Perkembangan bayi
Perkembangan bayi dalam kandungan
Bayi anda kini bersaiz seperti terung, dengan berat 1 kg dan panjang 38 cm daripada kepala ke tumit.
Anda pasti?
Bayi anda kini bersaiz seperti terung, dengan berat 1 kg dan panjang 38 cm daripada kepala ke tumit.
Pada pertemuan pranatal anda yang seterusnya, doktor mungkin akan memaklumkan posisi bayi anda dalam rahim. Bayi dalam kedudukan songsang mungkin perlu dilahirkan dengan pembedahan Caeserean. Masih ada 2 bulan untuk bayi anda berubah kedudukan, jadi jangan risau jika bayi dalam posisi songsang sekarang. Kebanyakan bayi akan berubah posisi dengan sendiri.
Lekuk dan corak pada otak bayi anda akan berterusan membentuk. Bayi anda juga sedang bertambah lapisan lemak dan meneruskan pertumbuhan rambut.
Doktor anda mungkin telah menjalankan ujian darah pada awal kehamilan anda. Ujian darah mengukur faktor Rh, yang ditemui pada sel darah merah dalam kebanyakan orang. Jika anda mempunyai Rh negatif dan bayi Rh positif, bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah kesihatan seperti jaundis dan anemia. Doktor anda boleh mencegah perkara tersebut berlaku dengan memberikan immunoglobulin yang dipanggil Rh immune globulin sewaktu minggu ke-28 dan selepas kelahiran.
Abdomen anda bukan satu-satunya organ yang membesar dengan kehamilan. Buku lali dan kaki anda juga mungkin membengkak, terutamanya di penghujung hari. Bengkak ini tidak berbahaya tetapi mungkin menyebabkan rasa tidak selesa sewaktu memakai kasut dan jam tangan. Cincin anda juga mungkin terasa semakin ketat dan susah untuk ditanggalkan. Jangan risau kerana bengkak pada buku lali, kaki dan tangan adalah normal. Ia berkait dengan peningkatan cecair badan sewaktu kehamilan. 75% wanita hamil mengalami bengkak sewaktu hamil, terutamanya pada minggu ke- 28. Bengkak ini selalunya bertambah teruk apabila cuaca panas atau apabila telah lama duduk atau berdiri. Ia mungkin hilang setelah anda berbaring semalaman atau beberapa jam.
Anda boleh menggunakan cara berikut untuk mengurangkan bengkak:
Jika bengkak kian teruk, anda perlu menemui doktor secepatnya. Bengkak berlebihan mungkin disebabkan pre-eklampsia jika terdapat simptom yang lain seperti pertambahan berat badan, tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing. Jika tekanan darah dan air kencing anda normal (diuji sewaktu pemeriksaan antenatal) anda tidak perlu risaukannya. Hanya jika terdapat simptom lain sekali, baru anda perlu menghubungi doktor.
Mulai sekarang, anda akan terbiasa menemui doktor. Anda boleh menjangkakan bahawa doktor akan memeriksa beberapa perkara tersebut, bergantung kepada keperluan:
Memakai kasut tumit tinggi
Memakai kasut tumit tinggi (sekalipun dengan tumit yang lebar) secara umumnya tidak sesuai sewaktu kehamilan. Anda mungkin berjalan dengan kurang stabil disebabkan peningkatan berat. Ini merubah bentuk badan dan pusat graviti anda. Tambahan pula ligamen kebiasaannya menjadi longgar sewaktu kehamilan dan boleh menyebabkan ketidakstabilan dan regangan otot.
Jatuh sewaktu hamil boleh membahayakan anda dan kandungan anda, jadi fikir dahulu sebelum memakai kasut tumit tinggi. Jika anda mengambil keputusan untuk memakai kasut bertumit, pakailah yang bertumit rendah dan utamakanlah keselesaan dan keselamatan berbanding fesyen.
Jadi bagaimanakah pertumbuhan janin anda minggu depan?
Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Kalkulator ini adalah untuk wanita yang ingin tahu berapa berat badan semasa hamil yang terbaik, berdasarkan berat badan mereka sebelum hamil.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Poppy seed to pumpkin: How big is your baby?
http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed March 30, 2015.
Pregnancy calendar week 28. http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week19.html. Accessed March 30, 2015.
Your pregnancy: 28 weeks. http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-19-weeks_1117.bc. Accessed March 30, 2015.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen