AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan

Pernahkah anda lihat bayi yang baru lahir? Kulit mereka diselubungi dengan rambut yang dikenali sebagai lanugo.

Jika anda tidak tahu akan lanugo, pasti anda tertanya-tanya, bahayakah rambut tersebut?

Lanugo adalah rambut halus yang boleh tumbuh di merata badan terutamanya pada bahagian belakang, bahu, lengan dan dahi bayi.

Ia mempunyai fungsi khas bagi melindungi bayi ketika di dalam kandungan.

Kawasan badan yang tidak mempunyai folikel rambut seperti bibir, tapak tangan dan kaki tidak mengalami pertumbuhan lanugo.

Kebanyakan bayi yang mempunyai lanugo adalah mereka yang mengalami kelahiran pramatang.

Pun begitu, bayi yang lahir matang juga boleh dilahirkan dengan lanugo. 

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau. Ia bukanlah satu petanda masalah kesihatan.

Bukan sekadar perhiasan, ini rupanya fungsi lanugo

rambut lanugo

Banyak kajian telah dijalankan bagi memahami fungsi lanugo dan bagaimana ia berupaya untuk melindungi janin di dalam kandungan.

Antaranya adalah:

  1. Melindungi kulit: Oleh sebab air ketuban boleh mempengaruhi keadaan kulit bayi, cecair vernix caseosa (cecair putih pekat) bertindak sebagai pelindung utama. Namun, ia tidak berupaya untuk melekat pada permukaan kulit bayi. Lanugo merupakan struktur anatomi yang memegang cecair vernix bagi melindungi kulit bayi. 
  2. Mengawal suhu badan bayi: Pada fasa awal kehamilan, lanugo merupakan struktur utama yang mengawal suhu badan bayi sebelum lapisan lemak terbentuk dan mengambil alih fungsi tersebut.
  3. Merangsang tumbesaran dan perkembangan bayi: Terdapat kajian yang menunjukkan keupayaan lanugo untuk merangsang rembesan hormon bagi mengurangkan stres dan menggalakkan proses tumbesaran dalam badan.

Pembentukan lanugo kebiasaannya berlaku pada sekitar minggu ke 16 hingga 20. 

Jumlah rambut halus tersebut berada pada tahap yang paling tinggi apabila bayi mencecah usia 28 minggu.

Setelah ibu hamil memasuki trimester ketiga, lanugo akan gugur perlahan-lahan.

Semakin dekat dengan tarikh matang kehamilan, semakin kuranglah lanugo pada permukaan kulit bayi.

Tatkala bayi dilahirkan, jumlah lanugo tinggal sedikit dan lama-kelamaan, semuanya gugur.

Oleh sebab itulah, jika anda lihat bayi yang lahir lewat (lebih daripada 42 minggu), kulit mereka lebih berkedut.

Ia berikutan pendedahan secara langsung kulit kepada air ketuban. Tanpa lanugo, cecair vernix tidak boleh melindungi kulit  bayi.

Rambut tersebut akan digantikan dengan rambut yang lebih halus kelak. Ia dikenali sebagai rambut vellus.

Setiap bayi mempunyai jumlah lanugo yang berbeza selepas lahir

rambut lanugo

Bukan semua bayi lahir dengan lanugo.

Walaupun normal bagi bayi lahir dengannya, ia tidak bermakna bayi yang tidak mempunyai lanugo itu tidak normal.

Terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat dan ia mempengaruhi rupa bayi yang baru lahir.

Secara amnya, ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor usia kandungan ketika bayi dilahirkan dan warna kulit (genetik).

Faktor usia

  1. Bayi yang lahir pramatang cenderung untuk mempunyai jumlah rambut lanugo yang lebih banyak. Oleh sebab lanugo mula gugur pada minggu ke 28, bayi yang lahir sebelum tempoh itu mempunyai jumlah lanugo yang lebih banyak. Namun, seperti bayi lain, rambut tersebut akan gugur kelak.
  2. Bagi bayi yang lahir matang (lahir di antara minggu ke 37 hingga 42), segelintir akan mempunyai lanugo (dalam lingkungan 30%). 
  3. Bayi yang lahir lebih daripada 42 minggu kebiasaannya tiada lanugo yang menyelubungi badan.

Faktor warna kulit

  1. Mereka yang berkulit cerah cenderung untuk mempunyai lanugo yang berwarna pudar. Ia sukar untuk dilihat.
  2. Bayi yang berkulit gelap lebih jelas kelihatan lanugonya. Warna hitam pada lanugo akan lebih menonjolkan rambut halus tersebut semasa mereka dilahirkan.

Anda mungkin berminat:

Ke mana perginya lanugo yang gugur semasa di dalam kandungan ibu?

bayi baru lahir

Anda mungkin tertanya-tanya, ke mana perginya lanugo setelah ia gugur daripada badan bayi.

Oleh sebab ia mula gugur seawal minggu ke 28, kebanyakan lanugo yang gugur berada di dalam air ketuban ibu.

Air ketuban itu akan diminum oleh bayi maka lanugo akan memasuki sistem pencernaan bayi.

Jadi, secara teknikalnya, kita boleh anggap, bayi akan makan lanugo tersebut.

Ia akan menjadi sebahagian daripada mekonium (najis pertama bayi) apabila ia dilahirkan kelak.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa rambut lanugo yang tumbuh selepas sebulan bayi dilahirkan boleh menjadi tanda kepada penyakit berbahaya.

Antaranya adalah:

  1. Malnutrisi teruk. Apabila badan tidak mempunyai bekalan lemak yang cukup, lanugo akan tumbuh bagi melindungi bayi daripada kesejukan.
  2. Keadaan kesihatan yang serius seperti kanser, masalah metabolik dan masalah berkaitan dengan sistem endokrin.
  3. Hipertrikosis Lanuginosa. Pertumbuhan lanugo secara berlebihan. Ia merupakan masalah genetik yang jarang didiagnosis.

Konklusi

Jangan terkejut jika bayi baru lahir tidak ‘sebersih’ berbanding dengan apa yang sering ditonjolkan di kaca televisyen.

Lanugo merupakan struktur anatomi penting buat bayi di dalam kandungan.

Namun, jika pertumbuhan lanugo berlaku selepas bayi berusia 1 bulan, ia mungkin petanda masalah kesihatan serius.

Justeru, jangan abaikan temujanji anda dengan doktor. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

Ibu bapa mana yang tidak risau jika air liur bayi asyik meleleh sahaja. Ia mungkin tanda mereka mahu tumbuh gigi atau petunjuk penyakit berikut. Jom klik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Si Manja Ibu Asyik Lena Saja, Ada 5 Situasi Mak Ayah Perlu Kejut Bayi Jika Tidur Lama

Dari pagi sampai petang, bayi sering tidur normalkah? Wujudkah masalah jika si manja tidur terlalu banyak dan apakah waktu tidur bayi yang sesuai?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

Terdapat banyak ubat yang boleh mempengaruhi ibu hamil secara negatif. Ia boleh merencatkan perkembangan janin yang sedang membesar.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

Tahukah anda, bilakah waktu bayi mula belajar duduk dan merangkak? Jika tidak tahu, ketahui berkenaan waktu bayi merangkak dan bayi duduk di sini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi, 3-6 bulan 28/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ibu hamil

Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 22/07/2020 . 3 minit bacaan
ibu hamil

Bila Baby Mula Menendang? Ini 5 Cara Mudah Kira Tendangan Bayi Dalam Perut

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan
perkembangan bayi

Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan