brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Tumbuh Bintik Merah Di Badan, Sebab Cacar Air Atau Campak? Ini Bezanya!

Cacar air (chicken pox) dan campak sering membuatkan ramai orang keliru. Adakah kedua-duanya merupakan penyakit yang sama? Jika tidak, apakah beza campak dan chicken pox?

Tumbuh Bintik Merah Di Badan, Sebab Cacar Air Atau Campak? Ini Bezanya!

Ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mendapatkan jawapannya.

Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.

Chicken pox bukan campak dan sebaliknya

Kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza meskipun seakan-akan sama serta kerap berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Virus yang berbeza menyebabkan penyakit ini iaitu:

Beza campak dan chicken pox pada simptomnya

Ruam campak dewasa pada kulit adalah simptom utama bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, terdapat sedikit perbezaan pada ruam tersebut.

Bagi permulaan tanda tanda chicken pox, ruam adalah dalam bentuk lepuh berisi cecair dan sangat gatal. Ia kebiasaannya bermula di dada, muka dan belakang tetapi boleh merebak ke seluruh badan.

Ia juga menyebabkan badan letih, demam, sakit kepala dan hilang selera makan.

beza campak dan chicken pox
Contoh ruam Chicken Pox.

Campak pula menyebabkan ruam yang selalunya rata dan tidak timbul bermula di dahi sebelum merebak ke bawah. Campak lebih kerap menyebabkan demam panas, sakit tekak, hidung serta mata berair.

Vaksin chicken pox dan campak

Terdapat vaksin bagi 2 penyakit ini.

Vaksin untuk demam campak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dan diberiakan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan seluruh Malaysia. Sebanyak 2 dos diberikan iaitu pada umur 9 dan 12 bulan.

beza campak dan chicken pox
Campak boleh dicegah dengan vaksin.

Vaksin cacar atau varicella juga diberikan sebanyak 2 dos. Ia masih belum diletakkan dalam NIP. Namun, anda boleh mendapatkannya di klinik atau hospital dengan bayaran penuh.

Rawatan hampir sama

Memandangkan kedua-duanya disebabkan oleh virus dan memberikan simptom yang hampir sama, rawatannya juga adalah hampir sama.

Fokus diberikan dalam mengurangkan simptom termasuk ubat demam dan gatal terutamanya bagi chicken pox. Dalam sesetengah kes, ubat antiviral seperti acyclovir mungkin diberikan untuk mengurangkan risiko berlaku komplikasi.

Fakta menarik!

Bagi chicken pox, virus tersebut tidak mati serta kekal di dalam badan dalam keadaan tidak aktif dan mungkin menjadi aktif semula dalam keadaan tertentu. Inilah beza campak dan chicken pox.
medical
Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/08/2024