backup og meta

Ini Cara Untuk Elak Gemuk Ikut Peringkat Umur: Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa

Ini Cara Untuk Elak Gemuk Ikut Peringkat Umur: Bayi, Kanak-Kanak & Orang Dewasa

Obesiti merupakan salah satu faktor risiko kepada pelbagai penyakit dan komplikasi yang lain. Masalah obesiti ini akan semakin teruk jika individu tersebut tidak tahu cara mengatasi obesiti. Apakah cara menangani obesiti yang sesuai mengikut peringkat umur?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Masalah obesiti

Obesiti adalah sejenis penyakit kompleks yang melibatkan jumlah lemak tubuh yang berlebihan.

Ia bukan sahaja menjejaskan fizikal manusia, tetapi juga meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit lain.

Ada yang mengalami obesiti disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, tidak aktif dan juga faktor keturunan.

Cara mengatasi obesiti bagi bayi

Bayi yang menyusu badan agak sukar untuk mengalami obesiti berbanding bayi yang disusukan dengan susu formula.

Namun, ada beberapa tip atau cara menangani obesiti bagi bayi yang boleh anda amalkan:cara mengatasi obesiti

  1. Galakkan bayi dengan aktiviti fizikal. Berikan bayi anda aktiviti yang menggalakkan pergerakan mereka. Ini termasuklah merangkak dan bermain dengan alat permainan.

Cara mengatasi obesiti bagi kanak-kanak

Untuk kanak-kanak pula, ibu bapa masih perlu memainkan peranan untuk mengawal pemakanan mereka.

Antara cara menangani obesiti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa terhadap kanak-kanak ialah:

  1. Jangan galakkan makan snek ketika menonton televisyen. Apabila kanak-kanak kerap mengambil hidangan snek sewaktu menonton televisyen, mereka lebih mudah untuk menjadi obes. Ini kerana, ketika menonton tv, mereka lebih sukar untuk berasa kenyang sehingga menyebabkan mereka mengambil snek secara berlebihan. cara mengatasi obesiti
  2. Sediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab terhadap pemakanan harian anak-anak anda di rumah. Oleh itu, pastikan anda menyediakan makanan yang baik dan seimbang untuk si kecil. Elakkan daripada memberikan makanan berlemak, bergula dan makanan yag diproses dengan kerap.
  3. Jangan gunakan makanan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak. Setiap kali anak anda berjaya melakukan sesuatu, jangan memberikan ganjaran kepada mereka dalam bentuk makanan mahupun snek. Ini termasuklah gula-gula, coklat, makanan ringan dan lain-lain lagi. Makanan seperti ini hanya akan menyebabkan mereka lebih berisiko untuk mendapat obesiti. 
  4. Ajar anak anda untuk kerap minum air kosong antara cara mengatasi obesiti. Air kosong tidak mempunyai sebarang kalori. Oleh itu, ia adalah minuman yang sihat kerana tidak memberikan sebarang kalori tambahan kepada tubuh. Kesannya, tubuh anda kurang berisiko untuk mendapat kalori berlebihan yang boleh menyebabkan obesiti. Ajar anak anda untuk selalu minum air kosong sebagai salah satu cara menangani obesiti. 

Baca juga:

Cara mengatasi obesiti bagi orang dewasa

Cara menangani obesiti bagi orang dewasa sebenarnya tidak banyak berbeza dengan kaedah yang digunakan terhadap kanak-kanak.

Namun, mungkin ada beberapa perkara yang lebih khusus dan lebih penting untuk dilakukan oleh orang dewasa.

Bagi orang dewasa, anda perlu melakukan beberapa perkara ini sebagai cara menangani obesiti:

  1. Kawal pengambilan kalori harian. Bagi lelaki dewasa, jumlah pengambilan kalori harian adalah antara 2,000 hingga 3,000 kalori sahaja. Manakala bagi wanita dewasa, anda disarankan untuk mengambil kalori harian antara 1,600 hingga 2,400 sahaja. Pengawalan terhadap jumlah kalori harian ini boleh membantu mengurangkan risiko mendapat obesiti.cara mengatasi obesiti
  2. Pantau berat badan anda secara berkala. Anda mungkin perlu melihat berat badan anda setiap minggu untuk memastikan sebarang perubahan. Jika berat badan anda berkurangan, maka ia satu tanda yang baik. Namun, jika berat badan anda semakin bertambah, maka anda tahu apa yang perlu anda lakukan.
  3. Amalkan gaya hidup aktif. Elakkan gaya hidup yang tidak aktif seperti kerap tidur, menonton televisyen atau hanya duduk di rumah. Amalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman, melakukan aktiviti fizikal atau banyakkan berjalan kaki. Gaya hidup yang aktif bukan hanya membantu membakar kalori dalam tubuh, tetapi juga mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantung.
  4. Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan antara cara mengatasi obesiti. Pastikan anda mengambil hidangan sayuran atau buah-buahan setiap kali anda makan. Memperbanyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan juga boleh mengurangkan risiko mendapat obesiti. 

Kesimpulan

Walaupun terdapat saranan yang berbeza untuk setiap peringkat umur, namun prinsip pemakanannya adalah sama.

Kami memberikan saranan mengikut peringkat umur seperti ini agar lebih mudah untuk diamalkan oleh semua pembaca.

Kongsikan cara mengatasi obesiti ini bersama ahli keluarga anda yang lain agar ia juga bermanfaat untuk mereka semua. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Obesity. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/obesity/symptoms-causes/syc-20375742, Accessed on March 3, 2021
  2. Physical Activity. https://www.hsph.harvard.edu/obesity-prevention-source/obesity-causes/physical-activity-and-obesity/, Accessed on March 3, 2021
  3. Preventing Childhood Obesity: Tips for Parents. https://www.health.ny.gov/prevention/nutrition/resources/obparnts.htm, Accessed on March 3, 2021
  4. Tips to Help Children Maintain a Healthy Weight. https://www.cdc.gov/healthyweight/children/index.html, Accessed on March 3, 2021
  5. 6 Ways to Prevent Childhood Obesity. https://www.doylestownhealth.org/about/news/health-news-and-blog/6-ways-to-prevent-childhood-obesity, Accessed on March 3, 2021

Versi Terbaru

02/02/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bukan Rawat Obesiti Sahaja, Pembedahan Ini Juga Beri Manfaat Buat Diabetes!

Wow! Makan Pil Diet Berkesan Rawat Masalah Obesiti, Tapi Ada Syarat Kena Patuhi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan