Ubat Kesuburan: Hormon Suntikan dan Clomid

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Hanya 25 peratus pasangan yang boleh hamil dalam bulan pertama selepas mencuba dan sehingga 90 peratus berjaya hamil dalam tempoh setahun setengah mencuba. Dengan itu, jika anda dan pasangan gagal tergolong dalam kalangan kumpulan 90 peratus ini, maka salah seorang atau kedua-dua anda mungkin mengalami masalah ketidaksuburan. Selepas menilai keadaan anda, doktor boleh menetapkan ubat kesuburan tertentu seperti hormon suntikan yang membantu anda merangsang pelepasan hormon atau mengatur ovulasi anda dan keseimbangan hormon, justeru meningkatkan kebarangkalian anda untuk hamil. Berikut senarai rawatan perubatan ketidaksuburan yang lazim digunakan, tujuannya dan kesan sampingan yang mungkin berlaku:

Ubat kesuburan: Hormon suntikan dan Clomid

Perubatan untuk rangsangan ovari

Clomifene citrate (CC)

Direka untuk wanita dengan ovulasi yng tidak tetap atau abnormal, clomifene citrate adalah ubat preskripsi yang paling lazim untuk kes ketidaksuburan. Biasanya, ubat inilah yang mula diambil oleh hampir setiap wanita sebelum doktor menyarankan mereka dengan jenis ubat kesuburan lain (jika ini tidak berkesan). Dos biasa clomifene citrate adalah 50mg sehari, diambil antara hari ke-2 dan 6 dalam kitaran seseorang wanita. Dos ini juga mungkin meningkat jika ovulasi masih tidak berlaku 7 hari selepas dos terakhir diambil. Bagaimanapun, kaedah ini hanya boleh dipreskripsi untuk 3 hingga 6 kitaran, menurut The American Society for Reproductive Medicine (ASRM).

Perubatan ini dikenali untuk kemampuan menyekat keupayaan estrogen, yang boleh menyebabkan sebahagian otak untuk melepaskan LH, GnRH, dan FSH – hormon yang merangsang ovari anda untuk menghasilkan telur. Ia juga boleh digunakan untuk lelaki memandangkan LH dan FSH juga bertanggungjawab untuk pengeluaran testosteron dan sperma. Clomifene citrate kini dijual di bawah jenama Clomid atau Serophene.

Suntikan hormon

Jenis suntikan hormon sangat berbeza-beza, bergantung kepada hormon tertentu yang anda kurang. Anda cenderung untuk menerima suntikan GnRH, yang merupakan hormon pelepasan Gonadotropin, yang mencetuskan rembesan FSH dan LH dari kelenjar pituitari; atau hCG, suntikan intramuskular Synthetic Human Chorionic Gonadotropin yang sering digabungkan dengan ubat kesuburan lain. Dan, jika ovari anda masih tidak boleh dirangsang dengan sebarang ubat yang diberikan, doktor mungkin akan memberikan anda suntikan terus hormon yang diperlukan untuk melepaskan telur. Suntikan hormon salah satunya merangkumi FSH (hormon penggalak folikel) atau 50/50 gabungan FSH dan LH (yang dipanggil hMG, atau Human menopausal gonadotropin). Hormon ini biasanya diberikan untuk 7 hingga 12 hari berturut-turut mulai daripada hari ke-2 atau ke-3 kitaran anda.
GnRH juga boleh dipreskripsi untuk lelaki kerana ia boleh meningkatkan penghasilan sperma sihat, namun, ia mungkin mengambil masa daripada 1 hingga 3 tahun untuk melihat kesannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 10, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 14, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut