backup og meta

Gemar Makan Lauk Kampung? Ini 6 Jenis Masakan Tradisional Yang Simple, Sedap Dan Sihat!

Gemar Makan Lauk Kampung? Ini 6 Jenis Masakan Tradisional Yang Simple, Sedap Dan Sihat!

Teringin makan lauk kampung yang simple, sedap lagi sihat? Sebenarnya, ia tidak begitu sukar kerana banyak hidangan masyarakat kita yang menepati piawaian ini! Teruskan baca artikel.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Malaysia, syurga makanan yang popular!

Katakan apa sahaja yang anda ingin makan, semuanya ada di sini. Sama ada hidangan barat atau masakan timur, individu kini boleh menikmati segala juadah sehingga kenyang perut, senang hati.

Tidak lupa juga dengan lauk-pauk tradisional masyarakat Melayu yang popular dengan rasa kuat lagi asli. Pun begitu, ramai juga yang percaya bahawa lauk begini amat tidak sihat untuk individu.

Sebenarnya, tidak semua lauk-pauk ini tinggi dengan lemak, gula, kolesterol dan anasir tidak baik yang lain. Semuanya adalah bergantung juga kepada citarasa si penyedia makanan tersebut.

Apa kata anda masak sahaja sendiri di rumah? Dengan usaha ini, sudah pasti individu akan dapat kawal segala jenis bahan dan cara memasak sekali gus menyediakan juadah yang serba sihat.

lauk kampung

Persoalannya, apa antara contoh lauk kampung simple, sedap lagi sihat? Jom terus baca di bawah!

Lauk kampung yang simple, sedap dan sihat!

Adalah mustahil untuk anda mampu ‘menelan’  menu makanan sihat sahaja setiap hari seperti oat, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kadangkala, enak juga makan lauk-pauk tradisional.

Buat anda yang takut kerana risau ia akan memudaratkan, mungkin boleh cuba menu di bawah ini:

[embed-health-tool-bmr]

Lauk kampung berkhasiat #1. Sup ayam

Pertama, ada sebab kenapa hidangan ini sangat popular dalam kalangan orang yang sedang sakit!

Dalam setiap semangkuk sup ayam, terkandung lebih daripada 300 kj atau 70 kcal tenaga selain turut tinggi nutrisi penting seperti protein (4.05 g), karbohidrat (0.35 g) dan lemak (2.46g).

Tambahan itu lagi, anda juga perlu tahu ayam khususnya di bahagian kaki tinggi dengan kolagen yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Maka, jadikan lauk ini pilihan utama anda.

lauk kampung

#2. Daging lembu masak hitam

Amat popular sebagai lauk yang wajib di kenduri perkahwinan, jangan tidak tahu bahawa ia juga termasuk di dalam kategori lauk sedap lagi sihat. Jangan terpedaya hanya dengan warnanya.

Di sebalik warnanya yang gelap, ia amat tinggi dengan protein dan lemak daripada daging lembu itu sendiri. Ditambah pula dengan pelbagai rempah ratus seperti kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, serai, bawang dan halia, ia mempunyai banyak manfaat.

Baca lagi artikel berkaitan:

#3. Ikan siakap masak stim

Kalau sudah bosan dengan hidangan darat, apa kata cuba makanan laut yang ini pula? Rasanya, semua orang sedia maklum jika ikan siakap adalah antara sumber asid lemak omega-3 terbaik.

Ia juga kaya dengan protein dan lemak yang amat diperlukan oleh tubuh badan. Namun, rahsia lauk ini tergolong dalam kategori sedap dan sihat adalah cara ia dimasak kerana stim itu adalah kaedah memasak mengukus tanpa minyak yang sudah tentu bagus.

Lauk kampung berkhasiat #4. Telur bungkus

Untuk pengetahuan anda semua, sebiji telur ayam itu mengandungi kira-kira 0.6 g karbohirat, 5.3 g lemak, 6.3 g protein berserta pelbagai jenis vitamin dan mineral yang tubuh badan perlukan.

Untuk buat ia lebih sihat, anda boleh cuba menu telur bungkus yang dicampur dengan variasi jenis sayur-sayuran seperti jagung, lobak, kacang hijau dan banyak lagi jenis sesuai citarasa individu.

Selain dimasak dengan cara bungkus, anda juga boleh cuba telur hancur, rebus atau masak bistik.

lauk kampung

Lauk kampung berkhasiat #5. Tempeh kacang

Buat anda yang mengamalkan diet vegetarian, jangan risau kami juga ada contoh menu sihat khas untuk anda. Tiada hidangan yang lebih simple, sedap dan sihat berbanding tempeh kacang.

Diperbuat daripada kacang pilihan yang difermentasi, ini adalah sumber protein dan lemak yang dipercayai lebih bagus berbanding daging haiwan lain selain vitamin dan mineral yang lain.

Jadi, tidak hairan jika mereka yang vegan itu dapat memenuhi keperluan dan kepentingan nutrisi.

#6. Ayam goreng tepung?

Apa? Benarkah ayam goreng tepung itu juga lauk yang simple, sedap lagi sihat? Sebenarnya, anda mungkin boleh meningkatkan nutrisi di dalam lauk ini dengan beberapa langkah seperti berikut:

  • Gunakan bahagian isi ayam seperti dada dan paha sahaja
  • Buangkan bahagian kulit ayam sebelum anda goreng dengan minyak
  • Gantikan minyak sawit dengan minyak lebih bagus seperti zaitun, jagung (atau tanpa minyak langsung) untuk memasak jenis-jenis masakan tertentu

Hasilnya, anda akan dapat makan ayam serta banyak lagi lauk-pauk yang simple, sedap dan sihat!

Jika contoh lauk kampung di atas ini kena dengan minat dan citarasa anda, sila cuba hari ini juga!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Recipe: Basic Chicken Soup, https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/nutrition/chop-chop-magazine/Pages/Basic-Chicken-Soup.aspx, Accessed Jul 7 2022.
  2. Eat all the red meat you want! Wait…what?, https://www.gundersenhealth.org/health-wellness/eat/eat-all-the-red-meat-you-want/, Accessed Jul 7 2022.
  3. Omega-3 in fish: How eating fish helps your heart, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/omega-3/art-20045614, Accessed Jul 7 2022.
  4. Egg Nutrition Facts Labels, https://www.incredibleegg.org/nutrition/egg-nutrition-facts, Accessed Jul 7 2022.
  5. 6 Amazing Ways to Eat Tempeh, https://www.onegreenplanet.org/vegan-food/6-amazing-ways-to-eat-tempeh/, Accessed Jul 7 2022.
  6. 5 Hacks To Make Fried Food Healthier, https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/5-hacks-make-fried-food-healthier.html, Accessed Jul 7 2022.

Versi Terbaru

19/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Daging, Adakah Baik untuk Kesihatan?

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan