Kuih atau biskut raya menjadi kemestian dalam setiap rumah sewaktu hari raya menjelma. Ia menjadi penyeri meja untuk tetamu yang datang berkunjung tanpa henti sepanjang hari lebaran. Sudah mencari kuih raya untuk hari raya anda? Ini 5 jenis kuih yang mesti ada sepanjang Syawal kali ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Senarai kuih raya 2024 wajib ada
Terdapat pelbagai jenis biskut raya yang ada di pasaran. Ada yang klasik, dan ada juga biskut dengan resipi moden yang lebih menarik.
Apa pun biskut kegemaran anda, 5 jenis biskut raya ini mesti ada setiap kali hari raya tiba.
Ini 5 jenis kuih raya yang wajib anda sediakan untuk raya kali ini.
#1. Almond London
Biskut popular di tempat pertama pada setiap kali musim perayaan semestinya biskut Almond London.
Siapa sahaja yang tidak menggemari biskut yang satu ini. Biji badam yang dibalut dengan adunan doh sebelum dicelup dengan coklat premium dan ditaburi badam cincang pasti memikat selera sesiapa yang memandangnya.
Namun perlu diingat, sebiji biskut ini mempunyai 50 kalori. Anda perlu berjalan kaki selama 15 minit atau berjoging selama 6 minit untuk membakar kalori daripada sebiji Almond London.
#2. Tart Nanas
Jika dahulu, kita biasa melihat kuih raya tart nanas dalam bentuk adunan tepung yang diletakkan dengan inti jem nanas pada bahagian atasnya.
Kemudian ia berkembang kepada bentuk jem nanas yang digulung dalam adunan tepung. Apa pun bentuknya, rasanya masih sama.
Tekstur tepungnya mestilah tidak terlalu keras atau mudah terlerai dan jem nanas pula tidaklah terlalu manis.
Untuk pengetahuan anda, satu biji kuih raya ini mempunyai nilai kalori sebanyak 50.
Oleh itu, untuk membakar kalori sebanyak ini, anda perlu mengayuh basikal selama 8 minit atau berjalan kaki selama 15 minit.
#3. Dodol
Dodol merupakan antara kuih raya klasik yang masih lagi mempunyai peminatnya yang tersendiri sehingga sekarang.
Ia diperbuat daripada campuran tepung pulut, santan dan gula Melaka yang dimasak sehingga likat dan kenyal.
Proses memasaknya memakan masa yang agak lama kerana ingin mendapatkan tekstur kenyal tersebut.
Tahukah anda, satu potong kecil dodol mempunyai sebanyak 70 kalori? Ini bermakna anda perlu berjalan kaki selama 20 minit atau berjoging selama 8 minit bagi membakar kalori tersebut.
Kuih raya simple #4. Kerepek pisang
Kerepek pisang juga merupakan antara jenis kuih raya simple orang lama yang mesti ada sewaktu hari raya.
Kerepek pisang diperbuat daripada hirisan pisang nipis yang digoreng garing dalam minyak yang panas.
Untuk makluman anda, tiga keping kerepek pisang mempunyai nilai kalori sebanyak 40 kalori.
Oleh itu, anda perlu berjalan kaki selama 10 minit atau berbasikal selama 5 minit untuk membakar kalori tersebut.
#5. Kuih raya 2024: Biskut semperit
Kuih raya semperit juga dikenali sebagai kuih dahlia diperbuat daripada bahan:
- Mentega
- Gula
- Telur
- Tepung kastard
- Tepung gandum
- Tepung jagung
Biskutnya yang rapuh dengan rasa berlemak menjadi antara kuih wajib setiap kali hari raya.
Namun, seperti mana biskut lain, nilai kalori bagi sebiji biskut ini juga amat tinggi iaitu sebanyak 40 kalori. Anda perlu berjalan kaki selama 10 minit atau berjoging selama 5 minit untuk membakar kalori biskut ini.
Makan berpada-pada sepanjang hari raya
Ini kerana, berlakunya defisit kalori sepanjang anda berpuasa selama 30 hari. Namun, berat badan anda mungkin akan bertambah semula jika pengambilan makanan dan minuman tidak dikawal sewaktu musim hari raya.
Walaupun anda sudah tidak lagi berpuasa pada bulan Syawal, tidak bermakna anda boleh makan sesuka hari tanpa had.
Kurangkan pengambilan makanan setiap kali anda berkunjung ke rumah sanak saudara, lebih-lebih lagi bagi makanan yang tinggi gula, lemak atau karbohidrat.
[embed-health-tool-bmr]