Mencuba makanan baru
Sekiranya anak anda mempunyai autisme, mereka amat peka terhadap rasa, bau, warna atau tekstur makanan yang mereka makan. Anak anda mungkin tidak suka makanan tertentu kerana dia tidak suka kepada warna makanan tersebut, atau mungkin juga dia tidak suka kepada bau makanan tersebut. Maka, untuk mencuba menu yang baru adalah sangat sukar. Dalam situasi ini, janganlah terlalu memaksa anak anda.
Anda boleh menggunakan cara yang berikut: bawa anak anda ke pasar raya membeli-belah dan suruh dia pilih makanan yang dia suka. Apabila anda berada di rumah, lihat kepada resipi makanan tersebut dan cuba menyediakannya dengan bahan yang berkhasiat. Sekiranya anak anda tidak menyukainya, ini adalah normal. Dia mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan menu yang baru.
Tepati waktu makan
Waktu makan adalah agak sukar kepada kanak-kanak autisme. Anak anda mungkin berasa tidak selesa dengan cahaya lampu, susunan perabot, atau perkara-perkara lain di dapur.
Jadikanlah waktu makan sebagai rutin harian. Anda boleh cuba menyediakan makanan pada waktu yang sama setiap hari untuk mengurangkan stres anak anda. Anda haruslah bertimbang rasa terhadap keadaan anak anda dan cuba untuk memudahkan waktu makan dia. Lampu lilin mungkin adalah lebih baik berbanding lampu yang terang. Biarkan anak anda menikmati makanan kegemarannya atau biar dia memilih menu yang digemari, atau tempat duduknya. Ini akan menjadikan dia berasa selesa.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen