mungkin berlaku 

Kesihatan jauh lebih penting daripada amalkan cara kurus dengan cepat yang kelak akan beri masalah!  

Klik sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai rawatan obesiti.

Diet untuk kurus? Ketahui dahulu tubuh anda

Kini, terjawab sudah persoalan anda mengenai macam mana nak kurus tanpa diet ketat. Memang benar rawatan obesiti tanpa diet ketat semakin menjadi pilihan kerana ramai mahukan pendekatan yang lebih realistik dan kurang membebankan.

Ubat turunkan berat badan sememangnya boleh membantu sesetengah individu, terutama apabila digunakan dengan cara yang betul dan digabungkan bersama perubahan gaya hidup sihat. Asalkan anda tahu kemampuan tubuh dan sanggup luangkan masa bagi mencipta rutin baru yang lebih sihat!

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Weight Loss Medications. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/weight-loss-medications . Accessed on May 14, 2026 .

Diet, exercise still important when taking weight-loss medication. https://hsph.harvard.edu/news/diet-exercise-still-important-when-taking-weight-loss-medication/ . Accessed on May 14, 2026 .

Prescription weight-loss drugs. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/weight-loss-drugs/art-20044832 . Accessed on May 14, 2026 .

UK medicines regulator warns against buying weight loss medicines without a prescription this New Year. https://www.gov.uk/government/news/uk-medicines-regulator-warns-against-buying-weight-loss-medicines-without-a-prescription-this-new-year . Accessed on May 14, 2026 .

Obesity: Should I Take Weight-Loss Medicine?. https://myhealth.alberta.ca/Health/pages/conditions.aspx?hwid=aa71898 . Accessed on May 14, 2026 .

Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu ubat itu adalah ubat yang berdaftar dengan KKM?. https://pharmacy.moh.gov.my/ms/soalan-lazim/bagaimana-mengenalpasti-sesuatu-ubat-itu-adalah-ubat-berdaftar-dengan-kkm.html . . Accessed on May 14, 2026 .

Versi Terbaru

21/09/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Lagi Beberapa Bulan Nak Kahwin, Tapi Berat Tak Turun? Ini Cara Kurus Tanpa Stress!

Nak Kurus Tanpa Nasi? Ini Menu Diet Rendah Kalori yang Boleh Dicuba!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan