backup og meta

Khasiat Buah Naga, Antaranya Bantu Melawan Penyakit Kronik & Membekalkan Zat Besi Yang Cukup

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    Khasiat Buah Naga, Antaranya Bantu Melawan Penyakit Kronik & Membekalkan Zat Besi Yang Cukup

    Dikenali juga dengan nama pitaya, buah ini ditanam di banyak kawasan di Asia Tenggara, Florida dan Australia.

    Di Malaysia juga, ia sangat terkenal ekoran bentuknya yang sangat unik, warnanya yang sangat cantik, rasanya yang sangat sedap dan khasiatnya yang sangat bagus.

    Persoalannya, apakah khasiat buah naga? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

    Khasiat buah naga yang mungkin kita belum tahu

    Sama seperti buah-buahan lain yang wujud di muka bumi ini, sudah tentu buah ini akan mendatangkan banyak manfaat ekoran nutrien yang terkandung di dalamnya.

    Seperti mana yang ramai dalam kalangan kita sudah tahu, buah ini banyak diambil untuk tujuan melancarkan sistem penghadaman ekoran ia kaya dengan serat.

    Selain itu, apa lagi khasiatnya ya? Jom baca yang berikut:

    #1. Buah naga kaya dengan nutrisi

    Buah tropikal ini mengandungi rendah kalori tetapi penuh dengan vitamin dan mineral di samping kandungan serat.

    Ini termasuklah protein, karbohidrat, serat, zat besi, magnesium, vitamin C dan E.

    buah naga

    #2. Ia mengandungi banyak serat yang bagus untuk perut

    Seperti yang disebutkan di atas, buah ini kaya dengan serat.

    Tidak perlu disebutkan lagi bahawa serat merupakan komponen yang sangat penting dalam diet.

    Serat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.

    Selain itu, serat juga boleh mengurangkan kolesterol di dalam darah, seterusnya menurunkan risiko sakit jantung, strok dan kencing manis.

    Walaupun tiada kajian khusus bagaimana buah ini boleh memberikan manfaat ini, kandungan serat yang tinggi di dalamnya membantu anda memenuhi keperluan harian serat.

    #3. Membantu melawan pelbagai penyakit kronik

    Kaya dengan antioksidan, buah ini mampu melawan radikal bebas yang bertambah apabila semakin berumur.

    Radikal bebas ini terhasil daripada sel-sel yang rosak.

    Semakin tinggi kadarnya di dalam badan, semakin tinggi risiko mendapat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, kencing manis dan artritis.

    Antara antioksidan terkandung di dalam buah naga ialah vitamin C, beta-carotene, lycopene dan betalain.

    buah naga

    #4. Membantu merangsang sistem ketahanan badan

    Pemakanan adalah salah satu faktor penting yang menentukan tahap ketahanan badan anda.

    Vitamin C dan carotenoids yang terkandung dalam buah naga boleh merangsang sistem imun anda dengan melindungi sel darah putih (yang bertanggungjawab dalam sistem imun badan) daripada mengalami kerosakan.

    #5. Buah naga juga membekalkan anda dengan zat besi

    Tidak banyak buah-buahan segar yang mengandungi zat besi.

    Buah ini adalah antara yang mengandungi zat besi.

    Zat besi memainkan peranan dalam proses membawa oksigen di dalam darah melalui sel darah merah.

    Ia juga penting dalam menguraikan makanan kepada tenaga.

    Jangan terkejut, ada kajian yang menemui bahawa 30% daripada populasi dunia tidak mengambil zat besi yang cukup.

    Oleh itu, makanan kaya zat besi seperti daging, ikan dan kekacang harus diletakkan dalam diet harian.

    Buah ini juga merupakan pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan ini.

    Jadi, apa yang kalian tunggu lagi? Jom serbu pasar raya untuk membeli buah naga bagi mendapatkan khasiat yang kami nyatakan ini!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan