Isu Kewangan? Cara Pengendalian Betul Buat Ibu Bapa Tunggal

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019
Share now

Jika masih berdua, kewangan sudah tentu menjadi perkara yang boleh ditanggung bersama. Namun, setelah berpisah segalanya harus dipikul sendiri. Jadi bagaimana untuk mengatasi isu kewangan yang muncul? Jangan risau, Hello Doktor ada jawapannya.

Tip kendalikan isu kewangan 

Sebagai ibu bapa tunggal, soal kewangan merupakan antara perkara yang boleh mendatangkan kerungsingan. Apatah lagi apabila terlalu banyak perkara yang menjadi tanggungan. 

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik.

  1. Bajet keluarga

Tidak dinafikan, ia adalah sesuatu yang sukar untuk mengikut bajet yang dirancang. Namun, sekurang-kurangnya, dengan adanya perancangan yang boleh dilihat, ia boleh dijadikan panduan walaupun anda tidak mengikut seperti apa yang direncanakan 100%.

Lakukan secara manual. Tulis jumlah bajet bagi setiap perkara seperti belian barangan runcit, hutang dan bayaran bil dan pastikan ada juga bajet untuk simpanan. Ia adalah penting untuk kegunaan di waktu kecemasan.

  1. Insurans

Persediaan itu penting kerana kita tidak boleh menduga apa yang bakal berlaku. Jadi mengambil insurans adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Penulis akui, bayaran bulanan yang dikenakan adakalanya membuatkan kita berasa terbeban. Terutamanya ketika kita masih mampu untuk bekerja. 

Namun, di saat-saat kecemasan, seperti mendapat kemalangan atau cacat kekal yang tidak memungkinkan anda untuk melakukan sebarang pekerjaan, bagaimana dengan nasib anak-anak yang berada di bawah jagaan anda? 

  1. Simpanan

Masih belum terlambat untuk anda menyimpan. Ia adalah sedikit berbeza dengan menabung di mana anda boleh menabung sedikit demi sedikit. Sebaliknya, adalah aspek simpanan ini, anda ‘meletakkan’ sejumlah wang yang hanya boleh digunakan di saat kecemasan, seperti ketika kereta rosak.

Anda boleh lakukan pelbagai cara untuk memperolehi simpanan ini. Sebagai contoh, jika terdapat barang milik anda yang tidak digunakan lagi, jualkannya dan simpan wang hasil jualan tersebut. Ia sukar, tetapi ia adalah perkara yang berbaloi untuk dilakukan.

  1. Kad kredit

Ada yang mengatakan adalah penting untuk mempunyai kad kredit terutama ketika waktu kecemasan. Tetapi percayalah, kad kredit adalah ‘berhantu’. Ia boleh menyebabkan anda menjadi ketagih untuk menggunakannya. Akhirnya tidak mustahil ia akan mendatangkan bebanan hutang kepada anda.

Jadi perkara yang terbaik, elakkan dari mempunyai sebarang kad kredit jika anda adalah individu yang sukar mengawal perbelajaan. Sudah terlalu banyak contoh individu di luar sana yang menjadi bankrap kerana penggunaan kad kredit.  Melainkan anda benar-benar yakin anda mampu menahan diri daripada menggunakannya untuk suka-suka, terpulanglah kepada anda. 

Berpada-pada 

Ada masanya anda mungkin ingin membawa anak-anak berjalan-jalan, belanja makan di luar atau membeli barang yang diingini oleh anak-anak. Tiada salahnya. Namun, sebaiknya pastikan ia masih di dalam bajet agar tidak menjadi bebanan dalam isu kewangan kepada diri anda sendiri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Atasi Tekanan Sebagai Ibu Bapa Tunggal

    Atasi tekanan sebagai ibu bapa tunggal adalah beberapa tip yang mungkin dapat membantu individu yang bergelar ibu bapa tunggal dalam menguruskan kehidupan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Tip Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat

    Pernah tak anda berdepan situasi di mana anak menangis ketika di pusat membeli belah hanya kerana anda tidak mahu menunaikan kehendaknya? Pernah tak anda berada dalam dilema dan rasa bersalah selepas memarahi anak ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kenapa Sebilangan Wanita Memilih Untuk Menggugurkan?

    Anak adalah rezeki yang tidak semua orang miliki namun yang demikian, bagi sesetengah wanita, membesarkan anak itu bukan pilihan mereka dan menggugurkan kandungan mereka adalah jalan penyelesaian yang mereka ambil ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Tip Uruskan Kehidupan Untuk Ibu Bapa Tunggal

    Pada masa kini, kita dapat melihat peningkatan keluarga tunggal yang ketara. Membesarkan, menjaga kesihatan dan membahagiakan anak bukanlah satu tugasan mudah. Berikut dikongsikan beberapa tip untuk ibu bapa tunggal. Masalah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Nak Berjimat Di Musim Pandemik Ini, Ini 7 Cara KURANGKAN Kos Membesarkan Anak- BOLEH CUBA

    Nak Berjimat Di Musim Pandemik Ini, Ini 7 Cara KURANGKAN Kos Membesarkan Anak- BOLEH CUBA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/05/2020
    Ada Hati Pada Wanita Lebih Tua? Sebelum Menjalin Cinta, Pertimbangkan 7 Perkara ini Dulu

    Ada Hati Pada Wanita Lebih Tua? Sebelum Menjalin Cinta, Pertimbangkan 7 Perkara ini Dulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/05/2020
    Ronaldinho Tinggal RM27 Dalam Poket, Ini 6 Tip Elak Stres Akibat Masalah Kewangan!

    Ronaldinho Tinggal RM27 Dalam Poket, Ini 6 Tip Elak Stres Akibat Masalah Kewangan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/03/2020
    Ibu Bapa Tunggal: Bagaimana Meneruskan Kehidupan

    Ibu Bapa Tunggal: Bagaimana Meneruskan Kehidupan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/04/2019