Fakta Tentang Penyakit Kusta

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/10/2018 . 2 minit bacaan

Penyakit kusta mungkin dianggap sebagai satu penyakit yang misteri bagi sesetengah orang. Kesan yang jelas pada fizikal terutamanya muka dan tangan menyebabkan ia digeruni. Mungkin banyak fakta mengenani penyakit ini yang disalah anggap oleh ramai orang.

Mari ikuti beberapa fakta mengenai penyakit kusta.

1. Jangkitan bakteria adalah punca kepada penyakit ini

Bukan parasit, virus atau ‘buatan orang’.

Bakteria yang bernama Mycobacterium leprae (M. leprae) adalah penyebab kepada penyakit ini. Bakteria ini berkembang biak dalam kadar yang perlahan. Oleh itu, ia mengambil tempoh yang lama sebelum memberikan sebarang simptom.

Memandangkan penyebab penyakit ini adalah bakteria, salah satu daripada rawatan utamanya adalah antibiotik.

2. Kusta mempunyai penawar

Dakwaan yang mengatakan bahawa pesakit kusta tidak akan sembuh adalah salah sama sekali. Ia mungkin benar 100 tahun yang lalu. Kini, terdapat rawatan yang efektif menggunakan gabungan ubat-ubatan yang terdiri daripada antibiotik, anti-radang, dan ubat yang melemahkan sistem imun.

Dengan rawatan ini, pesakit tidak lagi perlu merana seumur hidup dan mereka boleh sembuh sepenuhnya daripada kusta.

3. Sentuhan biasa tidak menyebarkan jangkitan

Antara stigma dan fahaman yang kurang tepat mengenai penyakit kusta adalah sentuhan dengan pesakit boleh menyebabkan mereka dijangkiti. Ini tidak sepenuhnya benar. Jangkitan hanya akan berlaku jika berlaku sentuhan berulang kali dengan cecair daripada mulut atau hidung pesakit yang tidak dirawat.

Oleh itu, jangan terlalu takut untuk membantu dan menyantuni pesakit. Selagi mana sentuhan tidak berlaku dengan kerap dan pesakit sedang menjalani rawatan, anda tidak akan mendapat jangkitan tersebut.

4. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mensasarkan dunia bebas kusta pada tahun 2020

Kusta masih lagi mencatatkan kes yang tinggi di beberapa negara seperti India, Brazil dan Indonesia. Di peringkat global, sebanyak sekitar 200,000 kes baru setiap tahun melibatkan 145 buah negara di 6 kawasan WHO.

Strategi utama untuk mencapai matlamat ini adalah dengan menguatkan komitment daripada pihak kerajaan, merawat penyakit serta komplikasinya, dan menghentikan diskriminasi terhadap pesakit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    HFMD Dan 5 Penyakit Kulit Biasa, Namun BAHAYA Jika Terjadi Pada Kanak-kanak!

    Kulit kanak-kanak adalah sangat sensitif. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit kulit yang biasa dialami oleh kanak-kanak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kulit Kanak-kanak 18/04/2019 . 3 minit bacaan

    Penyakit Kusta: Endemik di Malaysia Dan Mungkinkah Kembali Menjadi Igauan Ngeri?

    Jika anda adalah penggemar bunga-bungaan, pasti Sungai Buloh merupakan satu destinasi persinggahan yang tidak mungkin anda boleh ketepikan. Pelbagai jenis bunga ditawarkan di sana, antaranya seperti mawar, kekwa ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Penyakit Grover: Keadaan Kulit Berbintik Kecil dan Merah

    Penyakit Grover adalah keadaan kulit yang jarang berlaku. Ia menyebabkan kemunculan bintik merah, melepuh dan kadang-kadang sangat gatal yang tiba-tiba membentuk di bahagian tengah tubuh. Bintik-bintik ini biasanya ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 14/01/2019 . 2 minit bacaan

    Kusta: Adakah Masih Ada Harapan Untuk Sembuh?

    Kusta sering dianggap sebagai satu penyakit yang sangat mengerikan. Dengan kecacatan pada kulit, muka, dan jari yang menakutkan, ia telah membentuk sebuah stigma dalam masyarakat. Ramai yang mungkin menyangka bahawa ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 11/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit kulit psoriasis

    Psoriasis Tiada Penawar, Tapi Anda Mampu Melawannya Dengan 5 Langkah BERKESAN Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/04/2020 . 4 minit bacaan
    rawatan tradisional

    Cari Rawatan Psoriasis? Ini 4 Sebab Perlu Guna Ubat Biologik- Paling Berkesan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/04/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit kusta

    Adakah Penyakit Kusta Benar-benar Sudah Pupus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/01/2020 . 4 minit bacaan
    kudis buta

    Awas! Ini Mungkin Tanda Anak Anda Dijangkiti Kudis Buta

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/01/2020 . 3 minit bacaan